Membawa Mesej Keamanan.

in , by Yuyu Zulaikha, 3:56:00 PM
Assalamualaikum

Salam Ma'al Hijrah. yuyu tahu. lewat dua kan kan. tapi, paling asas kita kena tahu ialah Ma'al Hijrah bukan sekadar cuti umum tahunan kerajaan bagi, maka bolehlah plan untuk repair pagar rumah rentetan failed reverse kereta (ayat ini ditujukan untuk emak, muhahaha).

kalau kita cakap pasal Ma'al Hijral, haruslah kita cakap pasal azam baru. Azam kita untuk berhijrah dari yang buruk kepada yang baik, yang susah kepada lebih senang, yang jahil kepada lebih berilmu.


selalunya, azam lebih kepada kepentingan diri kita sendiri. tak nak tangguh kerja, nak lebih punctual dalam solat, jauh gossip, dan bla bla. semua untuk diri sendiri. tapi tahun ni, kita sama sama berazam bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk saudara se-Islam kita juga. lebih lebih lagi untuk Gaza.

Ya ALLAH, memang terkejut siap tercekik barli dalam sirap tau bila tahu Israil sesedap hati dorang serang Gaza Awal Muharram baru ni. itu antara sifat Yahudi yang jelas, yakni Dendam dan Dengki. tak pernah diam untuk tengok Islam jadi musnah.

dan sekarang..

yang nak membezakan kita umat Rasullah dengan Yahudi Laknatullah adalah sifat dalaman kita. hati. biar kita membawa pekerti Rasullah. saling bermaaf-maafan. tidak berdendam dan yang penting, mendoakan akan kebaikan orang lain. biar kita nampak indah pekertinya.


kuatkan diri kita dengan ilmu, dengan bertambahnya ilmu akan tingkatkan iman kita. dengan iman yang semakin meningkat, buatkan kita makin rasa sayang kita terhadap agama kita, dan dengan ni sajalah akan buatkan kita semua bersatu padu menggunakan ilmu yang ada untuk sama-sama membantu saudara kita di Gaza. InsyaALLAH.

sebab umat Islam tak bersatu padu lah, Israel bermaharajalela sekarang ni. padahal population dorang dengan umat Islam seluruh dunia ni, secoet je. paling cikai pun, tolonglah dengan doa, dan isikan waktu dengan solat hajat. mendoakan Gaza bukan saja selamat, tapi doa pengajaran ALLAH untuk Yahudi di Israel. Amin.

hilang macho pun, hilang lah, gentle gua cakap, gua memang tak boleh tengok gaduh gaduh ni. (sental hidung macam Aaron Aziz, macho kannn)

bila semalam tengok eksiden depan mata, dan yuyu pulak rasa macam nak meninggal. eleh, tu pun luka sikit sikit. kalau la nampak depan bijik mata bom jatuh seketol seketol, yuyu rasa yuyu bukan mati sebab kena bom, tapi sebab terkejut tengok bom. -.-'

Nauzubillah.

akhir kata dari dahku yang membawa mesej Keamanan di Tahun Baru ini, marilah kita bukan saja renew azam untuk diri sendiri, namun untuk umat Islam sejagat. heee :D

terima kasih sudi baca. ^^
SHARE 35 comments

Add your comment

  1. Sedih gila bila kita nak sambut maal hijrah, orang2 kat GAZA terpaksa berdepan dengan serangan Israel laknatullah tu. Apa boleh kita buat? Berdoa pada yang Esa . Semoga Allah melindungi mereka . Allah MAHA Mengetahui! Allahuakbar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ahh.. dah la baru baru ni je wifi akak okay. tak leh online, so, tak tau ape pun. buka buka internet, pasal Gaza belungguk.

      Delete
    2. Kita sambut Maal Hijrah kat masjid dengan keamanan. Dorang sambut sambil bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri :(

      Delete
  2. InshaAllah kak yuyu, kalau kita dapat doakan sekali je untuk keselamatan muslimin dan muslimat di Gaza pun dah memadai, sebab kita tahu benda ini jadi kita kena buat.. Takkan nak berdiam diri je, kan?

    ReplyDelete
  3. nice sharing kak yuyu. semuanya start dari kita sndri.

    Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik. Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang telah Dia perintahkan kepada para Rasul. Lalu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam membacakan firman Allah, wahai Rasul, makanlah kamu daripada yang baik-baik dan beramal solehlah kamu. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan Baginda juga membaca firman-Nya, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu. Lalu baginda menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir panjang. Rambutnya kusut, tubuhnya berdebu. Dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa,“oh Tuhan!,“oh Tuhan” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan hidangannya semua haram, maka bagaimanakah doa itu hendak dimaqbulkan?” [riwayat Muslim]

    maka bagaimana doa tu nak dimakbulkan kalau kita sndri tak berubah ke arah yang lebih baik. wahai umat Islam, bangkitlah!! sadar diri dong!! dan istiqamahlah mendoakan mereka di sana. mereka perlukan doa kita

    ReplyDelete
  4. kadang2 rasa nak menangis jek tengok nasib orang Palestin lagi2 budak2 kecik macam manalah dorang hidup dalam keadaan perang macam tu. semoga mereka dilindungi Allah swt. amin :')

    ReplyDelete
  5. allah allah ya allah.. selamatkan umat islam dari laknatullah yahudi.amin

    ReplyDelete
  6. repair pagar rumah rentetan failed reverse kereta (ayat ini ditujukan untuk emak, muhahaha).

    kihkihkih selamat tahun baru..
    salam maal hijrah yuyu

    ReplyDelete
  7. betul tu kak yuyu ;)

    ReplyDelete
  8. ape komen kak yuyu pasal di gaza....

    buat la satu post untuk galakkan org rmai sebarkan pasal ni dan kumpul derma...dapat jugak pahala

    ReplyDelete
  9. Kita kat sini makan pakai mewah, sedih sangat bila tgk saudara seagama kita di palestin menderita... Banyak2 kan doa & solat hajat untuk kesejahteraan palestin...Moga2 allah tambah kan keimanan & kekuatan mereka....Tapi mereka tu adalah antara org2 yang Allah janjikan syurga... Kita ni xtau lagi macam mane nasib kita di sana...untuk reningan bersama...

    ReplyDelete
  10. Syahdu nya topik yuyu kali ni.. terasa begitu insaf dan beruntung berada di malaysia.. ALLAH BERIKAN LAH PETUNJUKMU PADA KAUM YANG JAHIL DAN JAHAT ITU. AMINNN...

    ReplyDelete
  11. Salam Ma'al Hijrah yuyu and pray for Gaza !

    ReplyDelete
  12. tak sudah israel nie ! semoga Gaza terus ada harapan. hanya mampu berdoa sahaja, nak angkat peluru berpandu mmg taklah kan.

    ReplyDelete
  13. semoga dgn doa kita tu mampu utk meyelamatkan saudara Islam kita d gaza tu.. :)

    ReplyDelete
  14. ya allah selamatkan bumi Islam...

    ReplyDelete
  15. Ya Allah SWT selamkan bumi Islam...Amin y

    ReplyDelete
  16. jika cik yuyu boleh post ttg perjuangan org Islam di Gaza itu mungkin sy lebih menarik utk baca post cik yuyu :)

    ReplyDelete
  17. betul tu sis... sedangkan mereka kecil je kat atas bumi ni... pray fo GAZA! kalau kita tak boleh nak bantu mereka berjuang kt sma, jom kita berdoa beramai2 sebab doa itu senjata... =)

    ReplyDelete


  18. Ya Allah selamatkanlah palestin!!!
    Ya Allah selamatkanlah al-aqsa!!
    Ya Allah selamatkanlah muslim ya Allah!!!
    Ya Allah bantulah mujahid Palestin!!
    Doa kita Bersama Mereka...

    ReplyDelete
  19. chaiyoklah sys,,good message,,keep it up,,

    ReplyDelete
  20. Thank you for sharing yоur іnfo.
    Ӏ trulу appreciatе youг efforts anԁ I wіll be waiting for your further writе ups thаnks once again.
    Feel free to surf my web site - computer coupon deals

    ReplyDelete
  21. Salam Maal Hijrah K'yuyu..

    sangat-sangat menyentuh kalbu.

    Ya Allah.. selamatkan lah mereka yang sedang ditindas musuh Allah laknatullah di Gaza.

    amin..

    :'(

    ReplyDelete
  22. israel mmg kejam. moga2 x jadi di tanah air kita nie.jemput bace entri untuk palestin.

    http://hundrednotes.blogspot.com/2012/11/antara-meriam-air-mata-dan-doa.html

    ReplyDelete
  23. hanya mampu berdoa mudah-mudahan Allah melindungi saudara kita di sana :(

    ReplyDelete
  24. moga Allah berikan kekuatan dan perlindungan kpd saudara2 kita di GAZA amin~

    ReplyDelete
  25. hyeeeeee jejalan sini yuyu --"

    ReplyDelete
  26. Semoga ALLAH lindungi saudara-II kita ye akak . :')

    ReplyDelete
  27. Semoga Allah senantiasa melindungi umat Islam Di Palestin dan seantero dunia ni...

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

2025 © Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS