Assalamualaikum

Setiap tahun, bila sampai saja Hari Ibu, memang akan celebrate. Memang lah orang kata setiap hari pun boleh jadi Hari Ibu, tapi tak salah pun kalau kita celebrate satu hari special tu sebagai Hari Ibu dengan seluruh dunia. Serious rasa terharu dia lain machiam sikit.

Tahun lepas suami bagi bunga. Siap ada kad dia buat sendiri pulak tu. Tahun ni, awal-awal lagi husband dah plan untuk bagi hadiah Hari Ibu. Tak ada dah surprise. Dia suruh pilih apa-apa saja untuk diri sendiri, shopping lah apa pun, di mana pun. Haa. Bila tau dapat reward macam ni, ish, hilang rasa gatal parut czer bersalinkan si Affan hari tu. Ihik

Ada yang macam okay-tak-perlu-lah. Eh, terpulang lah kat individu. Ada yang happy bila celebrate, ada yang tak kisah pun. Yuyu sendiri pun suka celebrate Mother's Day dengan emak yuyu. Paling biasa pun, bawa dia jalan-jalan. Lagipun, benda positif kan. Let's spread positivity!

There is no way to be a perfect mother, but millions ways to be a wonderful one.


Lepas tu, tak fikir banyak dah, memang shopping untuk Mother's Day ni di Alamanda saja lah. Dah selalu dah kat Alamanda saja yang yuyu selalu lepak dengan family. In fact, masa dating dulu pun, di sini. Ish. Malu pulak :p

Kenapa Alamanda?
Eh. Dah kata suami reward shopping. Mesti lah di mall. Lagipun, Alamanda di Putrajaya saja pun, dekat yakmat dengan rumah yuyu. Dalam banyak-banyak mall, yuyu sendiri selesa dengan Alamanda. Yuyu rasa, kalau sapa dah terbiasa dengan Alamanda, mesti susah nak terbiasa dengan mall lain. 

Port wajib selfie kalau dah sampai Alamanda. Sini cantik

Untuk hadiah, tak semestinya kena habiskan beribu ringgit. Tak perlu pun diamond ring bagai. Kadang tu, untuk ibu, dia cuma nak sedikit 'me-time' dan reward untuk diri sendiri. Yuyu suka window-shopping (window-shopping is the cheapest therapist in this world), jalan-jalan satu mall, masuk satu-satu butik, lepas tu eh, terbeeli satu dua handbag :p

Lagi-lagi bila dah ada anak ni, yuyu selalu ajak husband bawa kami satu family datang Alamanda. Kadang tu, datang semata-mata untuk makan saja. Alamanda ni best, tak payah tempuh jem. Dalam mall dia pun, tak berpusu-pusu manusia sangat. Kebanyakannya pun family juga, jadi, sesuai lah untuk kita-kita yang ada anak kecik ni. Parent tak serabut sangat, tenang saja.

Selalunya, bila sampai saja sini, kami mulakan dengan makan. Baru lah diam sikit Habib & Affan tu. Kalau takk... --'

Bagi anak-anak layan indoor playground sikit. Boleh lah kami laki bini tengok sambil minum Tealive. :p



Dah nama pun IBU. Apa saja yang buatkan anak-anak happy pun dah cukup sangat buatkan ibu happy. 

Sambil-sambil yuyu menikmati hadiah/reward yang suami bagi sempena Hari Ibu ni, sambil lah yuyu pun cari hadiah untuk emak yuyu. Emak yuyu ni jenis tak cerewet, call dia wish pun dia dah happy kemahen, tapi setiap tahun tu, yuyu bagi lah sikit-sikit reward untuk dia. Kalau dia duduk dekat dengan yuyu, dah ajak dah dia celebrate di Alamanda sama-sama. Hehe


Sepanjang dok survey reward tu, macam cantik je baju Variante ni. hmm...


Nanti yuyu share dengan korang (next entry), hadiah apa paling sesuai untuk buat hadiah sempena Mother's Day, dan apa yang yuyu berkenan sangat untuk diri yuyu sendiri. Yuyu suka konsep hadiah Hari Ibu yuyu kali ni.  Senang diri sendiri, suami bagi je bajet berapa, diri sendiri yang pilih apa yang diri suka. :p

Apehal Habib & Affan tu 😅


Okay lah. Happy Mother's Day untuk semua mommies yang baca entry yuyu ni. Dulu yuyu sendiri tak terfikir pun boleh jadi ibu, sebab tak suka budak-budak, haa, ambik kau, bila dah ada anak, rasa takboleh nak bepisah pulak. Semua benda yuyu fikir pasal anak dulu. Tu lah perangai ibu, kan?

Terima kasih sudi baca


Love,
SHARE 6 comments

Add your comment

terima kasih sudi komen :)

2025 © Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS