Assalamualaikum

p/s: serius entry ni mengundang rasa nak muntah. tolong tahan atau cepat cepat beli asam.

Macam tak percaya pulak 24hari saja lagi yuyu dah nak bernikah. padahal, baru-baru ni saja kami (yuyu & tunang) kira lagi 200hari nak nikah. alaa. cepat gila. yuyu pun tak tau sempat ke tak lagi nak buat preparation?

tup tup dah nak setahun kami bertunang. tup tup orang ni dah nak jadi puan. cececey. takut tau. siang malam tidur tak cukup. ingat by mid December, masa nikah, nak lah BMI normal sebab orang underweight mesti la takut nanti masa nikah nampak macam mayat pakai veil. tapi, terpaksa juga. underweight, tetap underweight. lepas kawen kot baru nak bertambah berat. ehheeeee. :')

jadi, entry kali ni, nak cerita serba sedikit pasal start perkenalan kami, sampai la saat saat nak jadi suami isteri.

Berkenalan
semuanya bermula dengan Myspace (2008). masing-masing kami kenal dari Myspace. Onejet ni budak Metal, sorry bro, i'olls layan budak Club je. budak-budak baru nak up la katakan. tegur-tegur kat Myspace, lepas tu buat sign-name pic. lagi pun, Onejet dulu hensem, muka jambu habis.

tapi, setakat tu je la, dalam beberapa hari berkawan. lepas tu, masing-masing diam.

zaman baru kenal di Facebook. tak perah jumpa lagi. Dia ex-bassist Massacre Conspiracy dan Vocalist Ballad For Layla.


dalam tahun 2010, masa yuyu di KUIS, masing-masing berkenal balik melalui Facebook. rapat sangat. tapi masing-masing dah couple. lepas habis couple, rapat kami, sampai gatal tahap wajib kamehame-haa dah. yuyu panggil dia "suamiku", onejet panggil yuyu "isteriku". atas dasar saja-saja padahal couple pun tak.

kamon yuyu. kamon laa. gatalnyaa -.-' *muntah kacang buncis serta merta*

kemudian, dalam beberapa minggu kami rapat, tiba-tiba masing masing lost contact. sumpah tak contact. Onejet PM di Facebook pun, macam errr.. budak Metal la. bla. bla. bla. dia selalu mengadu macam-macam di Facebook yuyu. heran pulak aku masa tu.


Fasa Serius
pertengahan 2012 pula, onejet contact yuyu balik. elok pula masa tu yuyu baru frust gila-gila. yuyu cuma fokus kepada study dan kerjaya yuyu. tapi kali ni dia macam amat serius. siap ajak jumpa. banyak kali juga yuyu reject. sampailah masa hujung-hujung Ramadhan tahun 2012, dia ajak juga berbuka puasa sama-sama.

prinsip yuyu, mana-mana lelaki yang nak keluar dengan yuyu, wajiblah minta kebenaran emak yuyu sebelum keluar. bila suruh dia minta kebenaran emak yuyu, dia "okay je". terkejut tau, ilek  je, berani la pulak. mak pun okay. bila dah jumpa, masih anggap kawan. dengan rambut panjangnya lagi.


Onejet selepas sehari kami berbuka puasa sama-sama. Ingat lagi tak? kita berbuka di OldTown. macam biasa, yuyu makan nasi tak pernah habis. :')


masa ni banyak benda lagi yuyu nak fikir selain couple-couple ni. takde masa dah untuk semua benda mengarut tu. ya ALLAH, kalau la boleh putar balik masa, memang tak nak couple couple ni. buang masa, menyiksa diri sendiri. please sapa yang tak couple, couple lah selepas berkahwin. lagi indah!

jadi, yuyu tetap dengan prinsip yuyu, malas couple. onejet pula setiap hari menunjukkan dia serius dengan yuyu. bila dah setiap hari tengok orang berusaha untuk kita, macam mana pun, mesti hati kita tersentuh. waktu birthday dia, onejet bawa yuyu jumpa dengan family dia. senang hati sangat bila semua family dia dapat terima yuyu.

kali ke-dua kami berjumpa. siap dating dengan family. malu tauu. esoknya terus dia potong rambut. ala. teringin rambut dia yang sumpah lemah longlai tu. awek betol la.


dari situ kami mula untuk serius.


Bertunang
tanpa melamar dengan bunga-bunga melutut bagai macam omputeh. satu hari, masa yuyu attend kursus kawen di KUIS. wajib hadir kalau kau nak grad. dengan hujan lebat ya Rabbi nya, dengan onejet baru balik keje lagi, dia datang bawa Subway untuk yuyu. sebab yuyu tak sempat makan. habis dia kuyup..

ya ALLAH, tersentuh pula hati yuyu. dalam seminar, orang tengah cerita pasal bab nikah, kami tengah merancang untuk bertunang. kami terus buat keputusan untuk bertunang. masing-masing bertanya pendapat mak bapak sendiri. emak yuyu on je. emak dia pun on sangat-sangat siap bagitau plan lepas kawen. kemain makcik ni :')

soal hati, takpe, insyaALLAH, boleh belajar untuk menerima dia kan.

lepas tu, kami banyak habiskan masa dengan perancangan bertunang. 17Disember2012, bertema pink pastel, rombongan dari lelaki dengan lima dulang berbalas tujuh dulang. mula-mula plan untuk nikah dulu pada Februari, enath macam mana ada banyak yang tak setuju, jadi kata sepakat Disember2013 akan berlansung.

the happiest girl in this universe.

syukurlah, walaupun tak nikah lagi, tapi masing-masing keluarga dah diikat untuk ke step seterusnya...step membina rumahtangga. amomomomooo

***

tak sangka pulak yuyu kahwin umur 24. sebab rancang nak bagi ada Master dulu. takpe, best juga, nanti amik Master, suami hantar ke kelas setiap hari. ihik. ingat lagi kan perenggan sebelum ni pasal yuyu takde hati pada onejet? tapi selepas bertunang, mula lembutkan hati untuk terima Onejet. dah nak jadi suami hoi.

sekarang, Alhamdulillah, dah makin dapat terima dia dan bersedia untuk terima dia sebagai suami. padahal dulu, selalu yakin je dengan ALLAH. bila sama-sama buat persiapan kawen, kau akan rasa benda tu lahaiii sweet sangat tau.

dulu rasa macam nyampah tengok, sekarang dah sejuk hati sangat. budak Metal dah potong rambut weyyy. pakai pun acah acah Aaron Aziz. dia punya sifat gentleman, buat rasa yuyu ni princess dalam dunia sendiri. dari situ, ada hati pada onejet, walaupun tak pernah yuyu cakap kat dia perkataan "I Love You"

dah boleh jadi suami dahh.


dia selalu tahu apa yang yuyu suka. :')



Walimatul U'rus
  Our Official Photographer : ThePuteh Production


InsyaALLAH 13Disember2013 (Jumaat) ni, kami akan bernikah di rumah yuyu di Kampung Lubuk Setul, Langkawi. malamnya akan ada kenduri. 14Disember2013 (Sabtu) adalah majlisnya. semuanya yuyu buat di rumah ja. secara gotong-royong. orang kampung kann.

di sini, yuyu dan mewakili keluarga yuyu menjemput pembaca belog yuyu semua untuk memeriahkan Majlis Pernikahan yuyu nanti. datang la jangan malu. di Langkawi nanti, cari je Kampung Lubuk Setul, kecik je kampung tu, jumpa la nanti.

kad jemputan dah banyak yang edar, kalau ada yang tak terpanggil lagi, maaf, sumpah sangat sibuk sekarang. datang je kalau lapang ya. doakan semua berjalan lancar dan rumahtangga kami diberkati ALLAH. amin.


terima kasih sudi baca :)
SHARE 196 comments

Add your comment

  1. tahniah yuyu :) harap semua berjalan dgn lancar. ameen :)

    ReplyDelete
  2. how sweet syg , btw , confirm tak dpt pegi T.T . Doakan kbahagiaan Yuyu jer lah kan . Aminnn . Tak sabar nak tengok gambar kawenn .

    ReplyDelete
  3. nekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk, semoga dipermudahkan tau..tersentuh lak bila baca kisah nek ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaa *lap air mata

    ReplyDelete
  4. Oh my. Thanks for this entry. I just broke up few months back and bila baca ni terus yakin, God knows the best. Thanks a lot, sweetheart <3 Time to walk away from the past. Yeah!! XO

    ReplyDelete
  5. Tahniah yuyu..semoga berbahagia till jannah.:)

    ReplyDelete
  6. sama le muka ..hihi

    ReplyDelete
  7. Homai homai yuyu buat i nk kawen jgak huhu..sedey taw prince charming xmncul2 hahaha...neway tahniah yuyu insyaallah lau bksempatan pi langkawi ayu pi taw...

    ReplyDelete
  8. Congratz sis yuyu hope kekal untill jannah inshaa ALLAH aminn

    ReplyDelete
  9. Wah, sweetnya <3
    Btw, congrates sis. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Amin

    Setuju sangat dengan statement *couple couple nie. Buang masa and menyiksa hati.

    Insyaallah, jodoh kita semua sudah ditetapkan oleh Allah. Just believe HIM.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kak yuyu... semoga bahagia hingga ke syurga... Amin...

    ReplyDelete
  11. Sweet sangat, tahniah ye yuyu dan tunang..Selamat menempuh alam rumahtangga.

    ReplyDelete
  12. ya Allah sweetnya! barakallah bro yuyu. barakallah! pasni namo jejantan lagi tau. kena jadi pompuan mithali. akak kena duduh bersimpuh je. heks xD ya Allah. sebak pulak masa taip ni. kita tak pernah kenal. tak pernah jumpa pun, dan mustahil akak nak jumpa eyja. ya Allah. ka, cantiknya perkenalan akak. sungguh. haqu bila ayaq mata tamau beghenti. kak, eyja *sumerang* doakan yang terbaik, terhebat, terbahagia, terberjaya untuk akak. semoga akak selamat menjadi isteri. dan semoga abang onejet jadi suami yang macam Rasulullah solallahu 'alayhi wassalam.

    akak jaga diri, jangan banyak fikir masalah. pikir yang hepi hepi je. akak bahagiakan suami akak.


    dah tak tahu nak habaq pa dah, i love you brader yuyu <3

    ReplyDelete
  13. sweet sangat..
    saya doakan yang terbaik untuk kak yuyu dan bakal suami.
    hope to meet you one day! :)

    ReplyDelete
  14. Sweet, kenal kat internet je... InsyaAllah harap semua dip'mudahkan :)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah . Tahniah
    Allah memberi segala pada kak yuyu semua ni adalah yang terbaik
    =)

    ReplyDelete
  16. nak jadi pengapit nnt yuyu kawen boleh.hakhak :x

    ReplyDelete
  17. Tahniah yuyu, semoga kekal hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  18. Tahniah yuyu....tak sabo nak tgk pic wed yuyu....semoga berjalan dgn lancar....

    ReplyDelete
  19. Congrats...moga berkekalan hingga ke jannah... ^_^

    ReplyDelete
  20. Tarikh nikah n majlis kita sama la :)

    ReplyDelete
  21. awww so sweet yuyu dan tunang. Alhamdulillah dipermudahkan niat korang untuk mengikat ikatan sah :)

    ReplyDelete
  22. tahniah yuyu, jodoh yuyu sampai awal. Alhamdulillah. Readykan diri sebaiknya ye syg, semoga walimah akan berjalan dengan lancar..dipermudahkan semuanya. Semoga perjalanan ke hari bahagia hingga ke Jannah.

    Doakan utk naz juga, semoga walimah naz plak yg akan berlangsung pasni. Congrats dear.

    ReplyDelete
  23. tahniah kak yuyu! so happy fr u :)

    ReplyDelete
  24. Salam..hai yuyu. Awak comel, awak cantik, awaj bijak..moga berbhgia hingga akhir hayat. Insyaallah (:

    ReplyDelete
  25. Salam..hai yuyu. Awak comel, awak cantik, awaj bijak..moga berbhgia hingga akhir hayat. Insyaallah (:

    ReplyDelete
  26. Aminn pray for ur happiness yuyu n onejet (;

    ReplyDelete
  27. Akak. Lya PM kat Fb akak tak dpt ke?

    ReplyDelete
  28. suwet nya yuyu. smoga smuanya berjalan lancar dear, (:

    ReplyDelete
  29. tahniah Yuyu. dah nak jadi isteri Onejet dah ha. seronok baca kisah perkenalan Yuyu tu. bestnya dah nak nikah! :D

    ReplyDelete
  30. Alaaa..sya pon org langkawi,tp time kenduri tu ada kat melaka,anyway congrates kak ika :)

    ReplyDelete
  31. Tahniah yuyu + bakal suami.. ;)

    Moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar hendakNYA.. dan moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. amin..

    ReplyDelete
  32. tahniah yuyu..:) so sweet...semoga semuanya dipermudahkan..:D

    ReplyDelete
  33. ya Allah...serius ckp, kak yuyu ngan abg onejet mmg sweet! x sngka abg onejet rmbut pnjang dulu2. mmg rock! hehe... baguih prinsip kak yuyu. mmg betoi. x pyah kapel2 ni.

    tringin sgt2 nak p knduri kawen kak yuyu. huhu...nak p.

    btw, saya doakan kak yuyu n abg onejet sentiasa diberkati n diredhai oleh Allah swt n smoga kekal hingga ke syurga. amin... :D

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah... SM pi langkawi nanti :D

    ReplyDelete
  35. tahniah kak yuyu, semoga berbahagia sampai ke anak cucu cicit kiut miut hehehe :D

    ReplyDelete
  36. tahniah kak yuyu, semoga berbahagia sampai syurga hehehe :D

    ReplyDelete
  37. Tahniah yuyu..sweet sgt cerita perkenalan yuyu and onejet..alahai..tersentuh betul..hehe..Hopefully,majlis perkahwinan yuy and onejet berjalan lancar..mudah-mudahan berkekalan hubungan suami isteri hingga ke akhir hayat..In Sha Allah..

    ReplyDelete
  38. tahniah yuyu..semoga kekal hingga ke hujung nyawa :)

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah,, tahniah yuyu.. moga segalanya berjalan lancar,, amiiin,, doa dari jauh je yang mampu,, huhuu

    ReplyDelete
  40. tahniah yuyu..semoga kekal hingga ke hujung nyawa... :)

    ReplyDelete
  41. CONGRATULATION SIS, SEMOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA. AAMIN :D

    ReplyDelete
  42. wah, seriously, sweet sgt. your future husband tu memng lain bebenor sbelum n slepas potong rmbut tu. bru sesuai jd suami. hehe semoga semuanya berjalan lancar dan hubungan sis yuyu dgn dia kekal ke syurga. :)

    ReplyDelete
  43. yuyu !! im so happy for youuu...tahniah yuyu and onejet !! mudaham semuanya selamat...amin.jangan risau2 ok...dup dap dup dap tu biasa tp nnti lepas nikah lega gilaa. :D hehe.nnti anta card yeahhh.hehe. hope boleh datanggg. takut beranak plak time tu.T_T wuuu

    ReplyDelete
  44. tahniah yuyu...... semoga Allah merahmati perjalanan hidup yuyu dengan bakal suami......
    peace yo

    ReplyDelete
  45. tahniah yuyu...... semoga Allah merahmati perjalanan hidup yuyu dengan bakal suami......
    peace yo

    ReplyDelete
  46. tahniah yuyu, semoga Allah merahmati yuyu dan bakal suami hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  47. Alhamdullilah , akhirnya kak yuyu dah nak jadi wifey ! hehe . semoga kekal bahagia dunia dan akhirat dengan abg onejet , amin ♥

    ReplyDelete
  48. Tahniah yuyu. Sweet sgt. darah manis korang ni, semoga hubungan sentiasa diberkati dan dilindungi Allah :)

    ReplyDelete
  49. seronok baca kisah yuyu. Tahniah yuyu. Semoga kekal hingga akhir hayat ;)

    ReplyDelete
  50. tahniah k'yuyu.. bakal jadi Puan.. hehheee.... sentiasa doakan kebahagian sis dan bakal suami... tahniah sis.. :)

    ReplyDelete
  51. yuyu comel !!! congratulation :) jdik wife yg baik ya & stay cuit miuttt...

    ReplyDelete
  52. suweettt :')
    semoga bahagia dan diberkati Allah, yuyu & onejet.. :")

    ReplyDelete
  53. tahniah k.yuyu.. slame ni bace blog akaq diam2 jer..
    baru rini tergerak nak komen..
    baru smpai seru..
    so sweet..
    semoga kekal ke syurga..

    ReplyDelete
  54. tahniah kak yuyu. .smoga berkekalan dunia akhirat. .
    sweet je jalan cite cinta akak. .hikik :)

    ReplyDelete
  55. tahniah yuyu. may Allah bless both of u ;)

    ReplyDelete
  56. Tahniah kak yuyu. .smoga berkekalan smpai ke jannah. . :)

    ReplyDelete
  57. Tahniah yuyu... comel sgt lah yuyu n bakal suami ni..

    ReplyDelete
  58. tahniah yuyu..! semoga kekal ke anak cucu^_^

    ReplyDelete
  59. amboi...suweeeet betul..:)
    inshaaAllah smpai nnt ke kenduri yuyu..
    dekat je ngan umah..heee

    ReplyDelete
  60. SWEAR . THIS IS THE BEST ENTRY EVER FROM KUPUKUPUKECIK.BLOGSPOT.COM HOW I WISH I COULD GET THE SAME HAPPY STORY JUST LIKE YOURS KAK YUYU. BEYOND BEAUTIFUL

    ReplyDelete
  61. CONGRATULATIONS KAK YUYU. NEVER THOUGHT KAKAK KECIK YANG KITA SUKA STALK BLOG DIA DARI 2010 FINALLY BERKAHWIN JUGA. DULU SELALU BUKAK BLOG MAKE UP TEBAL2 CANTIK,SEKARANG DH MAKIN MATANG SIAP NAK KAHWIN. HEHE. I WISH U ALL THE BEST IN LIFE,HAPPY ALL THE TIMES WITH YOUR HUSBAND-TO-BE. MAY ALLAH GRANT YOU AND YOUR HUSBAND A VERY PERFECT LIFE AND MAY THE BEAUTIFUL FEELINGS YOU GUYS HAVE NOW WILL REMAIN THE SAME. FOREVER AND EVER. GOOD LUCK IN NEW LIFE PRETTY SISTER YUYU ZULAIKHA <3

    ReplyDelete
  62. KENOT WAIT LAH NAK TENGOK KAK YUYU PAKAI BAJU PENGANTIN. MESTI COMEL !

