Assalamualaikum ♥

Agak-agak, lebih kurang setahun dah kot kitorang satu family tak travel. Busy dengan kerja yuyu, kerja suami lagi, tup-tup dah nak dekat setahun. Tau-tau yuyu pregnant, lagi lah. Nak pergi IOI City Mall pun tak larat.
Tapi nak bercuti, nak tenangkan diri yang dah lama tak berehat ni. Tapi penat alah first trimester tak habis lagi. Faham tak perasaan ni :p
Lepas tu, dapat invitation staycation daripada Traveloka untuk "Peace Out With Traveloka : The Escape You Never Know You Needed". Amboi, tajuk staycation dia. Staycation ni bukan yuyu sorang, tapi ada lagi beberapa blogger dan vlogger lain.
Best tak? Ya Allah! Nak bagi lapanblas bintang lah untuk staycation dengan Traveloka kali ni! Ok lah, yuyu cerita pengalaman kali ni:
The Stripes KL

Staycation kali ni di The Stripes KL. Hotel ni hotel baru lagi, betul-betul tengah KL. 2.8km je kalau nak ke Pavilion. Jimat minyak boleh jalan kaki, tapi, point paling best, hotel ni hispturrr. Kalau korang yang kaki upload gambar di IG, please lah datang ni, setiap sudut dia sangat Instagramable. Dari concierge sampai ke restoren sampailah ke swimming pool dia.

Makan sikit je, tapi ambik gambar banyak :p

Dalam restoren The Stripes KL. Kitorang OOTD lebih, breakfast alah gitu-gitu je pun takpa :p
Sampai saja di sana, pagi-pagi lagi team Traveloka sediakan kami dengan macam-macam aktiviti, tapi surprise activities. Kitorang tak tahu pun, bila sampai sana, baru tahu. Eh, ada workshop lah untuk blogger vlogger semua.
Sebab kena stay di hotel tu, yuyu bawa family yuyu juga. Time ni lah rupanya time rehat yuyu daripada jadi ibu & isteri. Halah! First time rasa ok. Kalau tak 24/7 memang dengan suami & anak-anak. Mana pernah berjauhan pun.
Sementara yuyu tengah berkenalan dengan semua blogger & vlogger, suami check-in untuk bawa anak-anak rehat dalam bilik hotel. Anak-anak & suami siap sempat mandi di swimming pool ok. Dorang enjoy betul tanpa ibu dorang ni :p


Kemahen dorang tanpa ibu di sisi :p
Ok. Aktiviti pertama adalah ice breaking. Macam biasalah, berkenalan dengan setiap blogger & vlogger yang ada. Time tu lah, eh, ni selalu tengok video makeup tutorial dia, ehh, yang ni selalu tengok di OOTD, eh, ni blogger yang dulu selalu sama-sama dapat campaign pergi event sekali.
Yang bestnya, bila depan-depan, dorang sangat friendly, siap tak kedekut share pengalaman & tips jadi influencer ni.
Sekarang, yuyu share pasal workshop yang team Traveloka sediakan pula sepanjangan staycation tu. Baca sampai habis tau!
Craft Workshop

Time ni happynya bukan kepalang! First time nak try buat craft sendiri. Untuk workshop ni, disediakan oleh team D.I.Y KL. Kitorang kena buat name tag sendiri. Yaiy! Bayangkanlah mak buyung 4bulan (time tu lah), kena bertukang pegang hammer maha berat, tapi serius enjoy sangat.

Gigih weh! Nasib tak terberanak kat situ :p

Demi sekeping ini. Alahai. Sweetnya diri sendiri siap tak lupa nama suami. Kah! -_-
Sugar Craft Workshop

Sugar Icing Cookies Workshop kali ni dibawakan khas oleh Ainlee Cookies Project
Korang tahu tak, dah bertahun nak try belajar buat sugar icing cookies ni, tapi tak kesampaian sebab tak tahu mana nak belajar. Try di Youtube, hampeh, tak faham pun macam mana. Lastnya masa staycation hari tu, Traveloka sediakan workshop ni untuk kami
Nak nangis ok. Tak baik tau buat yuyu terharu seharian :')

Ambik peluang ni sepenuhnya. Balik terus semangat nak buat untuk birthday party anak nanti. Gitu!

Ingatkan senang, susah juga rupanya. Terkehel lengan, tapi sangat puas hati ♥

Walaupun rupanya buruk (Alip Lam Lam Ha sapa gelak berdosa!), tapi happy sangat, tak sabar bawa balik tunjuk kat anak & suami :p
D.I.Y Lipbalm & Lipscrub

Workshop ni dibawakan khas Wunderbath!
Siapa suka organic, home-made product, cute pula tu, yes, mesti suka Wunderbath punya workshop. Weh, dorang ajar kitorang buat homemade & organic lipbalm & lipscrub! Teruja seriusss! Kitorang buat dua bendalah tu sendiri dari awal sampai habis jadi seketul product sedia dipakai. Halahhh...

Kami siap boleh pilih sendiri nak flavour & scent apa. Terbaru dorang ada bau Teh Tarik, tapi yuyu tetap memilih Vanilla my all time favourite :)

Lepas ni dah boleh buat sendiri rumah. Ish. Nanti kalau yuyu rajin, yuyu try sendiri di rumah, & share dengan korang. Kalau yuyu rajin la :p
Super Clay Workshop

Selalu tengok di IG, orang Jepun Korea suka sungguh projek Super Clay ni, rupa macam plastisin masa kita main di tadika dulu, tapi tak takk, ni super lembut, lepas tu nanti beberapa jam dia kering, terus lembut sangat, boleh ramas, buat keychain!
Aktiviti ni pun sangat enjoy. Kami ada banyak pilih warna super clay, dan boleh pilih sendiri, untuk buat miniature luggage & passport. Mesti lah dua benda tu, workshop Traveloka kann. Takkan nak buat pensil je kot. :p

Yuyu buat sendiri ok. Tak sangka ada bakat hebat dalam seni super clay :p

Gigih ni. Suami whatsapp tanya habis pukul berapa pun, buat tak tahu, baca dalam bilik je :p
Balik tu, sepatutnya kena biar superclay ni kering lebih kurang beberapa jam, tapi sampai je bilik, anak terus tekan-tekan main. Hmm. Tak jadi nak tunjuk kat korang hasilnya di sini. Takut korang nightmare. --'
Workshop ni dibawakan khas oleh : ClayTime.My
Jadi, itulah antara workshop untuk staycation yang disediakan oleh Traveloka tu. Personally, yuyu sangat enjoy, dan yuyu rasa rehat sangat walaupun workshop tu dari petang sampai ke malam. Mungkin ni macam me-time yuyu lah kan. Kadang-kadang, bila kita buat sesuatu simple me-time, baru kita rasa recharge balik mind & soul kita.
Kita tak tahu pun kita perlukan semua me-time tu, tapi, once kita ada me-time, rupanya kita perlukan masa untuk sendiri tu, untuk buatkan kita happy & enjoy dengan masa depan. Ok, baru faham maksud "The Escape You Never Know You Needed" tu. Thanks team Traveloka :)
Ada satu benda penting juga nak share ni :
Selain me-time tu penting, staycation walaupun sebelah rumah je pun boleh buat happy, eh, korang dah install application Traveloka ke di phone? Ni application wajib install tau, lagi-lagi yang kuat travel.
Sekarang semua benda ada dalam satu app Traveloka dah
In case korang nak pergi travel, boleh terus check lowest price di app Traveloka (Price Alerts), terus boleh booking, alang-alang booking juga hotel untuk mudahkan perjalanan korang. Lepas tu, plan siap-siap aktiviti korang masa travel nanti di Attraction & Activities dalam app Traveloka tu. Senang kerja kita.

Contohnya kalau pergi Jepun lah, nak ke Disneyland, daripada korang beratur lama nak beli tiket, lebih baik beli melalui app Traveloka je. Siap boleh check mana yang jual murah :)
Senang kan kerja kita lepas ni. Download je Traveloka di phone

Habis je workshop, tengok anak-anak dah happy sangat main dalam bilik. Ayah dorang tidur je memanjang, itu pun me-time dia juga :p
Apapun, terima kasih untuk team Traveloka sudi invite yuyu, dan sediakan aktiviti semua tu. Sampai je rumah, rindu pulak nak datang The Stripes KL lagi. Kalau boleh, nak juga korang enjoy juga hand-on activities yang yuyu join tu. Memang best dan hilang habis stress.

Next time nak plan staycation dengan suami & anak-anak lagi. Walaupun sehari, tapi, habis terus masalah
Terima kasih sudi baca
Love,
ish tak buruk langsung ok cookies tu...akak pun da lama teringin nak buat biskut icing gitu, tapi tak terbuat2...seronoknya staycation gini, macam2 aktiviti ada..
ReplyDeletehahaha. akak rupa dia macam taik pun ada kak :P cuma tak tunjuk. hahaha. Alhamdulillah. best sangat kak!
DeleteTraveloka selalu bagi coupon code pastu leh redeem dapat laaaagii murah...
ReplyDeleteSama lah. Traveloka suka bagi coupon best :p
DeleteAlhamdulillah <3
ReplyDeletetrima kasih <3
ReplyDeleteMommy_ima
March 7, 2019 at 7:26 PMBestnya semua aktiviti tu!
ReplyDeleteLama tak pergi cuti2 juga, dekat takpe yang penting masa cuti tu rasa betul2 bermanfaat & relax.. :)