Shopping Raya Jimat di KWC

by Yuyu Zulaikha, 10:10:00 AM




Assalamualaikum 

Persiapan raya dah buat ke belum?

Yuyu dah buat dari sebelum Ramadhan lagi. Mula beli baju husband, mak, abah & adik-adik. Awal Ramadhan terus cari untuk anak-anak. Laju kann. Eh peninglah last minute order tau-tau warna tema kita tahun ni dah habis 😒

Tahun ni, yuyu tema Maroon tak pun Merah. Tak strict sangat kena warna sejibik sejibon pun, asalkan merah maroon.

Tapi bukan nak cerita tu sebenarnya, entry kali ni nak bagitahu yang baru ni, yuyu shopping baju raya anak-anak, tiga orang hero ya tuan-puan sekalian, dengan harga kurang RM200 SAHAJA. Baju raya pertama dan baju raya ke dua. 

Pastilah pilih yang terbaik, kan, untuk keluarga tersayang


Sepatutnya, kalau enam pasang baju, mesti harga ratus-ratus dah, kalau mengikut experience yuyu raya tahun-tahun lepas. Ok, jom tengok, apa yang yuyu dapat dengan RM200 bila yuyu shopping di KWC Fashion Wholesale.

Ye, di sana saja dapat harga best macam ni, siap boleh bargain lagi walaupun dah memang murah. Lulz

Haa. Macam mana? Cantik kan baju anak-anak yuyu yang yuyu borong di KWC? Berbaloi kan?

To those yang tak tahu pasal KWC Fashion Wholesale, ini adalah pusat fesyen borong pertama di Malaysia. Ada  banyak kemudahan juga, macam surau, tempat makan, dan ATM. Jangan risau kalau lupa bawa duit juga, sebab seller di sini siap terima online banking tau. Kemahen

Siap ada kedai emas tauu. Kan dah cakap, KWC ni ada macam-macam kedai.


Suka lah husband, tahun ni dapat jimat banyak 😄

Bukan setakat fesyen, nak beli atau nak borong basikal pun ada, karpet, langsing, kasut, mainan budak, nak tempah buat baju, tak pun kalau nak jahit pukal pun boleh tau. Dengan minimum kuantiti borong hanyalah serendah 3 barang. Best kan. Lagi banyak beli, lagi jimat

Yuyu hari tu dah la dapat murah dah, nak bargain lagi pun  boleh

Alang-alang nak borong kan, better datang sini, terus berbuka di sini. Ada banyak je restoren yang ada di KWC. Tak perlu lah nak rushing sangat nak balik, kan?



Tema KWC tahun ni adalah Flora dan Batik, jadi, kalau korang jalan dalam KWC ni, memang penuh dengan elemen tema ni. Cantik. Yuyu suka sangat. Jadi lepas ni, kalau fikir nak shopping tapi nak jimat, please terus ingat KWC Fashion Wholesale je ok, tak jauh mana pun, tengah Kuala Lumpur je.

Promise tau, raya ni, kita shopping di KWC ok

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai lebih lanjut, korang boleh terus klik link official KWC di: 





Happy shopping!



Love,




SHARE 1 comment

Add your comment

  1. wah seronoknya sopim yuyu...kite sopim online jer...musim covid semua online je :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS