Suatu Ketika Dahulu.

by Yuyu Zulaikha, 9:44:00 PM
Assalamualaikum

suatu ketika dahulu. set kat kepala hotak cepat, semuanya kaler cekelat macam gambar ini.

yuyu ingat lagi, masa tu awal tahun 2008. tuan tuan dan puan puan sekalian, jangan segan silu berpatah balik ke empat tahun yang lampau dahulu. ala. zaman di mana lemak lemak tepu kat perut masih lagi tidak melebihi isipadu macam sekarang. 

a'ah. 2008. masa tu tengah ngorat ngorat anak dara jiran. sekarang dah jadi bini. 

namun, apakah motif yuyu sekarang? apakah kaitan yuyu dan anak dara jiran dan juga lemak tepu tu tadi? hmm. ni malas buat pendahuluan ni. inilah puncanya pendahuluan tidak bekerjasama dengan isi penting. mungkin ini masalah idea overexcited nak berbakti selepas enam hari tak buat entry. ye. faham tu.

berbalik kepada tujuan sebenar.

ingat lagi, awal tahun 2008, kalau rasa sedih cekedis tumpah kat kelas, nak cerita kat Sang emak macam malas, anak anak sang emak dua ketol lagi nak letak mana? nak cerita kat rakan taulan, takut dorang tak layan. boleh terjun kerusi tau. frust pabila isihati diabaikan. sobsobb.

nak cerita kegumbiraan sanubari kat Pak Leman jiran sebelah rumah pabila abang KFC hok paling ensem abad ini kenyit mata, rasa segan silu pulak. nanti cerita sikit, menggelabah pulak yang lebih. demm tak cool la macam tu.

maka, belog lah medium paling cool untuk mensemburkan segala isihati. masa tu la. siap dekat sidebar, ada widget Hamster terkedek kedek berlari, ada widget ikan bergelimpangan di tasik tipu tipu, ada widget jam hello kitty comel kemain. amannya tengok belog sendiri.

tapi sekarang? 
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(tidak melebihi 100patah perkataan)

boleh la isi sesukahatiginjalgigigerahamlimpaususbesar korang. mestilah warganegara juga melebihi 18tahun ke atas. untuk 18 tahun ke bawah, sila dapatkan pengesahan daripada ibubapa atau penjaga.

kalau salah taip sikit kena hentam. kan kan kan? hanya manusia yang diciptakan dengan perasaan kalis makihamun saja yang dapat meneruskan menaip entry entry emo tak ketahuan hala. ciri ciri seperti ini adalah spesis manusia yang berfikiran positif.

kadang kadang yuyu sendiri tak faham, kenapa perlunya nak maki maki sesama blogger. siap sanggup meng-anon-kan diri demi bajet ohsem maki maki sambil makan kopok lekor, walhal manusia lain tak tahu, anon manakah yang berani itu.

di sini, ingin saya menyeru kepada sesama kita *sambil dengar lagu dangdut Inul tersesat dalam laptop. mesti emak bluetooth ni*, jagalah hati sesama kita, kalau nak orang jaga hati kita sendiri. tak perlulah nak menjatuhkan orang, kalau rasa diri sendiri nak maju kehadapan.

eceh. macam pesyarah pulak.

walaupun dah banyak kali ada syarahan sekolah menengah buat pasal "berbuat baik kepada masyarakat justera kau akan bahgia" dan berbuih mulut motivator cakap "ciri ciri orang cemerlang adalah orang yang tidak menjatuhkan orang lain",  tapi, tetap, benda yang sebaliknya kita nak, akan jadi.

haish. malas layan.

walhal, dah bertisu dah lap air mata dah ni. mencik betul. dah la. nak siapkan esaimen Real Estate Finance pulak. sobbsobb.  

a'ah, entry ni entry kiasan. 

terima kasih sudi baca ^^
SHARE 65 comments

Add your comment

  1. yeay! 1st komen. hahaha. lari tajuk pulak. Comelnya gambar sis Yuyu!

    ReplyDelete
  2. haha.. siswi penah bace entri sal blogger tuh hentam blogger lain.. siap letak link lg.. :)

    ReplyDelete
  3. yuyu, pedulikan apa yang orang dengki. selagi kita tak kacau orang, insyaAllah kita tenteram. dun worry okay. :)

    ReplyDelete
  4. sudi je baca blog si kecik nie..hehe

    ReplyDelete
  5. hem ... memang tak faham betul la orang macam ni :) sifat dengki bila dah bermaharaja

    ReplyDelete
  6. dengki tu biasa. Tak boleh hidup dengan situasi tu, susahlah.

    ReplyDelete
  7. hye gorgeous =p

    1 word: ABAIKANJEBLOGGERSTYPETU
    hahaha
    got it? *combination of words..

    nak tisu lg x??dah2.. gi siapkan esemen...

    ReplyDelete
  8. sabar je lah :) janji kita tahu apa kita taip. :)

    ReplyDelete
  9. Hahaha..Yuyu Bila Lagi Nak Follow Blog Kite!!
    Alaaa...Meh La Follow Blog Kite..
    HeeHope Sangat Yuyu Singgah Blog kite.Hope Sangat2x.!!
    http://manssmile.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. abaikan je sis yuyu
    mulut orang memang x boleh tutup
    bila dah kena batang hidung sendiri baru padan muka

    ReplyDelete
  11. KAK YUYU . jangan peduli apa org kata . jgn sedih2 ya . ^^ . btw , kak yuyu sungguh comel :)

    ReplyDelete
  12. dia bosan kot tu yuyu..lex2 jerrr...ayat2 entry yuyu ni unik2 lah jadi syok bila baca..hehe

    ReplyDelete
  13. kak yuyu, pedulikan je k. diorang jeles ngn kak yuyu sebab kak yuyu SOMETHING n diorang tu NOTHING. btw~ kak yuyu comel. :)

    ReplyDelete
  14. p.h.d tu...semua org pandai yuyu...x perlu susah nk wat esaimen cam yuyu pun...harap yuyu bersabar yer...

    ReplyDelete
  15. abaikan dorg..yg pnting, hati mau epi..kan..mcm dil, guna blog, utk smpaikan isi hati..lukis2..even nmpak mcm xde input, tp hati lega n epi..org xkn pnh puas dgn apa yg kita buat kn..lg satu, nk tulis blog, kena ikut format ke??=.="
    *ehh, dil pnah taruk ikan..hehehe

    ReplyDelete
  16. orang skrg lebih suka melihat kita terjatuh..

    ReplyDelete
  17. mmg perangai manusia x boleh tgk org senang sikit. sabar kak yuyu ! :D omeynyee gambar dieeeeeee :p

    ReplyDelete
  18. benda laen xpenting....pic yuyu jugak yang cute...hehehe...

    ReplyDelete
  19. yuyu, mcm mne yuyu boleh femes kat dunia blog ni yer? dari dulu tertanya-tanya. hrp sudi jawab . heh

    ReplyDelete
  20. g00d luck tuk kehidupan dunia and akhirat..tapi pe kaitan title ngan entry sis yuyu?
    nevermind lah"

    ReplyDelete
  21. best kn kalau de owg hargai penulisan kitew wlupon sorang kn?emo plak

    sis , sye dh bce dri first entry smpai entry kini..mmg nmpk perubahan demi perubahan sys..wah , cekal nya

    ReplyDelete
  22. bab2 anon yang suka maki, kak yuyu jangan amik kisah..btw, anon nie memang AnnoyinG

    ReplyDelete
  23. Tupu tupu!

    tupu tupu caba okeh!!.

    cantiknya van belakang tu!

    :P
    hehehe.
    comel.

    goodnight.

    ReplyDelete
  24. yuyu "enam hati" ke "enam hari" ? btw suka bila yuyu typo xD nampak cute :3

    ReplyDelete
  25. sye pernah bce pasal entry tu !! baru bce tadi !! (*dengan bunyi excited )
    indah sangat bahasa org yang maki hamun tu .tak baik betul ~

    ReplyDelete
  26. Abaikan je Yuyu~ mulut org, kita x boley tutup~huu buat xtau je org cam tu..

    ##Apa2 pon yuyu tetap sangat2 comeyyy! Hikhik ^^

    ReplyDelete
  27. Walaupun entry kiasan , Lyssa tetap akan baca . hehe .
    * Peminat No.1 Yuyu ni . ececehh .

    ReplyDelete
  28. people keeps assuming something that they even know. ;)

    ReplyDelete
  29. Tapi tak semua anon jahat kan..tak semua anon mengutuk kan..Adakala anon juga protect kite sebab dia tahu apa yang di khabarkan oleh anon lain tu xbetul sama sekali..yang penting jgn sesekali memaki hamun seseorang itu tanpa tahu cerita sebenar..mmg xadil kalau kita just dgr cerita dari sebelah pihak..
    Apa pun sy tetap menyokong semua sahabat blogger..:)

    ReplyDelete
  30. memang buang masa kalau nak layan anon kan...cuma sbg manusia biasa memang akan rasa terluka bila jd sasaran haters...hanya yg pernah mengalami akan merasai..
    i know u are very strong dik yuyu..moga terus sukses!

    ReplyDelete
  31. kat dunia ni tak semua orang bersifat baik. ada gak yang dengki, yang tak boleh tengok orang lain hidup senang. :)

    ReplyDelete
  32. jgn sdey yek k.yuyu . chill and keep smiling :)

    ReplyDelete
  33. sebab tu orang cakap yang kita ni sebagai manusia selalu belajar dari kesilapan kan?

    bila dah buat salah baru senang nak ingat... ;)

    ReplyDelete
  34. ehem..1st time akak drop komen kat sini sbb selalu jadi silent reader je..hehe..

    tapi apa yg akak nak cakap, manusia ni memang macam tu..makin kita ke depan sikit dr dorang maka makin ramailah yang datang 'menghimpit'..

    jadi, kekuatan pada hati tu kena ada..takmo sedih2 ye..focus study dan jgn focus pada si anon tu..okay? ^^

    ReplyDelete
  35. yuyu , post yg sgt tenang dibace kan ? i loike ;)

    ReplyDelete
  36. mnusia..memg slalu dengki2... sush nk aman dunia ni..hehe

    ReplyDelete
  37. anon tu terlebih sayang yuyu..dia xnk digelar stalker kot...hihi..ilek2 je..

    ReplyDelete
  38. kalau blogger tuh pernah ada masalah dgn anda,tak perlu kot nak maki or dedahkan aib dia. kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita

    ReplyDelete
  39. kdg2 tak paham jgk kenapa ada nye dengki mendengki sesama blogger... tak paham...

    http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/02/rasa-mahu-berhenti.html

    ReplyDelete
  40. me too. baru je nak try2 ade blog. but then, kena kutuk.btw, sis ur gorgeous! cute

    ReplyDelete
  41. yuyu..kak yaya nak pinjam mata..
    comel sangat mata tu..jeles...
    hihi

    ReplyDelete
  42. Lumrah manusia... biasela tu.. salah yang kecik diperbesarkan, yang baik disorok2kan... hurm.. whateverla demolonie ni kan? kan?

    \\( ^_^ )//

    ReplyDelete
  43. kenapalah ade owg mcm tu ek...kdg2 malas nk lyan

    ReplyDelete
  44. Anon yang suka menjatuhkan orang ni memang tak de kerja lain kot. ah kesian kan mereka ni...sebab tak ada life.hahaha

    ReplyDelete
  45. sy sokong..buat baiklah dgn org di sekeliling kita :)

    ReplyDelete
  46. suke ayat tak perlulahh nak menjatuhkan orang , kalau rasa diri sendiri nak maju kehadapan.. ;)

    ReplyDelete
  47. yuyu potter .... potter sy punye..ekekkekke

    ReplyDelete
  48. yuyu start blogging ble eh? hihi ske lari topik

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS