Garis Panduan Mendengar Lagu

in , by Yuyu Zulaikha, 6:40:00 PM
Assalamualaikum ^^

setelah yuyu silap menjawab satu soalan esei dalam peperiksaan tadi, berkaitan Garis Panduan Mendengar lagu dan Musik, yuyu rasa amat terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua mengenai soalan ini.

berkaitan dengan lagu dan musik ni, terdapat dua golongan jurist.

 satu kelompok mengharamkan habis habisan semua jenis lagu dan musik bersandarkan dalil dalil dah dalil qot'i iaitu al Quran dan Hadis. Golongan ini menyifatkan musik dan nyanyian adalah "Serulinng Syaitan". Himpuanan perkataan yang sia sia dan penghalang kepada ibadah.

satu lagi golongan jurist beranggapan lagu dan musik adalah harus dan dibolehkan selagi mana tidak melampaui batas syarak. (pehhh.. cam ustazah enn). bagi golongan ini, mereka menyifatkan lagu adalah instrument yang tidak lebih baik dari kemerduan suara burung., bahkan ia antara nikmat dunia yang di anugerahkan oleh Allah.

Dan di sini, Dr. Yusur al-Qadrawi telah meletakkan hukum secara umumnya adalah harus, dan boleh bertukar kepada haram jika ia melanggar garis panduan nih yang bawah ni :
  • Lirik Lagu Tidak Bertentangan dengan Akidah dan Akhlak Islam : tak payah nak di senarai di sini, boleh selak satu satu lirik kat lagu barat contonya. T_T dah la pebret. lagu penyanyi berkulit gelap yang femes emes tu memang kecintaan yuyu walaupun lirik nya ajak ehemmm ehemmm.. malu i :')

  • Gaya Persembahan : cara dan gaya persembahan yang mengundang kepada fitnah. contohnya : berduet artis laki dan perempuan yang bukan mahram, perform dengan keadaan seksi meksi pepsi teksi, persembahan yang menjijikkan, melampau dan bersalahan dari prinsip Islam. penyanyi perempuan juga tak leh, sebab suara perempuan kan aurat T_T

  • Tiada Unsur Unsur Haram : perlu di awasi sekelilingan tempat menyanyi itu tidak bercampur dengan unsur haram contohnya jamu jamu penonton dengan air kencing setan (arak), iktilat juga dilarang (percampuran laki dan perempuan).

  • Tidak melampaui batas : setiap yang di sampaikan mestilah di berlebih lebih atau melampaui batas. keseimbangan antara akal dan perasaan perlu di selaraskan. antara lirik yang melampaui batas adalah "ohhh meon, kaulah segala nye kat hati aku...ohh meonnn... takde pe lagi aku harap, hanye lah ko sorang... ohh meonnnnnn"
haaa.. itu la sebenar nya garis panduan terhadap musik yang sebelum ni di kata kan haram tu. yuyu jawab tiga dari tu, tapi tak menjawab pasal Gaya Persembahan. sedih nyaaa T_T habis 4.5 markah dah kat situ.

semoga entry ini ada benda yang bermanfaat yang dapat di kongsi ye. walaupun sedikit.

terima kasih sudi bace ^^
SHARE 26 comments

Add your comment

  1. Waalaikumussalam yuyu...

    sangat bermanfaat dear...at least kita berkongsi ilmu kan...ok la tuuu...nice2. :)

    ReplyDelete
  2. Tak suka dengar lagu-lagu macam heavy metal tu semua. Takut la, tengok gaya penyanyi pun dah menyeramkan. Haha.
    Yuyu suka lagu macam mana?

    ReplyDelete
  3. lagu lam bahsa kedah maksudnya macam. wahahha

    ReplyDelete
  4. Yusur ke Yusuf yuyu??
    rasanye nama dia Yusuf..^^

    ReplyDelete
  5. tak sempat nak baca habis :'( mak panggil! malam kang sambung baca lagik ^^

    ReplyDelete
  6. mira jugak yang peka dgn name along.. weheheheh..

    typo la tu.. =p
    nanti btolkan ye cik yuyu.. :D

    ReplyDelete
  7. thanks ye kak yuyu yg comel.
    post yg sangat berguna :)

    ReplyDelete
  8. bnyak perbahasann sal lagu ni..kalo boleyh jgn tau dgr ngn memekik jer kan ustazah..huhuhuu

    ReplyDelete
  9. ana : hahaha.. bermanfaat walaupun hilang markah T_T

    ReplyDelete
  10. nub : lagu paaa???/ lagu bole kedah tu ka???

    ReplyDelete
  11. amira : halamkkk! typoo.. wuuu T_T mekasih sudi betulkan :P

    ReplyDelete
  12. usop sontorian : name bukan maksud tak ingat orang tu :p

    ReplyDelete
  13. adzriel : huhuhu ^^ tak mo kate peee~

    ReplyDelete
  14. jijiyu : hamboi ustaz ni~ ye la.. kena amik tau gakk kan :)

    ReplyDelete
  15. suara perempuan aurat kan. karok dlm toilet je lah gitu. sume ade studio dlm toilet. huu >.<

    ReplyDelete
  16. lagu2 camtu la kadang2 kite suke dgr kn .. wuuu T__T
    nauzubillah ..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS