Assalamualaikum

pernah tak korang try mendekati kehidupan Orang Asli? sebelum ni, yuyu selalu ingat yang dorang ni tak bergantung dengan duit sangat. kalau ada singgit je pun takde hal la. pucuk paku bersepah kat dalam hutan, habis nak best sikit,sumpit je ayam kan. 

tapi tuntas, kau jangan ingat sesenang tu je hidup sekarang. ini bukan zaman batu lagi dah. dorang pun ada kehidupan macam kita. nak masak guna tong gas. nak belajar, kena pi sekolah. nak makanan kena beli kat kedai, cuma dorang takde la terdedah nak gila fesbuk macam kita. heh!

bulan lepas, yuyu ikut rombongan CSR Maybank ke Kampung Chuweh, Gerik, Perak. bantuan kemanusiaan sangat tau. huhu. first time nak jumpa betul-betul dengan  orang asli. sekali sekala, kalau korang ada peluang join mende macam ni, jangan tolak. try la join.

Selamat datang ke perkampungan penuh dengan flora fauna. bebas jam, bebas asap lori, bebas Instagram mahupun fesbuk. back to real life.

untuk ke Kg Chuweh, kami kena naik bot kecik dulu. sempat la rasa kebas bontot dalam bot tu. 45minit weh. tapi, sepanjang perjalanan, apa yang kami nampak cuma, hutan yang amat hijau, langit terbentang biru, awak mengada puti gebu, angin yang ilek je buat kau lupa dah anak bini kat rumah. 

di sana, coverage memang takde. jangan la simpan hasrat nak live update Instagram. bawa la mengucap, esok-esok kan boleh? dah lama rasanya kita tak berenggang dengan technology. setiap masa dengan handphone, ipad takpun dengan tivi. saat ni, yuyu sedut kegembiraan dari alam semulajadi setamak mungkin. bhuhuhamuhuahua! (gelak orang tamak mata terjojol)

journalist dari The Star, NSTP dan KupuKupuKecik. ehh? petang tu, hujan lebat ya Rabbi. ini tanda tanda ALLAH memberkati perjalanan kami. Hujan kan Rahmat. hee. 

 
sebabkan hujan, aktiviti rafting kami terbantut dengan aktiviti makan ubi kayu panas dengan sumpah banyak nak mamposnya. kek pisang panas, dan ikan masak lemak panas. dan hujan, bagi pulak makanan panas. tak aci. saje je buat kami kelemasan dengan makanan! T_T sedap pulak tu.

sebenarnya, misi kami ke sana, untuk sama sama mengembleng tenaga dengan Maybank untuk projek H.E.A.R.T. yakni Helping Every Asian Rise Together. projek ini, Maybank peruntukan kewangan untuk membeli lampu solar yang tahan lama supaya keluarga orang asli dapat menikmati cahaya pada setiap malam.

korang bayangkanlah, setiap selepas pukoi 7malam, dah gelap gelemat dah. aktiviti depa penuh dengan tidur dan meraba raba lantai rumah kalau nak berjalan. jadi, sepatutnya aktiviti malam untuk belajar, untuk berborak dengan keluarga, untuk bermain dengan adik beradik, semuanya susah. 

setiap keluarga sekurang-kurangnya akan 2biji lampu solar. 100 biji diperuntukkan untuk perkampungan orang asli kali ni. dengan cara ni, sekurang-kurangnya, mereka akan lebih produktif di waktu malam. buat jala, menganyam, yang budak budak pulak boleh banyak belajar.

Kg. Chuweh adalah perkampungan yang pertama yang dapat solar-light bulb ni. InsyaALLAH, lepas ni dengan Project H.E.A.R.T, kita sama-sama donate untuk memberi lebih banyak peluang kepada 1:4 manusia di dunia ni yang masih takde lampu. jimat weyh. minyak sekarang dah mahal. 

donate tau kat sini : www.maybankprojectheart.com . walaupun kita donate sikit, setidaknya, kita memberi banyak  perubahan kepada dunia. dorang memerlukan sumbangan kita. 


 
awal-awal tu susah juga la nak rapat dengan dorang. masing-masing amik cekelat pun macam nak makan yuyu. tapi bila dah pandai amik hati dorang, dorang sangat friendly. cute! kalau pergi mana-mana, mesti dengar dorang panggil yuyu "kakak!" aloo. tampar kanggg :')

  
syurga dunia dorang. :')

kalau malam, pihak perempuan memang keje tidur je la. eye-bag takde okehh. kulit sekata. kalah i'olls yang pakai SKII ni. -.-'

dorang lebih bergantung kepada kraftangan untuk mencari rezeki. gelang tu RM4. tapi berapa kerat sangat la yang nak datang melawat dorang. jadi, berapa kerat je la dorang dapat setiap hari. itu pun kadang-kadang takde langsung. 

sepatutnya, besar macam ni dah didedahkan dengan belajar. tapi, nak ke sekolah pun dorang tak mampu. siang main sungai, malam tidur. dorang patut ada peluang untuk belajar macam kita. :'(

 
soft toy pertama dorang pernah ada. syok kemahen. -.-'


harap lepas ni, kita lebih sensetif dengan orang yang lebih memerlukan. share apa yang ada untuk kegembiraan orang lain. sedikit bantuan kita, mengubah banyak kehidupan dorang. 

  
malam tu, menggunakan solar-light bulb yang Maybank berikan pada Orang Asli, sedikit hiburan dari dorang di sewang (dewan) sebagai tanda  penghargaan untuk kami. penuh dengan senyum-senyum. syoq wehh depa buleh buat banyak aktiviti bila ada lampu.

hadiah dari orang kanan Tok Batin (penghulu).


sebelum ni, kita tak sedar pun kehadiran Orang Asli sangat memerlukan bantuan dari kita kan. dan kita pun tak sedar yang sebiji lampu dapat mengubah kehidupan orang lain. InsyaALLAH, lepas ni kita sama-sama bantu. di Malaysia saja pun ada ratusan ribu manusia tanpa elektrik, tanpa lampu. tu baru Malaysia, kalau Filipina? Thailand? tempat lain lagi?

janji tau! lepas ni, kita sama-sama membantu. sama-sama membantu dorang untuk kehidupan lebih cerah. janji? ala, sikit-sikit pun, banyak bagi yang memerlukan.

terima kasih sudi baca :)
SHARE 38 comments

Add your comment

  1. yuyu..grik my hometown..hik3..cam knal jew en khairul dr maybank tu..pemes la die yuyu jdkn model..mih3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh. best nya dok Grik. rindu bangun pagi, tengok kabus tebal. :(

      Delete
    2. kabus mmg tebal..nk lg sejuk dtg pengkalan hulu..pg2 n mlm2 sejuk kemain..hehe

      Delete
  2. Grik...dekat dengan kg sy...kg sy bersia lama...huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  3. best nya yuyu....akak pernah pegi perkampungan org asli kt raub...tp dorg tu dah moden skit..

    ReplyDelete
  4. Huhuhu bestnya kak yuyu :) Shakira tak pernah lagi jejak Grik..

    ReplyDelete
  5. mcm pnah tgk suma ni dalam TV,
    kalau x silap berita TV3.
    mmg terbek usaha mereka.

    ReplyDelete
  6. Saya pun pernah pergi juga perkampungan orang asli dekat grik... tapi nma kampung tu kg.aman damai...he3..ada buat entry juga http://dianarashid92.blogspot.com/2013/11/enactus-team-building-at-royal-belum.html :)

    ReplyDelete
  7. firstly, link maybank tu salah, project, bukan priject. muja pun pernah gi kampung orang asli. dekat kawasan taman negara gitu,, dorang ni memang pemalu,, perempuan lagi la,, tak nak keluar rumah langsung,, huhuu

    ReplyDelete
  8. Salam.. Cik Yuyu..satu entri yang bagus.. Che Mid suka baca..syabas kerana sanggup bersama Maybank merentasi sungai dan hutan utk berbakti kepada masyarakat yang memerlukan..

    ReplyDelete
  9. Wahh ! Seronokkk. Teringin pergi tapi masih tak berkesempatan. :)

    ReplyDelete
  10. wah syoknya..baca pun dah syok. kalau dapat peluang pergi macam ni mesti tak akan lepaskan

    ReplyDelete
  11. teringin nak pegi ke kg orang asli :)

    ReplyDelete
  12. Bagus sangat projek2 macam ni. Memang buat mereka gembira dan kita rasa bersyukur dengan rezeki yang diberi pada kita ;)

    Jemput baca belog saya
    www.schajar.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. penah gak masuk kg asli kat seri iskandar , suak padi namenye , bukak puasa gn diorang =)

    ReplyDelete
  14. bestnya dpt masuk kat prkampungan dorang. ada pngalaman. (:

    ReplyDelete
  15. Kak Yuyu, saya tinggal kat Grik. Bangun pagi je memang selalu ada kabus pon.
    Saya yang tinggal kat taman pon ada kabus jugak~ wink wink ^^

    ReplyDelete
  16. meh follow blog sy pulak.. salam kenalan

    ReplyDelete
  17. Wah... syoknya. Tapi memang betol. Kita plak selalu je pk yang kita orang asli tak perlukan duit. Memang kita silap pun. Malah diorang sebenarnya lebih memerlukan

    ReplyDelete
  18. IKUT BANTUAN KEMANUSIAAN DENGAN MAYBANK ? BESTNYA !

    ReplyDelete
  19. HYE AK YUYU.COMMENT CLICHE.MCM BIASA,CUTE ANGAAATT ;P

    ReplyDelete
  20. KAK YUYU DATANG PERAK YE ? YAN ORANG PERAK. BTW,CONGRATULATIONS KAK YUYU FOR YOUR COMING WEDDING ! MESTI DAEBAK WEDDING KAK YUYU :D WISH U MANY YEARS OF HAPPINESS AND SUCCESS DENGAN SUAMI TERCINTA :D

    ReplyDelete
  21. saya pun bru dari situ gak tpi x berkesempatan pegi kg orang asli nie just pegi pulau tali kail saja yg berdektn dkt situ...tpi mmg best...lari sekejap dari kesibukan kota....btw tmpt nie mmg best...

    ReplyDelete
  22. wahh..bestnye yuyu! aritu penah pegi gak..kat pahang punya... syok! hehehe yuyu or sape2 yang nak beli tudung Adijuma murah jemput2 la singgah blog http://ayliciousboutique.blogspot.com/ ye? tq :)

    ReplyDelete
  23. Wow! Sgt best dpt join program macam ni, tp slalu terlepas. Sobsosbsob

    ReplyDelete
  24. Alorhh..kak yuyu pergi gerik ke? Kalau tahu boleh jumpa kak yuyu..btw,kak yuyu comel sngt.. :D

    ReplyDelete
  25. Aritu sy pegi umah org asli jgak !! bestttt !! huhu pengalaman yg xkan dilupakan in shaa Allah :D

    ReplyDelete
  26. Wahh bestnya..!! teringin nak pergi melawat.. ;)

    ReplyDelete
  27. salam
    boleh saya tau mcm mana nak join project heart maybank nie tak?
    =)

    ReplyDelete
  28. assallammualaikum
    alhamdulillah info berkenaan perkampungan orang asli disini dapat memberikan bayangan bagaimana keadaannya...........
    insyaallah selepas hari raya puasa tahun ini giliran saya akan kekawasan tersebut bagi memantau projek pembinaan sekolah(SMK) bersama pihak pihak yang telah dipertanggungjawabkan bagi menyiapkan dan membina sekolah bagi keperluan mereka disana ( penduduk setempat)....

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS