HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Wednesday, April 6, 2016

Trip 3 Bandar Indonesia : Garut (Hari Ketiga)

Assalamualaikum
sebelum yuyu terlupa terus pasal trip kat Indonesia, sebab tengah excited nak cerita pasal trip Korea baru ni, lebih baik pulun buat sekarang. haha. padahal dah lama gila dah balik Indonesia. adoi. tak faham dengan diri sendiri. nak cakap busy sangat, takde lah, bukan Najib pun :p

hari ke tiga Trip 3 Bandar Indonesia ni, awal-awal pagi lagi kami bergerak dari Jakarta ke Bandung. dah dua hari di Jakarta, walaupun tak cukup lagi jalan-jalan di sana, at least, time pi Taman Mini tu, dapatlah kami cover sedikit sebanyak pasal sejarah dan budaya Indonesia. baru satu bandar, ya Allah, besar betul Indonesia ni.

kalau gerak awal pagi, ingatkan tak marcet. rupanya, marcet banget sih! :p

perjalanan kami dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 2jam. lebih sikit kot, sebab kami ada menyinggah di perhentian (macam R&R di Malaysia laa). makan-makan sambil rehat sikit. penat okay, lagi-lagi yang bawa anak kecik ni. time tu dah la Habib kuat menyusu.

tapi, yuyu syukur sangat-sangat. sepanjang perjalanan, Habib sangat behave. dia cuma tidur, menyusu dan layan je perjalanan. takut juga dia tak selesa, ye lah, kecik lagi kan. tapi tak. syukur ya Allah. memang Allah bantu banyak sangat untuk bagi Habib keselesaan.

yuyu yakin, doa ibu supaya anak dia senantiasa selesa tu dimakbulkan. jadi, apa-apa pun sebelum travel, doalah dan mintalah kat Allah supaya anak selesa. bila anak selesa, insyaAllah, dia tak meragam. ibu lagi la selesa.



okay lah, berbalik kepada pasal Bandung ni...

sebabkan dalam itenari kami, ada nak pi tengok pesantren di sekitar Indonesia, jadi, kami tak terus ke Bandung, kami ke Garut dulu. sebab situ, katanya ada satu pesantren yang sangat famous dan ada kelebihan di sini. haa. tak sabar ni first time nak tengok cemane qhupenye pesantren.

tapi, sebelum tu, agak-agak dah waktu lunch, kitorang singgah ke satu restoren yang Ya Allah, tak tahu lah nak ungkap macam mana cantiknya di situ. sampai je sana, rasa sebak pula tengok keindahan suasana di sana. terfikir yang tu baru Bandung, macam mana rupa Mekah nanti? hmm..

selamat datang ke Restoren Asem Liwet Stroberi, Garut!


ya ampun! cantik banget sih! benerennn! *tetibe* kalau korang datang Garut, korang mesti perasan yang sini banyak dengan alam semulajadi, tanaman, pokok-pokok. rasa macm tenangggg je dapat tengok suasana hijau je sepanjang jalan. berbeza dengan Jakarta yang marcet dan penuh dengan bangunan.

untuk lunch, kami singgah di Restoren Asem Liwet Stroberi yang suasana dia lapanjutapointseribubillion bintang!  tak muhong aih. try mai tengok, terbeliak bijik mata hampa nanti. tak dan nak selpie selpie. haha. dan semestinya Halal la :')

ini baru pintu gerbang -_-

permandangan sini penuh dengan hijau. sekeliling situ dipenuhi dengan tingkat-tingkat padi bukit. first time tengok.

permandangan dia ya Allah, berjuta lagi puas hati tengok sendiri. bila ambik gambaq, aikk, hawat besa-besa ja. hmm. stress aku -_- kalau dari bijik mata sendiri, sampai nak nangis pun ada. biasa lah, mak mak orang dah, emo lah, tengok benda lawa lebih, nak nangis bagai. haha.

itu baru permandangan, bab makanan tak payah cerita la. sedap gila nak mampos! nak je mencarut kat sini. sumpah sedap puas hati. sampai tak sempat nak ambik gambaq. tskk. 

kami dok tang tu la :')

sebenarnya, time perjalanan tu, yuyu agak moody sikit, tak tau pasai pa, asyik pikiaq pasai bisnes ja, tapi, serius, Aljhamdulillah, sampai ja sana, ya Allah, tenangnyaa. dah lupa terus apa masalah yang tadi sampai rasa dipenghujung hidup sangat tu. huhu.

betul lah kata orang, seteruk mana pun keadaan kita, balik semula kepada Allah, tengok kebesaran ciptaan Allah, keindahan alam yang Allah bentang untuk tujuan kebaikan kita, insyaAllah, tak ada apa yang merugikan melaikan ketenangan yang kita dapat.

little Hobbitton. :')

lama juga kami lepak sini. terus rasa terkilan sangat sebab tak sempat nak bagi mak, adik-adik yuyu, tok tokwan, abah yuyu kat kampung merasa apa yang yuyu rasa time tu. kalau lah depa rasa apa yang yuyu rasa time tu, insyaAllah complete dah perasaan ni.

itulah yuyu nekad, nak juga usaha bawa depa bercuti ke sini. insyaAllah.

Habib sangat suka tempat ni. dia suka rasa angin yang asyik tiup sepoi bahasa. dia suka tengok bird!


agak-agak owner restoren sengseng lengan siap jalan cekak pinggang ala-alang mak minah kepanasan, kami pun berangkat lah seksiap. eh. sedap pun lepak sini berjam-jam. haha. kalau dah sampai Bandung, please, try lah ke Garut, dan semestinya try restoren ni, confirm korang puas hati. bab makanan, macam-macam variasi dorang sedia.

next destination adalah pesantren yang dikatakan tadi tu..


apa kelebihan pesantren di sini? yuyu taknak share nama, sebab ada sikit benda yang agak mencurigakan di sini. haha. cuma, kita ambil ja lah apa yang baik kan. di sini, dikatakan, ramai yang datang untuk memulihkan penagih dadah. haa. seluruh Indonesia malah Malaysia sendiri pun ada yang hantar penagih dadah di sini.

dorang menggunakan cara berzikir banyak dan solat banyak untuk memulihkan penagih narkoba (dadah). permandangan di sini lawaa. sempat kami solat qasar di sini, terus kami balik untuk sambung ke lagi next destination. 

Situ Lengkong Panjalalu.

anak mana anak? 

ya Allah, sini pula lawa dengan Situ (tasik). tasik di sini tenanggg je, dan membiru. tapi, tak dapat juga nak tunjuk dari gambar, sebab kami pi time nak masuk Magrib, dan senja dah. haha. kononnya, di Situ Lengkong ni terjadi tasik sebab Khalifah Umar pernah berperang, dan di pasakkan pedangnya ke tanah, masa beliau tarik pedang, terus terpancar air menjadi tasik.

Allahua'lam. tak tahu sejauh mana kebenaran dia. cuma, macam menarik pulak. hehe. apa pun, memang lawa di sini. kami tak lama di sini, kan dah Magrib kann. jadi, kami terus gerak untuk balik hotel je. next hotel. lawa ya Rabbi. -_-

Danau Dariza
dia dah penat, nak tidoq, ibu dia nak bergambaq pulak. haha.

walaupun hotel ni macam klasik sikit, semuanya macam lama je, tapi cantiknyaa ya Rabbi! masa kami sampai tu, hotel ni penuh dengan lampu, dan sangat happening, ada band tengah perform kann, lagu reggae dan dangdut. haha. meriah tau. nasib i'olls tak goyang inul kat situ.

bila malam, suasana jadi aman tenang dan damai. bila buka je pintu balkoni.. arghhh.. nak stay sini lama lagi pleaseee!

sini siap ada itik dok tengah beromen lagi -_- 

macam nak je stay sini lama.

insyaAllah. mana tahu, next time dengan family ke. lepas je breakfast, terus kami gerak ke Bandung. haa. perjalanan ke Bandung ni seronokkkk sangat. tunggu next entrt okay. 

terima kasih sudi baca :)

14 comments:

  1. wahh saya memang rancang nak bercuti ke bandung. boleh lah visit tempat-tempat yang kak yuyu pergi =)

    ReplyDelete
  2. Ya allah cantiknyaaa. Teringgin pulak nak pergi sana.

    ReplyDelete
  3. baca entry ini berulang kali..sebab gambar-gambar semuanya cantekkkk..insyaAllah..semoga sampai sana 1 hari nanti..amin..

    ReplyDelete
  4. cant wait for the day yg i n hubby bleh spend time together camni.. mmm

    ReplyDelete
  5. wahh... seronoknya.. tinginnya nak pergi. tempat best2 n tenang je tengok . beshnyaa

    ReplyDelete
  6. ala comelnya si Habib tu dah penat ye.

    ReplyDelete
  7. teringat masa trip pergi bandung 5 tahun lepas rasanya..bila la nak pegi lagi.. bestnye tengok pic korang.

    ReplyDelete
  8. datanglah ke bali maka ada banyak tempat yang menajubkan

    ReplyDelete
  9. Untung la boleh bercuti sy hari2 kerja x dan nak cuti...bagi sesiapa yang nak kerja kerajaan boleh la mohon di laman web kami click atas :D

    ReplyDelete
  10. https://www.airbnb.co.kr/rooms/15625440

    In Korea:)

    ReplyDelete
  11. https://www.airbnb.co.kr/rooms/15625440

    In Korea:)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)