Assalamualaikum ♥
Best juga kalau sekali sekala kita curi masa bawa anak-anak travel. Tak perlu pun sampai ke overseas. Hello, dalam Malaysia pun ada banyak tempat yang kita tak sampai lagi, ok. Mana yuyu pernah lagi pergi Kundasang yang orang kata macam New Zealand tu, Kelantan pun tak pernah sampai...*nangisdiamdiam*
Tiba-tiba dapat pula kerja + bercuti di LEGOLAND! Alhamdulillah. macam nak tampar dinding happy dia! #ntahpape
Akhirnya, bila pi sana, banyak sangat ambik gambar, tapi banyak share di Instagram saja. Lepas tu, ramai pulak PM/DM/komen tanya pasal Legoland. Best ke tak? Berapa rate di sana? Berbaloi tak? Alaa, rasa serba salah pula tak tulis entry pasal tu, macam seronok sorang-sorang ja kan.
Harapya, dapatlah gambaran betapa happynya yuyu sekeluarga di Legoland ni. Kita sama-sama share happy tu, ok.😍
sampai di sana, pihak LEGOLAND tanya kat yuyu, nak room tema apa. Nak Kingdom ka, Pirate ka atau Adventure? Dia suggest sebab ada anak kecik sangat, better yuyu pilih Pirate, sebab Adventure konsep dia macam ada 'mumia'. ok ok. Saya patuh. Saya pilih Pirate Themed room saja. Taknak lah nanti anak-anak berteriak ketakutan akan mumia tersebut.
Alih-alih.. nahh..
Pirate Themed Room
sampai di sana, pihak LEGOLAND tanya kat yuyu, nak room tema apa. Nak Kingdom ka, Pirate ka atau Adventure? Dia suggest sebab ada anak kecik sangat, better yuyu pilih Pirate, sebab Adventure konsep dia macam ada 'mumia'. ok ok. Saya patuh. Saya pilih Pirate Themed room saja. Taknak lah nanti anak-anak berteriak ketakutan akan mumia tersebut.
Alih-alih.. nahh..

alahai. Tak tahu nak takut ke nak gomol-gomol. Macam comel sangat je untuk takut. 😂

Dapat Pirate Themed Room + combo tickets untuk waterpark & theme park ♥♥♥
Pirate Themed Room
Untuk theme ni, keluar saja lift, dah terus nampak pirate & ship dia merata-rata. Hatta karpet dan syiling pun ada. Itu belum masuk bilik lagi. Habib sampai saja sana, dan menjerit-jerit suka.
Habib cuba untuk tahan over happy dia tu.
Rate untuk bilik macam ni, bermula RM670 satu malam, tapi rasa berbaloi sangat, sebabnya, boleh muat sampai lima orang. Ada satu king bed, satu double decker bed, dan satu trundle bed. Ada pula LEGO untuk anak-anak kita main, dan treasure hunt yang kalau kita dapat complete game, nanti dapat LEGO lagi. Yes, boleh bawa balik LEGO tu.
Boleh bayang tak sapa yang paling excited main semua LEGO & treasure hunt tu? Tak tak. Bukan Habib, pak dia -_-

Habib tidur sini. Ajak duduk dengan ibu pun dia taknak dah, kusyuk dengan LEGO dia.

belum apa-apa adik dah meragam nak tidur. Baru ingat nak rilek sat. Potong betul 😏
Katil king tuuu. Selesa betul sini. Tilam + bantal semua empuk. Stress yang semalam, terus tenggelam hilang dalam tilam sini. 😜

Bila kita di LEGOLAND Hotel, maka, kita kena expect siap-siap yang semua benda ber'LEGO. semua benda bentuk LEGO.

Habib muka tak rela kena tidur 😝
Interior
Macam yuyu cakap tadi, semua benda bentuk LEGO. Baru saja parking, nak check, eh, dah macam-macam keriangan kita jumpa. Tempat lepak tu ada banyak LEGO. Senang mak-mak nak check in, confirm anak-anak tak berkepit dah, dorang rela mak-mak tinggal lagi ada. Haha.
Habib panggil LEGO tu, "Ayah LEGO". Sebab besar sangat 😀
Mini Castle dari LEGO. Anak-anak boleh masuk main sembunyi. 100% oleh LEGO. Hebat kan? Sampai Habib tak bagi naik bilik, nak main sini ja.
LEGOLAND Theme Park
Kami sampai Legoland Hotel dalam Jumaat petang, pukul lima tu, terus ajak suami masuk theme park, sementara masih ada lagi baki-baki masa. Rugi lah kalau semua benda nak pergi esok kan. Bila dah petang ni, kurang sikit orang, selesa lah nak bergambar. Idea yang bernas tu, memang kurang pun orang bila petang.
Entrance pun dah buat hati ni happy. Itu belum masuk dalam lagi. Haish.
Dalam theme park ni, kita boleh tengok ratusan miniature prominent building di seluruh Malaysia, ada juga untuk Thailand, Singapore, dan Indonesia. Teruja lebih! Nampak sangat real. Bayangkan kita nampak KLCC yang gah besar dia tu, tapi size secoet, tapi nampak real, tapi LEGO. Adoi. Tak tahu lah nak describe macam mana
Semua tu dibuat daripada LEGO ok. 100%
Sejibik macam betul! Siap ada orang tengah shopping pulak tu. 😂

Ada orang tengah main bola lah. Penonton ramai, mesti Liga Super nih. lulz

STAR WARS!! haa. Ni paling disukai suami yuyu
Semua yang korang nampak ni, dibuat daripada LEGO.
Bila dah habis tengok semua miniature tadi, kami terus jalan-jalan naik train bentuk LEGO ni tengok sekitar theme park. Selagi ada baki masa lagi, naik ja apa yang boleh. Sayangnya time ni Ninja Go dah tutup, esoknya lah ko plan kami
Suami sempat naik benda ni. Ala-ala roller coaster, tapi versi tak kejam sangat dan budak pun boleh naik. 😜
Itu saja lah yang mampu tengok, dah pukul 7petang, theme park pun dah tutup. Esoknya, pagi-pagi lagi ada perhimpunan untuk Star Wars Day (nanti insyaAllah yuyu blog pasal ni). Jadi, esoknya juga lah kami nak tawaf seluruh theme park sekali lagi.
Bagi yuyu lah, kalau kita ada anak kecik lagi, macam yuyu ada sorang toddler sorang baby, yuyu tak sarankan untuk habiskan theme park + waterpark dalam satu hari. Amatlah memenatkan. Budak pun meragam. Walaupun masa kami pi tu sangat redup, pun tak boleh nak buat apa sangat, sebab tiba-tiba hujan
Paling sesuai, buat dua hari. Sehari untuk theme park, sehari lagi untuk waterpark. Itu pun bagi yuyu, themepark tu lebih baik bahagikan juga dua hari, sebab banyakkk sangat yang kita kena explore. Besar weh Legoland ni. InsyaAllah budak tak meragam, kita pun happy.
Cumanya, sebab yuyu stay dua hari satu malam saja, dah tu ada budak kecik dua orang, kami memang tak sempat nak explore banyak. Rides pun tak sempat naik apa. LEGO Technic, LEGO Ninjago World, LEGO Kingdom & Land of Adventure pun tak sempat explore. Paling sadih, waterpark apah satu pun tak sempat. Sedih ok.
Takpa lah, next time pergi lah, mungkin kali ni bawa emak & adik-adik yuyu juga ka. Kan. Baru rasa tak bersalah asyik happy sorang-sorang ja, family happy tengok gambar kat Instagram je. Huhu.
Oh, sebelum lupa, kang ramai pulak DM yuyu. Untuk kita yang ada MyKad ni, tiket untuk 1 day waterpark RM94, kanak-kanak & warga emas RM74. 1 day theme park pulak, RM146, untuk kanak-kanak & warga emas cuma RM116. Lagi bagus beli combo, RM184 sahaja, untuk kanak-kanak & warga emas cuma RM146.
Macam yuyu bagitau lah, kalau ada anak kecik, better asingkan hari, satu hari untuk waterpark, satu hari untuk theme park. Kalau tak, kesian kat budak-budak kepenatan, kita pula hampa nanti. huhu. Cuma nak beli macam tu, macam mahal sangat lah pulekk..
Hotel yang penuh dengan kebahagian. Serius cakap ni!
Yuyu bagi 8 bintang untuk Legoland ni. Memang best sangat. Makanan pun sedap dan ada banyak pilihan. Macam-macam benda yang best, bukan saja untuk budak-budak, tapi kita yang dah tua bangka ni pun akan happy juga. Cuma tak sempat saja nak explore semua. 2 bintang tak penuh tu untuk harga, bagi yuyu, kalau murah sikit, best lah, lagi-lagi parent yang ada anak kecik kan..
Ada 'next time' kot. InsyaAllah 😃
Terima kasih sudi baca
tq review yuyu. ni mmg 1 of the wish nak bwk anak2 tido hotel sini ;)
ReplyDeletekena pi lepas ni. InsyaAllah anak-anak happy. <3
Deletememang best Legoland ni.. kami dulu beli annual pass sebab mmg tak sempat @ puas main semua dalam 2 hari :)
ReplyDeleteHaa. betul juga, boleh ambik annual pass kann. good idea <3
DeleteYa Allah seronoknyaa Legoland. hari tu pergi amek homestay (sebab pergi dengan kawan kawan opis husband) . so ingat next kalau pegi nak tidur hotel tu lah. boleh sumbat atok nanny sekali dalam tu hahaha.
ReplyDeleteCici amek 2 hari. sehari untuk waterpark, sehari theme park. tak cukup nak cover semua. seharian dalam tu pun tak puas tau. ni anak ke mommy yang excited ni ? hahahah
So tiket setiap hari kena beli lain la ya? Means kalau kita dah masuk lewat petang , xleh continue utk esoklah kan?
ReplyDelete