Assalamualaikum ♥
sementara dua-dua anak tengah tidoq, ibu kalutkan diri buat entry baru. nanti kalau dah dua-dua bangun, ibu hanya mampu bertawakal kepada-Nya agar diberi kekuatan mental dan fizikal sahaja. nasiblah kecik lagi. --'
sebelum ni kalau tengok orang update pasal karenah anak-anak dorang yang kecik lagi, getus hati ni "ala, budak-budak, biasa lah, sabar ja la". ambik hang! bila dah ada dua anak yang masih kecik, baru lah tahu erti kesabaran sebenar. ini baru dua, entah macam mana la mak-mak yang ada anak kecik tiga empat lima tu. tabik spring sambil sengseng lengan baju. penat.
terbeliak bijik mata anak ibu!
Habib Muhammad baru 2tahun 8bulan. Affan Muhammad adik dia pulak baru nak masuk 3bulan. walaupun Habib tu abang, tapi, weh, dia kecik lagi ok! cakap pun tak terus lagi, bangun pagi pun nak ibu peluk dulu, kalau ibu busy kerja, dia mula buat-buat terjatuh siap nangis selagi kita tak manjakan dia dulu. alah anak ibu. tak sempat lah ibu nak capai misi naikkan berat badan ibu ni. taknak lah underweight selamanya.
apa ni.. bagi lah kerjasama :'(
Habib ni mula menunjukkan keinginan dia untuk meramas muka, lengan, dan bontot adik dia sejak hari pertama dia tengok adik dia. di hospital lagi. serius weh. kalau kita baru niat nak lepas pandang, tau tau adik dia nangis dah dek kerana dihenyak oleh abang kandung sendiri. kesian adik.
itu belum kes adik tengah tidur, si abang pulak buat-buat nyanyi sampai bergema seluruh bima sakti. adik pun pasrah lah bangun lalu seraya menangis. masing-masing menunjukkan bakat suara volume paling tak boleh blah. maka ibu pun menyirap. surrender, suruh suami pulak jaga. dia lebih penyabar
pagi tadi, masa tengah buat draft untuk client, tau-tau dengar Habib menangis. suami kata dia dah tampar tangan Habib sebab dia tampar bontot adik dia kuat-kuat yang tengah tidur tu. dicapatinya adik pulak tu. alah nakk. cepat lah masing-masing besar. main je lah macam manusia normal. --'
lepas ni, untuk number tiga, kena make sure dua-dua tu reti sikit. biar masing-masing boleh jaga adik pulak. ibu rehat. ibu nak main Instagram.
tapi tu lah, anak laki, depa suka menyakat lebih lah kan, yuyu tengok anak kawan-kawan yuyu yang perempuan, alahai, sopannya si kakak jaga adik. siap tidurkan adik lagi. kalau dah laki, memang macam ni lah perangai dia. takpa lah, serabut mana pun, bila time depa tengah tidoq ni, rindu pulak. ibu pulak rasa macam mana kacau anak-anak ibu biar bangun. huhu
terima kasih sudi baca :)
singgah siniii
ReplyDeletesetiap hari singgah la :p
Deletebila dua anak lelaki sama nak naik,begitulah ragamnya,kalau girl pun sma nak jugak yuyu...hehe
ReplyDeleteTapi tengok anaknkawan yang girl, baikkkk je 😅
Deletealahai..comey anak2 nye mcm ibu nye jgk . haha. bertabahlah ibu yeee ^^
ReplyDeleteSedang tabah 🙈
DeleteHabib seronok dapat adik la tu hihi...
ReplyDeleteTerlampau seronok 😞
DeleteAnak sulong kite sebaya yuyu lahir beza 2 hari je dr habib. Dan adik die pun sebaya affan. Dedua lelaki. Hmmm peel die sebijikkkk laa mcm habib hahaah
ReplyDeleteBertabahlahhh 😂😂
Kita ada janji pape ke? 😂
DeleteSalam..terjah sat..anak lelaki mmg gini rupanya...sy 3 hero dh mcm Tarzan di rimba dh ni...
ReplyDeleteSalam. Huwargh! Cepat lah besar 😅
DeleteTakpe, habib nanti akan jadi abang yang baik, insyaAllah :)
ReplyDeletehttp://www.amiranozrin.com/
Aminnn! 😍
DeleteAlalalalla cutejer perangai hehehe
ReplyDeleteHmm. Cute sangat 😞
DeleteLagi besar lagi pening yang..macam kat rumah ni...abang kaki menyakat, adik kuat menjerit..adik tu kalau orang lain sakat dia ok je, abang pandang senyum pun jadi 1 hal. Sabor je la. Btw baby tu pandai buat muka suspenkan? Dia cam dah tahu abang dia nak sakat dia lol
ReplyDeleteanak-anak macam-macam ragam. setiap anak ada perangai berbeza-beza. sabor je lah jadi mak- mak ni.
ReplyDeleteSabor je laa kan.. hihi
ReplyDeleteAnak2 nak membesar, nanti adik dah besar sikit, mula laa main gusti plak..
aduh mata dia memang geram..tu tengok pipi dia pulak.. hehehe
ReplyDeleteMemang letih jaga anak kecik ni.. tambah pulak laki2.. dia punya lasak bagaikan nak tertanggal tulang-temulang ibu.. tapi itulah pengalaman noh.. masa kecik ni takpala penat sikit. Moga besaq sok jadi anak yang berjasa pada ibu ayah, agama, bangsa & negara. Aminn..^_^
ReplyDelete