    ReplyDelete
  63. Eeee comel je... tak sabar nk dtg.... Harap2 xde ppe mslh nk g sne nnt... ♥♥♥

    ReplyDelete
  64. Tahniah yuyu.. Alhamdulillah, satu lg masjid bakal dibina.. moga dipermudahkan semuanya,
    seronoknya tengok org nk kawin ni

    ReplyDelete
  65. waaa sweet je baca cerita yuyu... tahniah yuyu =)

    ReplyDelete
  66. tahniah yuyu.. comel je yuyu dengan onejet! :) semoga yuyu and onejet bahagia till jananh..aminn :)

    ReplyDelete
  67. Tahniah yuyu! Xlama lg jd wife sdh.. may Allah bless u both!

    ReplyDelete
  68. tahniah yuyu . semoga dipermudahkan urusan sepanjang majlis nanti . dan semoga rumahtangga yang dibina kekkal dunia dan akhirat . Amin :)

    ReplyDelete
  69. happy for you yuyu kecikkk tomeii tomeiii ! semoga berkekalan sampai bila2

    ReplyDelete
  70. Amboi tahniah yeee.. hik hik tak sbar tggu hari bahagia tu. Nak tgk gmbr yuyu byk2 ^_^

    ReplyDelete
  71. tahniah...
    welcome to the club!!!!

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  72. Congratu;ation Yuyu :)
    Semoga semuanya berjalan dengan lancar..
    Saya doakan semoga Yuyu dan bakal Suami kekal sehingga akhir hayat .. AMIN ..

    ReplyDelete
  73. such a sweet story!!! jelessss~~..all the best for everything & may Allah always bless u..^^

    ReplyDelete
  74. Taahniah! Semoga semua berjalan dengan lancar. Nah bunga api, Pom! Pom! Pom! :D

    ReplyDelete
  75. Salam yuyu. Tahniah ya bakal mengakhiri zaman bujang. Akhirnya kan? Mesti yuyu happy sgt2. Alhamdulillah. Btw, kite sama, 24 tahun. hehe. Tapi kita lain. Kita dah ade anak sorang. Hero lagi. Baru 2 bulan lebih. hehehe. Soooo..good luck ya. Dunia rumah tangga berbeza dengan dunia bercinta. Banyak kene tempuh. Belajar terima lebih & kurang suami kita. InsyaAllah. :) Semoga semuanyaaaaaaaa SELAMAT ! aminnnn :D

    ReplyDelete
  76. Tahniah yuyu !! smoga semua berjalan lancar. ameen ;)

    ReplyDelete
  77. TAHNIAH ADIKKU YUYU..SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT..KALAU DEKAT NAK JUGAK KAK BUI BUAT MUKA X MALU DATANG..HIKHIK..APAKAN DAYA KAK BUI JAUH D KUCHING..

    ReplyDelete
  78. yeayyy! same ngan tarikh sy nikah!! 13/12/13 ;) congrats in advanced yuyu!!

    ReplyDelete
  79. Tahniah kak yuyu! Pasni xtakut da nak lintas jalan, dah ade bodyguard kat sebelah. Hihi.

    Nak attend wedding, kena carik peneman ni. Hehe ♥

    ReplyDelete
  80. tahniah yuyu....semoga Allah permudahkan segala urusan..pernah jugak terserempak ngan YuYu kat KUIS...hehe tapi tu pun sebab jemput n hantar n lepas KUIS ngan my lil sis...again Barakallah!

    ReplyDelete
  81. tahniah yuyu :)
    Alolo so sweet.. hehe

    ReplyDelete
  82. tahniah yuyu. semoga ALLAH permudahkan segala urusan. amin.

    ReplyDelete
  83. Kampung Yuyu dekat dgn airport tu ke?

    ReplyDelete
  84. Tahniah... selamat menempuh alam perkahwinan... happy2 selalu... :)

    ReplyDelete
  85. comel.
    susah nak jumpa awek macam yuyu sekarang yang tak pernah jaja kisah cinta pada umum.bila dah nak kawen baru bukak cerita.memang suka la yuyu.dulu tak la suka mana.hakhak.

    anyway dik,im happy for you.jalan cerita kita lebih kurang sama.akak kawen pun lepas 6 bulan bertunang dengan sorang kawan yang sangat caring.thats why bila dah bertunang baru dapat feel loves tu.congrats dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat korang.

    sweet.

    ReplyDelete
  86. tahniah pd yuyu..sy slalu menjd pembace blog yuyu,rase yuyu po0n xknl lg nk g yuyu kawen..pape po0n tahniah la,hope bahgia hingga akhir hayat.. =)
    http://misspanda90.blogspot.com/

    ReplyDelete
  87. tahniah yuyu. insyaAllah moga bahagia ke syurga. kira cinta siber la nie.hehe...rahmat Allah itu luas, kadang2 jodoh tu didatangkan dari cara yg kita sendiri tak terfikir. =)

    ReplyDelete
  88. Congrats yuyu. sangat sepadan. Semoga berbahagia sehingga ke syurga, InshaaAllah

    ReplyDelete
  89. Tahniah kak Yuyu :D

    ReplyDelete
  90. serius kayy . mcm pompuan yg atas tuh . hehe

    ReplyDelete
  91. tahniah yuyu . semoga ALLAH permudahkan segala urusan. Amin .

    ReplyDelete
  92. tahniah yuyu..barakah Allahu fik..14 december birthday saya tu..

    ReplyDelete
  93. gambar buka puasa tu kat tgn bakal suami ada lakar nama ek?

    ReplyDelete
  94. tahniah yuyu!! semoga berkekalan hingga akhir hayat.. :)

    ReplyDelete
  95. so sweet Yuyu...Tahniah..rasanya x dapat la nak datang memandangkan jauh nun di langkawi sana...lagipun sapa la akak ni...(ecey) anyway, Tahniah sekali lagi dan jangan lupa update laju2 sesudah kenduri dan letak gambo juta2 k...akak tgg entri yuyu yg comel ni nanti...muahs

    ReplyDelete
  96. Tahniah yuyu . Semoga jodoh berkekalan :D

    ReplyDelete
  97. tudiaaaaa...dah ptog rmbut nampak skit gaya nak jdik suami org
    kalau stil rmbut rebonding tu nampak was was je ..huhu
    slmt pngntin baru in advance :)

    ReplyDelete
  98. ohmyyy sweet betoi entry ni..huhu apa pun Tahniah!!

    ReplyDelete
  99. Adik Yuyu yang comel..tahniah dan semoga segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang..

    ReplyDelete
  100. omeynya!! sumpah sweet korang dua. dulu tgk onjet rambut pnjg mcm hape tah, now dah ptg rambut mmg boleh buat yuyu cair la kan... Semoga bahagia yuyu.. Tahniah yuyu,, Selamat Pengantin Baru...

    ReplyDelete
  101. Tu la org cakap, kalau jodoh xkemana...Tahniah kak yuyu..sweet la akak.. Selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  102. Tahniah, Yuyu. Suka sangat gambar terakhir tu! Sweet! Saya selalu baca blog Yuyu tapi jarang komen. Hehe. :D

    ReplyDelete
  103. wow comel sgt bila dh potong rambut...

    ReplyDelete
  104. tahniah, tahniah, tahniah yuyu comel :)

    ReplyDelete
  105. tahniah, tahniah, tahniah yuyu :)
    rasa macam nak pergi je wed yuyu nanti di langkawi hihi

    ReplyDelete
  106. Tahniah kak yuyu. Selamat pegantin baru :))

    ReplyDelete
  107. Tahniah kak yuyu, n selamat pegantin baru :)

    ReplyDelete
  108. www.silkscarffromchennai.blogspot.com wishes yuyu 'congratulations!selamat pengantin baru yuyu!'

    ReplyDelete
  109. Tahniah yuyu..yong pun kwin bln 8 ritu, umur 24 jg.. mmg target kwin umur 24-25 sbb nak anak awal..hehe..gatai noo. anyway, selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  110. tarikh tu..bday sha hihi..tahniah ya

    ReplyDelete
  111. Sama tarikh nikah dan sanding dengan kite ler~ Moga Allah permudahkan segalanya utk Yuyu dan Onejet :)
    - _Bride2Be_

    ReplyDelete
  112. Tahniah Yuyu n pasangan...semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar serta diberkati olehNYA...

    ReplyDelete
  113. Alahai keciknye yuyu tgk dlm pic tu.. hehe.. tahniahh yuyu ^_^

    ReplyDelete
  114. Tahniah yuyu. Selamat pengantin baru. Tarikh nikah dan sanding kite same hihihi

    ReplyDelete
  115. suka tgk gmba akhir tu, kak yuyu dgn onejet. kak yuyu comel lah :)) tahniah. moga diberkati allah hingga akhir hayat :D

    ReplyDelete
  116. alaaa..sweet sangat ni...Tahniah yuyu dan onejet...semoga semua berjalan lancar dan kekal bahagia sampai syurga sana...

    p/s:kecik sangat yuyu..boleh mintak onejet dukung hari2 ni.. :P

    ReplyDelete
  117. Tahniah yuyu..semoga semuanya dipermudahkan n berjalan lancar

    ReplyDelete
  118. Tahniah yuyu..semoga semuanya dipermudahkan n berjalan lancar

    ReplyDelete
  119. kak yuyu ! kenduri dekat Langkawi je ke ? teringin nak pergii . tapi tak boleh . :(

    ReplyDelete
  120. congratz yuyu... so so soooo happy for u! :D

    ReplyDelete
  121. Thnia Yuyu n psngan...Smga kekal hngga ke till jannah dan smga brbhgia hngga ke syurga frdausi...Srta smga cpt2 dpt baby tau yg cute2 n come2 cm Yuyu...sy adalah slh sorg drpd peminat blog Yuyu tau...Happy tgk blogger2 srg rmai dh ada life msng2 kn..

    ReplyDelete
  122. this is beautiful yuyu. congrats. semoga berkekalan hingga ke anak cucu insya Allah. may Allah bless you guys :)

    ReplyDelete
  123. dear yuyu..tomei sangat aih budak ni..kecik2 dah nak kahwin pun..hehe

    actually memang buang masa kalau couple bercintan-cintun bagai nak rak..tapi last2 berpisah x ada jodoh..lagi indah kalau bercinta selepas kahwin..

    same goes to me..brcouple dari matriks sampai grad, tapi x ada jodoh..frust memang frust macam tak percaya dah pada lelaki..yakin boleh hidup tanpa lelaki..tapi TUHAN ITU MAHA ADIL..Dia jumpakan akak dengan suami..

    memang tak suka pun pada mulanya sampai bila nak bertunang family tanya, ada siapa2 paksa tak suruh tunang? I said nope! bila dah bertunang baru perasaan sayang tu datang..dan perasaan tu lain dan sangat indah! kami berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin pada tahun yang sama! tak nak lama2..buang masa..bila dah kahwin baru berdating sakan..haha..dan syukur sangat kami memang serasi...(^^)

    ReplyDelete
  124. gambar last tu, macam daddy dengan anak nya. comel

    ReplyDelete
  125. Tahniah yuyu....very cool and good looking.....

    ReplyDelete
  126. Terima kasih semua. terima kasih untuk doa doa. jemput datang majlis nanti tau!

    ReplyDelete
  127. Sooo sweet !!! Congrats Yuyu , semoga bahagia kekal abadi . Amin =)
    Btw , hensem boy and cute girl memang sepadan youu . Huhu

    ReplyDelete
  128. sweet story la yuyu ^,^
    Alhmdlh..tahniah ye (awal plak wish..ngeee)
    moga smua bjalan lancar.InsyaAllah. =)

    ReplyDelete
  129. Tahniahhhhhhh
    semoga segalanya berjalan dengan lancar.
    may Allah bless your beautiful relationship with 'bakal suami' :)
    ameennn ameennn ameennn :)
    Tumpang happy!!! :)

    ReplyDelete
  130. Congrats yuyu! your love story is so sweet. ;)
    Tahun 2011,lepas habis final exam degree akk terus kahwin.but it was an arranged marriage.;) It was a wildest dream in my life to be married to the family's candidate.we have been ups and downs together through out the years(2yrs) and now,alhamdulillah I'm expecting a baby to cherish our life (havent mentioned in my blog bcoz worried if the baby is not survived). Anyways, once yuyu da kahwin,lagi2 bila preggy and dah ada anak,cinta itu akan lagi indah. trust me. ;)
    Congrats again yuyu. ;)

    #jangan jadikan marriage/status sbg batu penghalang utk berjaya.all the best in your future undertaking dear.

    ReplyDelete
  131. Tahniah in advance adik...Moga majlis berjalan lancar!

    ReplyDelete
  132. Tahniah Yuyu!!Insyallah ade rezeki sy sampai kesane yer...langkawi boleh borong coklat!!haha

    jadi isteri yg solehah..semoga kekal till jannah..

    ReplyDelete
  133. Yeay dia jemput kite.hotel..cuti..tiket..settled.

    ReplyDelete
  134. tahniah yuyu..moga berkekalan sampai akhir hayat..both of you so sweet.. :)

    ReplyDelete
  135. tahniah yuyu..moga berkekalan sampai akhir hayat.. both of you so sweet.. :)

    ReplyDelete
  136. tahniah smga bahagia sampai jannah hehehe

    ReplyDelete
  137. Tahniah! Kecik je yuyu ni. Comel. Hehe. :D

    ReplyDelete
  138. congratulations to you! Mesti meriah nanti :) Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  139. tahniah yuyu... kecik nye awak huhu

    ReplyDelete
  140. wahhhhh






    comel nak matik!




    sesuai gile korangs..







    sudi ke undang kite nih? ;'))

    ReplyDelete
  141. So sweet laaa.....:-D

    ReplyDelete
  142. sama la kita, fae kawin pun umur 24
    n now 25 dah ada baby. ekeke.
    btw, congrats yuyu! :)
    selamat pengantin baru,
    semoga kekal hingga ke anak cucu :)

    ReplyDelete
  143. tahniah yuyu.. semoga bahagia selalu ok..

    ReplyDelete
  144. Waa,so sweet :')

    *semoga kak yuyu n hubby bahagia dunia n akhirat,kekal sehingga ke syurga,in shaa Allah ^^*

    Huu,jauh..nk pi..:'(

    ReplyDelete
  145. Waa,so sweet :')

    *semoga kak yuyu n hubby bahagia dunia n akhirat,kekal sehingga ke syurga,in shaa Allah ^^*

    Huu,jauh..nk pi..:'(

    ReplyDelete
  146. Tahniah kak yuyu!!! :D

    Sweetnya kisah cinta kak yuyu,sbnrnya sy pembaca senyap blog akk :)

    *semoga akk n suami bahagia dunia n akhirat,kekal hingga ke syurga,in shaa Allah^^*

    Huhu,nk pi...tp jaooh..:(

    ReplyDelete
  147. alhamdulillah..tahniah yuyu..selamat pengantin baru..

    ReplyDelete
  148. taniah kak yuyu! btw kg u dkt dngn lubuk semilang tak?

    ReplyDelete
  149. Wahh, perkenalan di alam maya sehingga ke jinjang pelamin..
    Tahniah kak yuyu.. >_<

    Suka entry ini!! :)

    ReplyDelete
  150. tahniah Yuyu. selamat pengantin baru & berbahagia hingga hujung nyawa..

    ReplyDelete
  151. tahniah & selamat pengantin baru in advance semoga kekal berbahagia hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  152. tahniah yuyu.... semoga kekal sampai ke syurga

    ReplyDelete
  153. tahniah yuyu.. hehe comei je kiut miut.. kita suka bc blog awk dr dulu sbb fizikalny kita sma dgn awak, kecik2 sma ja.. kalo bediri sbelah laki2 kita takat dada depa ja so bila depa tgk kita ingt kita ni budak bru nk amek pmr hehe.. dua2 sma kiut gak.. moga prkawenan kekal till jannah.. semoga brbahagia slalu aminn, wah pjgnya ayat !

    ReplyDelete
  154. tahniah yuyu, hehe fizikal kita sama.. kecik, n makan nasi slalu x hbis.. sbb tong kecik.. so bila buh nasi separuh ja n lg sikit sparuh ja ok ckup hehe.. smoga brbahgia slalu and kekal hingga jannah... hehe love u yuyu :)

    ReplyDelete
  155. In sya Allah saya pi nanti akak yuyu ^^,

    ReplyDelete
  156. tahniah yuyu... moga berkekalan hingga hujung nyawa!
    anda berdua sangat sweet..

    ReplyDelete
  157. Congrats sis :) Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat . Rugi nyaa takdapat pergi . Takda kat langkawiii ..

    ReplyDelete
  158. Congrats sis :) Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat . Rugi takdapat pergi sebab takdak kat langkawi .

    ReplyDelete
  159. nampak yuyu n hubby kt dkt jeti kuah..kita naik bot sekali :)

    ReplyDelete
  160. fara ada dapat kad jemputan yuyu .. x tahu lah apa pertalian kita .. maybe kwn2 parents kot .. tekejut kat kad tu ada nama yuyu .. selalu usha kat blog je .. haha .. dlm kpala ni bila tgok comel kak yuyu ni .. hehe .. tp x dpt hadir majlis tu sbb fara ada kt kl time tu .. ruginyaa ..:(

    ReplyDelete
  161. kak yuyuuu, kasut akak cantik.. kasut jenis sport yang ada wedges ke?

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS