Salam Maulidurrasul semua :)

by Yuyu Zulaikha, 9:15:00 AM
Assalamualaikum ^^

salam maulidurrasul semua ye. memandangkan hari ini adalah hari kelahiran Rasulullah yang kita junjungi, sedikit kelebihan berselawat dan sunah sunah yang mearik untuk diikut terpanggial yuyu untuk berkongsi.

semua ni dari totally dari website ye anak anak. ada juga dari pengelaman mendengar cerita pensyarah. sila betulkan jika salah.
  • Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  • Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  • ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  •  Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  • Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  • Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  • Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  • Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  • Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  • Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang dan mudahkan penghadaman
  • Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana
  • Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  • Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  • Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  • Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  • Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  • Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
  • Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  • Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  • Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  • Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  • Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
  •  Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  • Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
  • Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  • Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
  • Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNy
  • Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
  • Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
  • Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  • Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
  • Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  •  Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  •  Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
  • Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  •  Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  • Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  • Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  • Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
terima kasih sudi bace ye :)
SHARE 62 comments

Add your comment

  1. salam maulidur rasul cik yuyu ! :)

    ReplyDelete
  2. salam maulidurrasul..
    http://duniamohdshafiq.blogspot.com/2011/02/assalamualaikum_14.html

    ReplyDelete
  3. thanks sbb kongsikan kelebihan bslawat ni..salam maulidur Rasul:)

    ReplyDelete
  4. salam maulidur rasul jugak untuk yuyu :)

    ReplyDelete
  5. salam maulidur rasul juge ye yuyu
    jom kite g berarak
    heee

    ReplyDelete
  6. selam maulidur rasul jugak untuk cik yuyu...

    info yg bagus untuk semua =)

    ReplyDelete
  7. Salam maulidur rasul..dla baru balik perarakan ni..hehe

    ReplyDelete
  8. info yg sgt berguna. smoga blog yuyu ni diberkati Allah dan semakin maju :) salam maulidul rasul

    ReplyDelete
  9. Selawat serta salam pada nabi junjungan.. =)

    ReplyDelete
  10. salam maulidul rasul yuyu..

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/jagalah-dara-dan-kegadisanmu.html

    ReplyDelete
  11. salam maulidul rasul yuyu..

    padan muka tak lepak smlm..=)

    ReplyDelete
  12. salam maulidur rasul..


    p/s::cuba yuyu check..ada point yg yuyu ulang..anyway,thanks for sharing this info..^_^

    ReplyDelete
  13. salam yuyu..

    info yang baik..:) ikut sunnah baginda, dapat pahala..:)

    salam maulidur rasul~

    Sollu..Sollu..Sollu..

    ReplyDelete
  14. صَـلَّÙ‰ اللهُ عَـلَÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد صَـلَّÙ‰ اللهُ عَـلَÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَـلَّÙ…ْ

    ReplyDelete
  15. Salam Maulud Nabi ye yuyu sayang~ :)

    ReplyDelete
  16. salam maulidul rasul lah ye :)
    jom berselawat

    ReplyDelete
  17. alhamdulilah. TQ sebab share info ni ek yuyu.. yuyu 21 ek? sme laa kite.. :)

    ReplyDelete
  18. salam maulidur rasul....sama2 kita berselawat ke atas nabi...:)

    ReplyDelete
  19. salam maulidurrasul yuyu!~

    jom singgah2 blog pink sy pulak~ ♥

    ReplyDelete
  20. Ayuni: salam maulidul rasul ayuniiiii ^^

    ReplyDelete
  21. mera zati M.z: pergi berarak takkkk???

    ReplyDelete
  22. shafiqabdshukor: selawatt selawatt ^^

    ReplyDelete
  23. mizz pelangi: amik kat website je :)

    ReplyDelete
  24. tya: heheheh.. tak keluar berarak ke sygg??

    ReplyDelete
  25. el-janna : huhuhu.. kat sini takde pun orang berarakkk :P

    ReplyDelete
  26. d_LA : wahhhh~ bagus la.. sini takde sape berarak punnn :(

    ReplyDelete
  27. fikri razali: heheheh...sambut v'day tak semalam???

    ReplyDelete
  28. Dawa: terima kasihhh.. aminnnnnn~ semua tu dari website la :)

    ReplyDelete
  29. AiDa AzRyN: semoga hidup kita semua beroleh berkattt :)

    ReplyDelete
  30. Along Usop: heheheh... selawat ke ats nyaaa :)

    ReplyDelete
  31. qasehraihan: wahhhhh~ nice topik.. boleh singgah ni :)

    ReplyDelete
  32. zarifahmr: waaaa.. wong jowo komen aku ^^

    ReplyDelete
  33. Ujang9897: fine nyah... saye menerima nyaaa~ dengan hati penuh redhaaa.. T_T

    ReplyDelete
  34. YanaMIB: pehhhh~ bakal laki bini komen waktu sama... pakat ape ni??

    ReplyDelete
  35. ♥CIK SHA♥ : errr: ye ke?? alaaaa... edit edit ^^ terima kasihh!

    ReplyDelete
  36. Sunah Mohammad: semoga semua nya dalam keadaan berselawat ke atas baginda :)

    ReplyDelete
  37. MEOWTH: heheheh... selawatt selawatt ^^

    ReplyDelete
  38. a n a . i z z t y: hehehehe... salam maulidul rasull ^^

    ReplyDelete
  39. SYAFIQ TENGKU: heheh.. sollu ala muhammad ^^

    ReplyDelete
  40. Aida Zafirah: heheheh... semoga lebih kasih ke atas nabi :)

    ReplyDelete
  41. ♥GAdiSMeRaHJaMbU♥: wahhhh.. belog pinkk. menarik :)

    ReplyDelete
  42. salam yuyu dear...

    saya de sebut tentang entry yuyu ni kat SINI~ :)

    ReplyDelete
  43. salam maulidurrasul juga :)


    thanks for the info. mari perbanyakkan selawat~

    ReplyDelete
  44. kak yuyu!!

    info baik punyerr..

    ^-^

    ReplyDelete
  45. aku ingt mase kat mesir dulu kalo ade yg bergadoh..nak marah ke..org suh selawat kompom ok terus keadaan tu

    ReplyDelete
  46. aku ingt mase kat mesir dulu kalo ade yg bergadoh..nak marah ke..org suh selawat kompom ok terus keadaan tu

    ReplyDelete
  47. vday??xde gf nk smbut...hahaha..mana bole haraammmm ^^

    ReplyDelete
  48. salam maulid.. :)
    yuyu pegi berarak ?

    ReplyDelete
  49. banyak pahalanya kalau selawatkan.. :)

    salam maulidur rasul :)

    ReplyDelete
  50. as salam..
    ohh..menarik :)

    syukran..eh? macam pernah baca masa tahun tahun lepas. blog Irdina.haha..
    ya ke kot? rasanya bulan september.

    tapi yang fakta no. 27 yang jumpa Nabi dalam mimpi tu, ada pendapat mengatakan ia tidak sahih sebab sanadnya kurang jelas.datang dari orang yang tidak dikenali.dan ia menyatakannya dalam bentuk nombor.

    yuyu kena cari.dan buktikan fakta itu betul.sebab kalau tak betul, orang yang lain pun mengikut. bahaya tu.


    boleh rujuk dalam ni:

    http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-166253.html

    ada juga yang memberikannya dalam bentuk doa.doa rekaan sendiri takpe.cuma tak boleh dinisbahkan doa tu sebagai makhtur, sebab doa mohon mimpi jumpa Nabi memang tak ada yang berasal dari Nabi atau salafnya


    ha!! selawat masa perarakan Maulidur Rasul?

    ReplyDelete
  51. haa! lupa nak tambah lagi!
    yang pasal tadi tu.
    berjumpa Nabi dalam mimpi tu, saya pilih tak boleh. lagipun pendapat ulama,berselisih.saya kat macam tu sebab rupa paras wajah Nabi sudah menjadi perkara akidah.yakni unsur ghaibiyat.wallahu'alam..

    ReplyDelete
  52. selawat keatas kekasih Allah sawt, rindu kat baginda pulak :)

    ReplyDelete
  53. rindu pulakk nak dengar kisah kisah baginda . dulu selalu je cikgu yang ceritakan . now ? dah semakin ketinggalan .

    *salam maulidur rasul kak yuyu :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS