HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, May 5, 2014

Sebaran Maklumat Penting Accountancy Expo 2014

Assalamualaikum

tengok poster Accountancy Expo 2014, teringat pulak zaman belajar dulu kat kampus. asal nampak Career Fair je, tak kisah lah buat cerok mana sekalipun, kami kami ni sanggup sewa kereta Kancil sehari RM50 untuk pi sana. 

agak balik awai, singgah sat Mid Valley. ihiks.

sekarang ni, dah tak payah dah. masing-masing menuju kehidupan masing-masing. ada yang jadi broker berjaya, ada yang jadi banker yang berjaya, ada yang sambung master yang berjaya, ada yang jadi isteri menunggu kelahiran anak yang berjaya (i'olls lettew). berjaya semua. Alhamdulillah.

berbalik pasal Accountancy Expo 2014 tu, 10May2014 ni di Sunway College. Allah. peluang besar untuk masa depan yang amat cerah sebagai seorang Ahli Perakaunan di Malaysia, okay.

ni bukan calang-calang benda kita kena pandang enteng. PenerajuEdu (Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera) menawarkan program accounting di bawah Kementerian Unit Perancangan Kewangan Malaysia. InsyaALLAH lebih cerah masa depan dengan program sebegini.

please, share benda ni dengan yang amat memerlukan. 


sebab memang salah satu matlamat kerajaan kan untuk memperbanyakkan akauntan dari golongan Bumiputera, dan tu bawah PenerajuEdu pulak tu. Allah, please, siapa siapa yang bercita-cita untuk menjadi akauntan berjaya, jangan lupa tarikh penting 10May2014 nanti.

PenerajuEdu akan menawarkan scholarship yang ekslusif untuk sesiapa yang berumur 18 hingga 40tahun yang bercita-cita untuk sambung study di bahagian Accountancy secara professional (CAT, CFAB, ACCA, ICAEW  dan MICPA). 

siap kalau kemungkinan amat besar untuk terus dapat kerja dengan top accounting dan firma audit termasuk PWC, BDO, Ernst & Young, Deloitte and KPMG. sebab nanti masa 10May2014 tu, korang boleh berinteraksi dengan dorang. boleh la selit-selit tanya bab kerja dengan firma besar yang amat tu. Allah. rugi lah kalau sia-siakan peluang ni, walhal ramai yang tercari-cari pasal ni.

jadi, benda paling simple, kalau korang sendiri tak nak, share lah dengan yang perlukan informasi ni. please. please. yang penting, 10May2014, jangan lupa attend briefing oleh PenerajuEdu untuk program scholarship tadi di Sunway Campus.

tolong tahu, share dengan orang ramai lain. mana tahu, sikit sebanyak kita membantu orang lain membina masa depan yang cerah. ingat tahu tiga benda ni:
  • 10May2014
  • Accountancy Expo 2014
  • PenerajuEdu (Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera)

terima kasih sudi baca :)

5 comments:

  1. Thanks akak. tapi sayang lah tak dapat pergi. jauh kot, takde sape nak hantar. saya nak sangat jadi akauntan.

    ReplyDelete
  2. good info sharing.. untung budak2 sekarang.. awal2 lagi dah diberi pendedahan tentang peluang yg ada.. :)

    http://qaseh-delima.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. dlu amik akaun msa spm.. susah hoihhh tmbh2 yg x mint nombor macam cek.. slrg striving jd ckgu.. hehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)