Assalamualaikum

weekend lepas best. dah lama tak kumpul ramai-ramai dengan kawan bloggers. sekali sekala kalau jumpa, macam taknak balik rumah. lulz. tapi, sebab jumpa di event, jadi, sat ja lah. lepas tu balik rumah, buat aktiviti mak-mak balik. *redha*

okay lah. kalau korang peminat dunia kecantikan ni, mesti korang tau pasal The Face Shop. hei! jangan cakap tak tau eh. yuyu lututkan korang baru tau. hari tu masa yuyu pi Korea, haa, berpusu-pusu kawan-kawan dok order barang The Face Shop ni. amboi. kat Malaysia kan ada outlet The Face Shop tu. pi lah beli.

paling terbaru adalah di Pavilion, Kuala Lumpur. yuyu ada pi event launching:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

THE FACE SHOP 
Pavilion 5th  Generation Flagship Store
Lot 4.52.01, Level 4 @ Pavilion Kuala Lumpur

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

blogger-blogger yang suka cerita pasal beauty, yuyu je yang suka cerita macam-macam. buhaguahahabuhaha 



sampai saja di flagship terbaru TheFaceShop ni, terus nampak sangat mewah dan penuh dengan barang kosmetik yang kita macam nak histeria. eh. kang aku beli namblasratus kang.


TheFaceShop adalah salah satu jenama kosmetik yang sangat terkenal yang berasal daripada Korea. brand ni sangat sinonim dengan 'semulajadi' atau 'natural'. sebab tu dia punya kosmetik mesti berasasakan ginseng lah, pearl lah, madu lah, sakura lah dan macam-macam lagi lah bahan-bahan semulajadi.

masa yuyu bercuti di Korea hari tu, outlet TheFaceShop ni memang berlunggok kat Myeong-Dong. selang sekangkang kera pun dan boleh nampak outlet TheFaceShop yang lagi satu. satu Myeong-Dong tu rasanya, ada lah dalam berpuluh-puluh outlet TheFaceShop saja. yang bestnya, setiap outlet TheFaceShop mesti sangat penuh dengan orang (perempuan lah khususnya)

termasuk yuyu --' nampak tak, femes ke tak brand ni

Selamat datang ke TheFaceShop, Pavilion Kuala Lumpur


jadi, kalau ke flagship TheFaceShop di Pavilion ni, dia lain daripada lain sikit. sebab di sini, antara satu-satunya outlet TheFaceShop yang menawarkan khidmat Skin Analysis. korang patut cuba lah sekali seumur hidup skin analysis ni. nanti baru tau, apa status kulit muka korang. tau tau muda-muda dah banyak masalah kulit. eh! taknak lah!

salah seorang blogger yang cuba skin analysis. bagus tau kulit dia. normal skin type lagi. :)


bila kita buat skin analysis, barulah kita tau skin regime apa yang patut kita amalkan setiap hari. takdak lah kau bantai acah-acah kulit kau normal ja. macam mana nak kekal cantik gebus sampai bila-bila. lepas buat skin analysis di flagship TheFaceShop ni nanti, dorang akan suggestkan mana product yang sesuai kita pilih.

skin analysis ni hanya ada di flagship terbaru TheFaceShop, Pavilion je tau

selain tu, korang boleh tengok dan pilih "Premium Zone" di sini.

kalau nak tahu, mana-mana product TheFaceShop yang paling menjadi pilihan kita-kita ni, haa, boleh tengok di "Best Item Zone". hamai! hamai! yuyu punya favorite pun ada situ! nampak tak aloe vera cooling gel tu!

banyak pilihan kosmetik kita boleh pilih dan try dulu di sini! sebab tu kalau masuk TheFaceShop, hey, lama yakmat laki kau tunggu kat luar :p

nak pilih semua! boleh tak? siap ada sale tu yang tak menahannn :'(

Sale lagi! apa ni? niat kat hati nak cari BB Cushion je, tapi terambik entah apa-apa lagi belambak. habis bajet shopping tahun depan -_-'

Cushion Zone! tengah hot sekarang zone ni, lagi-lagi bila ada DISNEY x THEFACESHOP BB & CC Cushion tu. alahai! harga pun affordable. better ambik semua collection.


aktiviti kami masa event tu, memang mengenali lebih dekat product-product TheFaceShop, dan paling best, ada mini aktiviti dimana kami para blogger kena buat satu group, untuk game shopping! syarat dia, kami kena shopping, dan WAJIB kena tepat dengan amount yang diberi.

awal tu cuak juga lah, game ni kena aktif, kami kena kumpul product dalam masa 5minit ja. nak bergerak aktif, pulak kami satu group mengandung. haha. sorang ja tak mengandung. jenuh weh. yuyu ni siap berjalan laju sampai keras perut! :p

berkat mak-mak mengandung, alhamdulillah kami dapat number 3 juga weh! lolxD

balik rumah dengan muka happy sangat!

hadiah untuk geng mak mak mengandung tadi tu :p

dapat juga BB & CC Cushion tu. alahai. senyum sampai ke ubun-ubun!


korang nanti kalau dah sampai Pavilion, wajib lah singgah flagship TheFaceShop ni. best tau. tak payah dah nak susah-susah nak pi Korea. depa punya promoter pun sangat friendly dan banyak pengetahuan mengenai kecantikan. at least, korang try buat skin analysis tau.

kalau nak tahu apa-apa, boleh terus tengok di sini :


Website : TheFaceShop.My
Instagram : TheFaceShopMalaysia



terima kasih sudi baca :)
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. hi yuyu. have a nice day.
    jom la singgah blog kita

    https://pikazmi.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. wah bestnyaa..boleh chesk skin kulit ke kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. boleh! pi lah try. best dapat tau kondisi kulit macam mana :p

      Delete
  3. best tu dapat cek skin type..

    jemput singgah blogshop kita, ada sale instant shawl..

    http://mymodestycloset.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. time check skin tu kena byr ke?or kne beli brg kat faceshop br bleh wat skin analysis?

    ReplyDelete
  5. Haii Kak Yuyu ... thanks for sharing . Visit https://www.ketamkecil.com/kurangkan-sakit-senggugut-supaya-tak-perlu-ambil-mc-setiap-bulan/

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

2025 © Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS