Assalamualaikum ♥
banyak kali dah yuyu share kat Instagram ( @yuyuzulaikha ). setiap kali orang tanya resepi, alamak, lupalah pulak aku nak ambik gambaq. haha. jadi, kali ni, alang-alang dah nak masak Butter Chicken lagi, cepat-cepat pegang camera. habis camera bau hanyir ayam --'
sebenarnya, nama resepi ni, ada yang panggil Butter Chicken, ada yang panggil Buttermilk Chicken. dan resepinya pun banyak. sebanyak-banyak resepi, yuyu dah alter ikut minat tekak yuyu dan suami. kami ikut tekak kami yang suka benda-benda cheese. sebab ada juga resepi orang lain jenis tak ber-cheese.
kalau sapa yang berselera keju/cheese macam yuyu, memang resepi ni terbaik. haha. bukan puji resepi sendiri, tapi, adoi, tak tau nak cakap apa, sedap dia sampai kami laki bini ketagih weh. kami takkan biarkan sikit pun kuah dia tertinggal sampai kami jilat periuk ok. sumpah tak tipu. >.<
okay lah, kang korang meluat, korang seterika muka yuyu pulak kang. baik yuyu mula. resepinya mudah sahaja
BAHAN-BAHAN: (untuk 4-5 orang makan)
haha. sorry. lupa nak ambik gambaq susu tu. Habib buat 'car' :p
++500gm chicken fillet/chicken keel
6biji cili padi (ikut tahap pedas, dipotong)
3ulas bawang putih (dihiris)
1biji bawang Holland (dihiris)
2pelepah daun kari
3sudu besar salted butter
1cawan tepung gandum
1sudu besar serbuk kari
2sudu kecil garam atau kurang
2keping cheddar
1ton susu cari Carnation
sedikit air untuk gaul tepung & ayam
bahan-bahan dia senang je nak jumpa. berkaitan dengan susu cair tu, yuyu pernah buat eksperimen. pernah guna Ideal ke atau F&N, tapi tak berapa sedap sangat, sebab resultnya akan jadi macam manis sikit. hmm. potong betul. jadi, selamanya sekarang kalau buat Butter Chicken, yuyu akan guna susu cair Carnation. hasilnya, Butter Chicken akan jadi lebih creamy baq ang!
CARA-CARA:
1) potong isi ayam menjadi dadu, kesemuanya.
2) satukan potongan ayam tadi bersama tepung, garam, serbuk kari dan air. sukatan air adalah bebas, asalkan boleh salut ayam. penting untuk letak garam. jangan terlalu banyak, nanti mashinnn. tak sedap.
sebenarnya, untuk goreng ayam je. haha.
3) goreng ayam yang disalut dengan tepung tadi sehingga ayam masak, tapi jangan sangat garing. kalau garing, nanti jadi liat. dan toskan
agak macam ni rupa ayamnya, kira okay lah. bukannya nak masuk Ratu Cantik Ayam Goreng pun.
4) selesai hal goreng ayam. sekarang, tumis bawang Holland, bawang putih, daun kari, dan cili padi menggunakan BUTTER. tumis hingga bawang Holland nampak hidup segan mati taknak. layu je.
penting guna BUTTER. dah nama Butter Chicken. make sure api slow ya. kalau tak, memang hangus lah butter tadi. -_-
5) tuang susu cair Carnation dan kacau dalam seminit
6) masukkan kepingan Cheddar, dan kacau hingga cheddar tadi cair 100%. biar sebati dengan bahan-bahan tadi.
teruskan kacau dalam dua tiga minit. api slow please.
7) masukkan gorengan ayam tadi. kesemuanya. dan teruskan kacau. api slow juga.
kacau seminit lagi, lepas tu, SETTLE!
8) settle! ucap Alhamdulillah. ada menu baru hari ni. hehe
ini rupa Butter Chicken olahan yuyu.
penting diingatkan resepi ni sesuai untuk yang suka keju. memang sedap yang amat-amat weh. dia macam rasa Timur dan Barat. haa. rasa macam masak kampung, tapi urban kampung. gitu! kalau korang tak berapa suka cheese, try tak payah letak cheese, pun korang akan suka nanti.
disebabkan dah selalu masak Butter Chicken ni, jadi, dah macam-macam eksperimen dah yuyu buat. letak kentang lah, letak telur lah. haha. tapi, yang ni juga paling sedap di Bima Sakti. apa-apa pun, korang try lah buat. kalau sedap, bagitau yuyu ok? kalau tak sedap, anggap sedap jugak! :p
Butter Chicken ni, time panas dia cair, time sejuk, dia pekat gila, cheese kannn. sedap makan dengan nasi, atau ratah macam tu je.
selamat mencuba!
terima kasih sudi baca :)
OMG! sedapnye yuyu...kite pon minat cheese jugak..thanks kongsi resepi..
