Assalamualaikum

Ini yang malas tengok tivi ni. Setiap kali tengok tivi, nampak CJ WOW Shop, halahhhh, tak tahan betul keimanan nih! Hari tu tengok CJ WOW Shop promote mop, hoi, dia punya power tu sampai tak menahan nak beli. Habis kalau beli, mop kat rumah sampai dua dah ni, sapa nak pakai. Pfft 

Setiap kali tengok CJ WOW Shop, bergetar kad bank aku. Setiap kali, ok. --'

Kali ni memang tak tahan dah, tengok segmen untuk Coocan Diamond Pan, inilah masanya untuk bersihkan dapur dari periuk-belanga tradisional, supaya boleh letak periuk-belanga zaman sekarang, yang tak melekat dah telur bila goreng, yang tak payah guna minyak segelen dah bila goreng ayam, yang masak sayur cun-cun cantik semua.

Yang paling penting, yang buatkan makin rajin nak masak. Ehem.

*ini point yuyu bagitau kat husband, dan ini menjadi*
**korang boleh juga guna point-point tu. tehee. Good luck**

Lepas tu, sehari selepas terima Coocan Diamond Pan tu, hoi, terus tanya suami nak yuyu masak special apa. Cakap saja, nak masakan Thai? Barat? Timur Tengah? Korea? Jepun? Cekodok saja? Tapi, yang dia nak, cuma Gulai Daging Berkentang. Alaa. Baru nak masak melampau-lampau sikit....

Jadi, yuyu share sikit Resepi Gulai Daging Berkentang, cara yuyu. Sebab apa cara yuyu? Sebab yuyu tengok banyak sangat cara yang berbeza kalau nak masak gulai ni. Ada yang letak asam lah, ada yang campur serbuk kari dengan air lah. Malah, cara yuyu pun berbeza, tapi tetap rasa mesti lebih kurang juga dengan gulai orang lain. Hehe

Cuma, kali ni, gulai berkentang, suami suka sungguh kalau gulai yuyu berkentang, katanya, lebih 'gulai'.


Bahan-bahan Gulai Daging Berkentang
Simple je kan bahan-bahan dia.

Cara-cara:
Kali ni, siap bervideo. Bukan sebab apa, sebab nak tunjuk betapa bestnya guna Coocan Diamond Pan ni. Boleh guna minyak sangat sikit sahaja. Bawang pun tak melekat, ya Allah, senangnya nak membasuh. Tak rugi betul ada satu set kat rumah


Cara yuyu mudah:
1. Panaskan, dan tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan kayu manis, sehingga naik bau dan bahan tumis betul layu
2. Masukkan serbuk kari, dan tumis serbuk kari sehingga pecah minyak dan naik bau
3. Masukkan air secukupnya, selalunya yuyu akan masukkan air 3 cawan. Tak kisah pun berapa
4. Biarkan mendidih
5. Masukkan kentang + ayam, biarkan hingga empuk.
6. Masukkan santan, dan biar mendidih
7. Tutup api, dan masukkan garam secukup rasa
8. SIAP


Haa. Simple saja kan, tapi, selama yuyu buat, gulai yuyu ni boleh tahan seminggu insyaAllah. Bagi yuyu, time tumis tu, tumis lama betul, insyaAllah, masakan tahan lebih lama. Saja yuyu banyakkan kuahnya, senang nanti setiap pagi boleh buat cicah dengan Paratha Tesco tu, takpun, petangnya buat Roti Jala. 

Ya ampun, sedapnyaaaaa teringat pasal roti jala. Haish. Kena buat lah lepas ni. 

Suami yuyu suka betul kalau kentang banyak. Lagi banyak, lagi lebar dia senyum. 


Haa... berbalik pasal Coocan Diamond Pan tu. Jangan tanya best ke tak, sebab memang best betul, satu set macam ni, dalam RM200++ siap dengan FREE gift lagi. Itu yang best kalau beli dengan CJ WOW Shop, dorang selalu saja ada promo murah-murah, siap dengan free gift lagi.

Selama yuyu tengok CJ WOW Shop (nampak tak betapa selalunya tengok), product dalam segmen dorang sangat rare, tapi berkualiti. Tau-tau dah terpegang phone, dah ready nak beli. Apa ni --'

Berkenan dari hari pertama tengok kat CJ WOW Shop lagi. Tak tahannnnnn....

Siap dapat gift tu yang lagi syoq tu

Nampak tak kilauan diamond tu?

Bagus Coocan Diamond Pan ni, bukan sebab dia lawa saja, tapi sebab taburan serbuk diamond pada pan tu, buatkan masakan kita tu dimasak dengan lebih menyeluruh, tak melekat bila memasak dan tahan lasak.

Serius weh!

Bagi yuyu, personal review lah kan, yuyu suggest sangat kita sebagai orang utama di rumah untuk handle bab masak ni, beli invest Coocan Diamond Pan ni sorang satu set. Memang berbaloi sangat, kalau dulu selalu goreng macam-macam asyik melekat je kat kuali, kali ni guna Coocan Diamond Pan, apa semua masakan tak pernah langsung melekat, susah betul nak hangit.

Kalau goreng ayam pun, sekata je semua masak elok. Yuyu bagi 10 bintang! Ching!

Ni dok terpengaruh dengan ILO Multi Chopper pulek. Ada 23% diskaun. Hmm 


Korang boleh lah join yuyu, setiap hari usha website (klik link) CJ WOW Shop, lepas tu, hujung bulan, kita beli berjemaah. Eh, suami jangan lah marah, kata nak makan sedap-sedap.

Jangan lupa tau, sekarang juga survey siap-siap barang rumah ke, phone baru ke, apa-apa lah kat sini:




Tehee :p



Love,

SHARE 7 comments

Add your comment

terima kasih sudi komen :)

2025 © Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS