HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, December 31, 2015

Trip 3 Bandar Indonesia : Jakarta (Hari Kedua)

Assalamualaikum

[ sambung dari entry lepas : Jakarta Part 1 ]

hari kedua kami lebih kepada aktiviti kenal Jakarta dengan lebih dekat. pagi-pagi lagi Akang Iwan (tour guide) bawa ke Taman Mini, Jakarta. kalau korang jenis yuyu yang tak suka shopping, memang best la tempat-tempat macam ni. sebab yuyu prefer tengok budaya, belajar pasal history tempat berbanding shopping. jimat duit aku. haha

Taman Mini ni korang wajib datang la kalau dah kat Jakarta, please dapatkan tour guide yang terbaik (semestinya bercuti lah dengan HalalTrip.com), supaya nanti korang tahu sangat mendapat mengenai asal-usul dan sejarah bumi Indonesia.

di Taman Mini ada banyak sangat replika rumah kaum dan suku sakat yang ada di Indonesia ni. tak semua la. gila kau, kaum dorang saja dah ada sampai 5000++ lebih okay. 



tengok lah budak yang happy ni. 




rumah suku Minang. Minang ni sebenarnya dari kaum Melayu. tengok rumah macam ni, macam familiar je kat Malaysia kan. oo. patut lahh.

betul-betul detail punya dorang buat rumah replika ni. ini baru suku Minang, suku lain, ya Rabbi.


Taman Mini Indonesia Indah atau lebih dikenali sebagai TMII (ti.em.i.i) ni adalah idea dari buk Suharto dengan impian supaya orang ramai lebih kenal dekat dengan Indonesia, pada tahun 1972. kalau datang sini, tiket cuma dalam RM3+- je. murah, tapi terlalu puas hati. 


sini, tak susah nak rushing balik, tempat makan ada, tempat jual ole-ole ada. 

selain tu, boleh naik kereta cable dorang untuk tengok sendiri TTMI ni dari atas. best gila weh. puas hati dapat tengok semua. rilek je. harga tiket untuk naik ni, dalam RM3+- sekepala. murah ja. 

rumah suku Papua. suku ni lebih macam orang asli di sini. dorang sangat ekstrim untuk menolak arus permodenan.  

senjata suku Papua. ganas okay. suku ni dekat lah dengan Papua New Guinea. kalau tengok sejarah dorang ni, macam macam orang-orang zaman di gua sikit. hehe. 

fun fact : suku Papua ganas, tapi takut ikan keli. apa la -_-


tak pasti ni rumah suku apa, tapi lawa juga rumah ni :')


cuma nak pesan awal-awal, kalau boleh, bila nak datang sini, set kan masa sini dalam setangah hari. dari tengah hari sampai petang ke, jadi, dapatlah luangkan lebih lama di TMII ni, dapatlah kenal lebih mendalam. lagi-lagi kalau yang ada anak kecik, berjalan sikit, lepas tu nak mengisahkan anak lebih kan. sebab Taman Mini ni sumpah besaq nak mampos okay. 

rugilah kalau datang negara orang, tapi tak ambil tahu pasal negara tu. khenn. tu prinsip yuyu la :p



hampir setengah hari kami di TTMI, petang tu, terus kami ke Masjid Istiqlal yang semalam tu kan untuk solat jama'. kali ni kami pi siang, dapatlah tengok keindahan masjid tu.




pak imam bang kat luaq mesjid ja ka? :p

masyaAllah. time malam, syoq sangat tengok cahaya lampu masjid tu terang benderang, buat masjid Istiqlal lawaaaa ya Rabbi, tapi bila siang tu kami pi, ya Allah, lagi lawa, dan yes, memang besar gila! berduyun-duyun pula tu orang singgah sana.


kawasan dalam masjid Istiqlal. nampak secoet si Habib di situ. haha. kalau nak tahu lebih pasal masjid Istiqlal, boleh baca entry yuyu yang part 1 okay 


settle je solat di Masjid Istiqlal, terus kami bergegas ke Menara Monas. bergegas la, takut-takut terlepas waktu untuk naik menara tu. sampai 4:30pm, tau tau dah tutup dah menara, tak boleh naik ke atas, setakat nak ambik gambaq biasa-biasa ja tu boleh la.

hmm. okay lah, dari tak boleh langsung. *lari slow-slow nangis tepi kereta lembu*

time ni, Habib memang meronta nak berjalan sendiri. eleh, cantas kaki kang, berjalan pun kena pimpin lagi -_-


menara ni, katanya macam kiblat orang Jakarta la. bukan kiblat solat, tapi pusat tumpuan la gitu. yang bestnya kalau boleh naik menara tu, tapi bukan rezeki kitorang, boleh ambik gambaq pun, okay la. kalau tengok betul-betul bucu menara tu macam bentuk obor, tapi sebenarnya kombinasi antara obor dan bentuk seorang perempuan. :')

kiri tu katanya rambut, kanan tu dari kepala, muka, dada, tangan. entah lah :)



yang pasti, anak aku tau meragam nak berjalan sendiri ja time ni. haha. 

alang-alang ramai sangat yang tanya pasal Jubah yuyu kali ni, yes, memang lawa dan sangat selesa dari : instagram.com/aysyamedina  dan yuyu sangat suggest korang ada juga atleast satu koleksi AysyaMedina ni. lepas tu, mesti ketagih nak beli lagi. pftt. -_-


okay lah, berbalik kepada cerita Jakarta ni, lepas dah sedikit hampa sebab tak boleh naik menara tu, kami terus la kepada plan seterusnya yakni SHOPPING! ewahh. suka lah korang kann. haha. 

tempat shopping di Jakarta ni, boleh dibahagikan kepada dua. korang nak mewah ke atau nak murah. gituu. 


kalau nak mewah, wajib datang ke GRAND INDONESIA. di mana sinilah tempat yang ada Magnum Cafe bapak besaq nak mampos (terbesar di dunia okay). sorry eh, tak banyak gambar di sini, Habib tidur time ni :p


di Grand Indonesia, macam KLCC + Pavillion + The Garden di Malaysia. tapi lagi mewah. haa. macam mana tu. haha. mampos laa fikir. korang datang la tengok sendiri. sini agak mahal la, tapi kalau yang nak merasa Magnum Cafe, wajib okay. huhu. kalau nak shopping, kalau Malaysia pun boleh, ye dak.

tapi, kalau nak merasa shopping grosir (borong) atau nak murah gila, boleh ke Tanah Abang dan Thamrin City. beza Tanah Abang dengan Thamrin City, kalau di Tanah Abang selalunya kena beli borong banyak gila baru dapat murahhhhh, tapi kalau di Thamrin City, tak beli borong pun takpa, murah juga, cuma tak semurah di Tanah Abang la. okay la, untuk ole-ole kan.


malas tunjuk apa yuyu borong, nangis kang nanti. haha. padahal tak suka shopping sangat. kalau yang suka shopping, entah macam mana la borong satu kedai dah :p


lepas je shopping, kami terus makan je laa. makan yang bagai esok bakal kebulur. bhaha.

okay lah. settle yang hari ke dua, tunggu lah untuk hari ketiga kami untuk ke Bandung pulak tau. best!

terima kasih sudi baca :)


8 comments:

  1. Bestnyaa yuyu ! Habib super cute ! hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah. Seronok. Ingat sampai selarang :)

      Delete
  3. yuyu buat lagi entry tempat menarik kalau travel tau. seronok baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Tengah plan nak banyakkan travel ni. Hehe

      Delete
  4. Bandung best sgt yuyu...akk dah 2x pegi...tahun ni nak pegi lagi...hahahaha

    ReplyDelete
  5. Fida suka melawat tempat yg unik...macam rumah tadi tu...suka kitew..leh la ajak cik suami p melancong jauh sikit hujung tahun ni

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)