ReplyDeleterindu nak amik gambo sesameeee
nampak sedappp..
ReplyDeletenyumnyummm sedapnya yuyuuuuuu. Dari aritu nk try tapi tak try2 lagi. Boleh cuba lepasni
ReplyDeleteselalu buat ayam buttermilk sebab isi2 ayam yang banyak memang simpan.. tak lalu kalo goreng biasa.. buat ayam buttermilk ni baru lah makan.. hahahah
ReplyDeleteadeeh sedapnyaa.. memang suka cheese pun! hee .. xsabar nak cuba. tqq share yuyu =D
ReplyDeleteresipi yang dicari-cari selama ini..
ReplyDeletewahhhh so yummy =)
ReplyDeleteMy peberet too, tapi tak penah lagi buat dengan ayam, selalu dengan udang..
ReplyDeletehaisyyhhh tetiba perut keroncong ha :)
tergoda tengok gambar..kalau depan mata,memang makan dlm kelambu lah xmau kongsi..
ReplyDelete:p
Semalam masak ni guna resepi yang yuyu bagi. My husband loved it so much. Tq yuyu!
ReplyDeleteTerliurrr.. Hehhe
ReplyDeleteakak baca sambil telan2 air liur..
ReplyDeleteterima kasih resepinya. Alhamdulillah resepi baru nanti bolelah cuba
ReplyDeletesedapnya. senang jer buatkan yuyu.. nnt kak Alycia nak try la ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteTQ Yuyu for the resepi..
dah cuba ... sedap hokey!!!
http://dnibabyscute1.blogspot.my/
http://mummyumardian.blogspot.my/
ya Allah nampak sedap sangat niiii
ReplyDeletesedapnyaaa
ReplyDeletesedapnyeee..ad masa nt nk cuba la..kihkih
ReplyDeletenampak sedap. my favourite food hehe
ReplyDeletealamak... abam terliur tengok. :)
ReplyDeletethanks for the recipe.. tashabar nak try :D
ReplyDeleteTak sedap punn.. kalau bagi kita.. kita ambik aje.. bak kata orang rezeki jgn di tolak.. hihihi
ReplyDeletewow yuyu i like this
ReplyDeletesedap tu
ReplyDeleteSo gonna try this! Terima kasih share recipe kak yuyu! <3
ReplyDelete[ Check out my latest post: Easter break in Kent x ]
Sedap tuuuu....jom singgah santai2 disini....
ReplyDeletesedappppp ! slalu save je resepi dlm phone. buatnya idok T.T help meeee
ReplyDeleteHang ka ni yue? Ehehh
ReplyDeleteSalam yuyu. Nak tnye selalu kite letak bawang holland pada masakkan okay. Tapi xthu knape hrini bile letak bawang holand rse kuat sangat bawang holland. Mcm xjadi je butter chicken tuh. Any tips ?
ReplyDeleteAlamak. Tak sure lah. Tapi ni lah sukatan yuyu selalu guna. Try kurangkan bawang holland tu
DeleteDah. Cuba resepi ni. Alhamdulillah, abah cakap sedap, cuma kurang pedas. Thanks yaaa
ReplyDeleteKalau takde daun kari?
ReplyDeleteKak susu tu guna 1tin ke?
ReplyDeletehi kak yuyu.. susu cair satu ton tu banyak mna eh? tak faham heeee..
ReplyDeleteTq for sharing this recipe..saya nak cuba buat jugak le..
ReplyDeleteDah cuba sis..terbaik pekat lekat
ReplyDeleteSy share ye.t.kasih
ReplyDeleteWill try it kak yuyu ☺️☺️
ReplyDeleteMohon share ye resepinya
ReplyDeleteThank you Yuyu. Tried this and it tasted so good. My husband loved it so much. May God bless you.
ReplyDeletemacam tak sedap je. ayam tak garing
ReplyDeletemacam tak sedap je. ayam tak garing
ReplyDelete