HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

About Me





Assalamualaikum

terima kasih sudi baca belog yuyu ni. sebagai pengenalan, nama sebenar adalah Asmida Zulaikha Eswan, tapi nama geli-geli 'Yuyu Zulaikha', baru lah nampak sistur hipstur sikit kan. lulz. dilahirkan pada 22/05/1989 dan dibesarkan di Langkawi, Kedah baq hang!

yuyu adalah seorang blogger dalam kategori Personal Blogger/Lifestyle Blogger dan selalu dikaitkan dengan Beauty Blogger juga Parenting Blogger. yuyu berbelog mengenai kehidupan yuyu secara keseluruhannya. kehidupan yuyu adalah sebagai seorang isteri kepada Izwan Safuan dan seorang ibu kepada seorang anak lelaki (Habib Muhammad, 2tahun) dan sedang mengandung yang bakal dijangka lahir pada Mac tahun hadapan, insyaAllah.

yuyu memulakan aktiviti blogging sejak hujung 2008 lagi dan mula aktif/serius dalam bidang blogging yakni pada awal 2010 untuk mengisi waktu lapang yuyu di kampus [ Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bachelor in Islamic Finance (Banking) ]. sejak mula dengan berkongsi mengenai pengalaman yuyu di kampus, yuyu terus serius berkongsi pula mengenai kehidupan yuyu kepada semua pembaca.

selain daripada menjadi seorang blogger, yuyu juga adalah seorang pengasas kepada produk kesihatan dan kecantikan DARAYU | Siri Khas Untuk Wanita . dimana produk ini diasaskan pada hujung tahun 2015. try lah, kita sama-sama sihat & cantik dengan Darayu. haa. sempat okay aku promote produk sendiri.

okay. itu je kot. oh, sebelum tu, kalau nak menggunakan khidmat yuyu untuk advertorial/review di Instagram atau Blog yuyu, boleh lah terus email ke : yuyuzulaikha@gmail.com. terima kasih sudi baca belog yuyu.



withlove,
Yuyu Zulaikha Eswan