HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Saturday, March 25, 2017

SKINKARE Premium Saffron Set Review.

Assalamualaikum

dah lama dah yuyu tak review pasal product atau skincare kann.. ala. setiap kali nak share dengan korang kat blog, mesti lenguh lah, nak pitam lah, anak kacau lah, contraction lah. haha. sendu betoi. hari ni juga gagahkan diri, sebab dah nak bersalin ni. okay lah..

sekarang ni, macam-macam jenis produk jaga muka (kecantikan) yang local punya kan. eh, belambak-lambak lah kalau yuyu pi Tesco, tengok kat kedai jamu tu. itu baru kat kedai jamu, tak tengok lagi kat Instagram. kalau buka newsfeed Facebook, berduyun sponsored ads pasal product semua ni. jenuh pilih yang betul bagus.

kadang tu pulak, dorang kata bagus, tau-tau, dah berbulan pakai, naik muka, seremmmmm semacam jadinya. macam yang sampai kes viral tu lah. jadi, macam mana nak pilih product yang bagus? 

bagi yuyu, semuanya bergantung kepada nasib juga. cuma baru ni, yuyu ada cuba Malaysian product yang yuyu sendiri berkenan sangat. yuyu sendiri cuba pakai, dan cuba juga stop terus saja untuk test, ada apa effect tak okay tak kalau stop. ternyata, dia sangat selamat dan yuyu puas hati. 





sebab tu, yuyu sukahati sungguh untuk share dengan korang. harap-harap sangat membantu ya kalau ada sapa-sapa yang tengah memerlukan maklumat mengenai skincare yang terbaik. insyaAllah. apa kata, lepas ni, korang try guna SKINKARE Premium Saffron Set sebab apa Saffron Set, sebab semua set dia didatangkan dengan kebaikan khas Saffron!

Saffron ni, banyak betul kebaikan untuk kulit. boleh cakap bunga yang ajaib lah.

kebaikan Saffron ni (buat kulit) ataranya:
  1. menyamaratakan tona warna kulit
  2. untuk kulit lebih glowing
  3. menceahkan kulit
  4. untuk kekal lembabkan kulit
ni antaranyalah. sebab tu,

international sangat kann packaging dia! kalah Clinique :p 

dalam set SkinKare ni, antaranya yang kita akan dapat adalah:
  1. Saffron Cleanser with Toner
  2. Special Treatment Serum
  3. Skin Repair Moisturizer *
kalau tanya pendapat yuyu, paling yuyu suka dalam set ni adalah moisturizer dia. semua best, cuma yang moisturizer dia tuuuu. alahai, kalau mekap ja, moist dia lama-lama tahan. muka lembab ja.


SKINKARE Saffron Cleanser with Toner
haa. yang ni rare. selalu kalau pencuci muka ni, mesti datang bodo-bodo pencuci ja kan. tapi yang ni, didatangkan dengan toner sekali. jadi, tak perlulah kita nak habiskan banyak masa dengan tenyeh toner lagi. dan mungkin sebab tu juga, tekstur Saffron Cleanser with Toner ni, agak sedikit cair berbanding pencuci muka biasa. yang bestnya, dia sangat kaya dengan buih. sikit je kita guna, tapi, hamboi! mewah betoi buih!

SKINKARE Special Treatment Serum
selalunya dalam regim penjagaan muka kita, selalu lupa akan kepentingan serum. padahal, serum lah sangat memberi kesan terbaik untuk kita. bagus SKINKARE, sebab tak lupa untuk siap-siapkan terus serum dalam set.

serum ni, yuyu sangat suka, tekstur dia sangatlah ringan dan dia absorb cepat terus ke kulit. jadinya, bila apply, tak rasa melekit langsung. tau tau, sejuk ja muka. haa.

SKINKARE Skin Repair Moisturiser
pelembab dia yuyu bagi 10bintang! sebab apa sebab dia betul-betul melembab dan sedap sangat tekstu dia bila kita apply. tak melekit dan rasa macam kulit kita sendiri ja. yuyu pakai setiap kali nak mekap, hasilnya, mekap lebih nampak natural dan tahan lama. takdak lah jadi muka berminyak teruk macam pelembab lain.



keseluhannya, yuyu suggest sangat sapa yang ada masalah jerawat untuk cuba set SKINKARE Saffron ni. tolong lah. insyaAllah korang akan jatuh cinta. lagipun, set ni, sangat bagus untuk:

  1. merawat jerawat
  2. mengecilkan pori
  3. mengurangkan jeragat dan parut
  4. mengurangkan pengeluaran sebum
  5. melembutkan kulit
  6. mencerahkan tona wajah
dan banyak lagi... insyaAllah. yang penting, konsisten!


ini pulak tekstur dia. :)

kalau kalau korang dah jatuh cinta, boleh lah contact terus dorang okay:

------------------------------------------------------------------------------------------------

whatsapp+60192273435

-------------------------------------------------------------------------------------------------


la ni pun ada promo. untuk satu SKINKARE Saffron Set ni, selalunya RM145, tapi la ni, cuma RM120. haa. murahkann. kalau nak beli loose item pun boleh. try check depa punya Instagram, selalu depa update promo di sana. okay?

selamat mencuba, terima kasih sudi baca! :)

3 comments:

terima kasih sudi komen :)