Assalamualaikum ♥
kami (yuyu&suami) rancang untuk start travelling. dari kawen, kami sempat pi Cameron Highland je. lepas tu, terus yuyu alah teruk, time mengandung, paling lama boleh tahan dalam kereta pun, puluh-pulun minit ja. balik rumah, bedrest berjam-jam.
dah ada Habib, lagi la cabaran. hari tu pi Penang pun, dia asyik meragam nak tidur baring dalam kereta. jenuh tahan tangan nak tampaq dia ja. -_-
jadi, kami decide, kami start jalan-jalan bermula dengan tempat paling dekat. makin lama, makin dia dah tambah bulan, makin jauh. sampai dia setahun ke, insyaAllah, start pi overseas pulak. tediaaa. plan seksiap.
kali ni, kami pi ke Putrajaya. hek elehh! Putrajaya, dok Selayang je pun!
weyh, kan dah kata, start dengan paling dekat. ingat senang ka nak bawa budak kecik. lagipun, kena la Cuti-Cuti Malaysia dulu. banyak ja tempat kat Malaysia ni, kami tak pi habis lagi.
***
kami gamble je search hotel kat Agoda. mana-mana hotel yang dapat review best, harga berpatutan, terus booking. kami pilih The Everly Hotel, Putrajaya. dari rumah yuyu ke sana ambil masa sejam. okay lah. tak sempat pun Habib meragam.
permandangan dari bilik. sebab tu pilih sini. sebab tepi tasik. takde la sakit mata tengok jem, kereta, bangunan je. boring.
plannya, lepas check-in, kami nak naik cruise kat sebelah Masjid Putra, tapi, sampai-sampai ja bilik, syoq pulak dia tidur sampai pukul 5 lebih.
hmm. terlepas dah konon-konon nak round naik cruise tengok Putrajaya. kalau dah ada baby, macam ni la.
settlekan keje je la dalam bilik. padahal siap dah nak keluar. nak kejut Habib, macam tak sampai hati pulak. biar je la dia selesa tidur dulu.
esoknya, plan kami, lepas check-out, terus pergi Alamanda sebab taknak hakuh rentung pi taman time tengah hari. pukul 3 atau 4, gerak naik cruise, petang tu, terus jalan-jalan kat Wetland. naik kayak ke. mancing ke. aloo. sweet.
tapi.. tak sweet mana pun. plan tak jadi -_-
anak ayah. muka sebijik ayah dia. mulut ja yuyu. mata yuyu. hidung yuyu. pipi yuyu. bulu mata yuyu. kiut macam yuyu. tak kira!
Habib bangun pun dah 5 lebih. terus kami pi Taman Botani untuk tengok sunset kat sana. weekdays takdak orang sangat. makhluk yang ada pun, Yuyu Zulaikha, suami dia dan anak dia. kahkahkah. tak lawak. jadi, best la boleh buat Taman Botani macam taman makbapak sendiri.
biaq ja dia tengok tasik & matahari sendiri. kami berdua pulun dok i love you, you love me kat belakang. Allah. time ni la nak sweet. haha. Habib suka sungguh. siap tepuk tepuk rumput.
lawa sangat! SubhanaAllah. setiap kali pi Putrajaya, yuyu mesti try ajak juga pi Taman Botani
tu baru Putrajaya, tak pi tempat lain lagi. Taman Botani lawa. lawa macam yuyu. siap ada tempat untuk jogging, berkelah, photoshoot, ada tempat makan. tapi dikelilingi dengan alam semulajadi. rasa lebih tenang kalau pi tempat macam ni.
Putrajaya ni ada banyak taman. Taman Botani, Taman Wetland lah, Taman Putra Perdana lah, taman tu, taman ni, banyak lah. kalau yang jenis suka hijau-hijau ni, kat sini, best lah nak lepak-lepak main kejar-kejar dengan anak bini.
Habib muak. alaa. rosak gambaq la Habibbb.
small happy family. lepas ni berempat pulak. insyaAllah. :')
dapat la kami rasa 'rehat' sikit. no phone. no IG. no stress. sebaik-baik terapi, adalah berbalik semula ke alam semulajadi. insyaAllah, kita rasa lebih tenang. takpayah jauh pun takpa, kalau ada sungai dekat dengan rumah, pi je la. menanam bunga ka. apa-apa yang berkaitan dengan alam.
eh, bela kucing pun alam juga. sebab tu la, belai/usap kucing adalah terapi. tapi malu-malu kucing tak termasuk.
eh, bela kucing pun alam juga. sebab tu la, belai/usap kucing adalah terapi. tapi malu-malu kucing tak termasuk.
Habib baru secoet tumbuh gigi time ni. pantang jumpa apa, dia nak gigit ja. :')
nampak otai, tapi keluaq ayaq liuq. otai apa, Habib! (ibu senyum belakang pintu, bhaha)
dalam 6.30petang, kami balik. takmau la dok lama-lama, kang lain pulak jadi. nauzubillah. lepas Taman Botani, kami terus pi Alamanda, beli pisang Habib untuk buat puri dia. hotel Everly dengan Alamanda, tepi-tepi ja. senang yakmat. kalau lupa beli cungkil gigi, pekik ja kat Aeon BIG suruh hantaq mai bilik. tipu.
cinta hati intan berlian permata payung yuyu.
peek-a-boo dengan ibu. ibu cium enamratus kali kang :')
esoknya, lepas breakfast, kami siap-siap untuk check-out je. plan nak pi Wetland, nak naik cruise, tak jadi. sebab Habib meragam sikit. dia tak selesa dengan gigi baru nak tumbuh. tengok gusi pun dah merah-merah sikit. hmm. syian. tak sampai hati nak jalan-jalan time tu.
favorite time Habib. makan time! pantang tengok yuyu pegang makanan dia, terus nganga.
babai Putrajaya. nanti insyaAllah, kami mai lagi naa
walaupun rumah lagi best dari hotel, lagi best dari segala tempat, biaq lah rumah tu kecik atau takdak mewah mana, tapi bila kita bercuti, lagi-lagi sekali sekala, mood akan jadi lain sangat. tiba-tiba mood akan jadi mood bercuti, lebih rasa rehat, lebih tenang, rasa lebih bersemangat untuk hari esok.
yuyu suggest, lagi-lagi kita yang dah berkahwin, sekali-sekala, ajak suami jalan-jalan bercuti. paling dekat pun okay, tertinggal gincu, senang suruh laki drift balik rumah sat. ihik :p
insyaAllah, lepas ni, Genting pulak ka, lepas tu, Kuantan (dalam 2jam dari rumah), lepas tu Johor, Cameron Highland, Terengganu/Kelantan, nanti Habib dah okay sikit, try Sabah Sarawak pulak. insyaAllah, masa Habib cukup setahun ke, plan kami ke overseas pulak. aminn.
amin sekali lagi.
aminnnnnnnnn..
amin lagi. semoga jadi. Habib please, ibu&ayah suka travel. -_-
terima kasih sudi baca :)
alahai... yuyu pergi bila ni? next week seminggu ina berkampung kat everly. kalau tau yuyu pun stay kat c2 boleh usha2 yuyu.. nak tegur tak berani la.. sbb ina aje kenal yuyu kat blog.. yuyu xkenal ina pun. fine. bye! hiii
ReplyDeleteyuyu pergi last week. hari isnin. :D ala. tegur je la. ni dah kenal ni.
DeleteOklah tuh...
ReplyDeletekira berjalan la jugak walaupun dekat kan... :)
kdg² kita nie duduk je dekat yg tempat² mcnie..tapi x pernah pun smpai..hahaha..
nak g jauh je..:P hihihi..umah nieyl ngan alamanda 15minit je yuyu..hihihi..
memang best The everly kan. akak pun stay bilik warna ni.. jalan kaki saja p Alamanda
ReplyDeletepart muka ikut bapak ok.. part lain mesti ikut mak kan yuyu.. ;)
ReplyDeletetak kira.. nak jugak.. hahaha...
bahaya berempat tu.. yuyu citer la perancang keluarga? yuyu ambik ape? rancang sendiri ke.. amik ubat ke? etc
ReplyDeleteorg ckp dr kck biasakn dia travel...insyaAllah xmeragam nnt...anak akak dua2 alhamdulillah..pas pantang je dh dok bwk sana sini...tp smpai la ni diaorag kaki jln..satu ari xkuar umh...abs wut ragam nak ajak kuar...dpt gi kedai depan umah pun jd la...ahahahah
ReplyDeleteseronok tengok family kak yuyu, comel je ;)
ReplyDeleteComelnya habiib !
ReplyDeletewahhh!!! bestnyaaa.. nak gak cecuti cenggini lepas kawin nnti.. amiiin
ReplyDeletesuke baca sis yuyu punya belog.. huhu.. terasa tak sabar nak kahwin pulak.. hehe..
ReplyDeletehabib...habib..heheh
ReplyDeleteTak dapat lagi jumpa si habib ni haaaa. Radin prefer Pullman kalau dekat Putrajaya, hotel dengan kawasan dia cantik =)
ReplyDeletecomelnyaaa habib.. ya rabbi.. nak gigit pipi selambak dia tu.. eiii.... mata macam yuyu.. bolaatt.... kirim peluk dan cium untuk habib
ReplyDeletealolo comelnya habib..paling best santai habib tengok sunset..hihi
ReplyDeletecomelnya habib...setuju ngan yuyu, tak kira la pergi mana pun, sebaiknya duduk la tempat yg selesa sampai terbit mood bercuti dan berehat dengan tenang...
ReplyDeletecantik2 gambar... boleh sy tahu apa makanan yg best kt taman warisan? boleh ajak suami nnti.. tenkiu2 :)
ReplyDeletesenyum lebar Habib ,, boleh bercuti,,jalan-jalan ngan keluarga,,
ReplyDeletenice photo,, saya suka saya suka
gerammnyaaa tngok si habibb nii.. btw best jln kat sanaa!
ReplyDelete