Tuesday, November 14, 2017

Happy 3rd Birthday Habib Muhammad | Part 1

Assalamualaikum

Happy 3rd Birthday Habib Muhammad, anak sulung soleh ibu!


Justice League tak lama dah, 16November ni kan, dah ready ke belum? Habib ni peminat tegar superheroes semua tu, sebab tu lah kali ni birthday celebration untuk Habib bertemakan Justice League.

Ok, sebetulnya 10Oktober hari tu, tapi baru saja dapat gambar & video penuh, haa, terus ibu rasa menggelupur nak share di belog. Penting, mana tahu 10 tahun lagi, Habib boleh baca, biar Habib nangis terharu. Mana tau, boleh juga bagi inspirasi untuk parent di luar sana yang stress dengan tema-apa-pulak-aku-nak-buat-kat-anak-aku-ni.

Baiklah, sebenarnya, yuyu pun mengalami masalah stress tema-apa-pulak-aku-nak-buat-kat-anak-aku-ni tu. 1st birtday Habib, yuyu buat di rumah, dengan family & kawan rapat, 2nd birthday Habib, yuyu bawa pi Zoo Negara sebab dia suka binatang & tidur di hotel di KL, tapi yang 3rd ni, nak buat apa pulak? 

Habib ni, budak yang sangat suka Batman. Dia percaya yang dia adalah Batman, ayah dia Superman & Affan adalah Thor. Ayah dia lah ni mengajar --' Jadi, sebabkan dia obses dengan apa-apa mengenai Batman, sampaikan di rumah, dia selalu sangat pakai napkin adik dia, dan dia ingatkan dia dah cukup Batman. Alahai, Batman apa pakai napkin adik ni.

Alang-alang tu pulak, 16November ada Justice League, eh sayang, kita buat kat DC Comic lah!


Habib macam biasa, dia memilih untuk menjadi Batman. Alahai, nak jadi Batman, badan pun secoet lagi, costume tu boleh muat dua orang. lol


Jemputan untuk kali ni, tak ramai, yuyu cuma bajet untuk 20dewasa dan 20kanak-kanak. Lagi ramai kanak-kanak tu, lagi seronok sebenarnya, nak bagi Habib seronok berkawan hari tu. Yuyu pun tak dapat jemput ramai, cuma keluarga & kawan rapat saja, dan yuyu pentingkan yang ada anak-anak. 

DC Comic Cafe Sunway Putra, the best tempat untuk buat birthday celebration. Betul yuyu cakap ni.


Setiap tetamu, yang bawa anak, kami bagi goodies bag. Apa ada dalam goodies bag tu? haa. Tunggu next entry.


Tetamu mula bagi anak-anak makan. Box yang Superman ni khas untuk kanak-kanak

Syukur sangat, semua tetamu puji makanan hari tu sangat sedap & banyak pilihan

InsyaAllah,next entry yuyu cerita lebih detail lagi okay.

Yuyu dah siap bagitau tetamu yang majlis bermula dari 11pagi hingga 1petang. Ada yang datang awal, ada yang sampai masa hampir habis majlis. Biasalah, bila dah jadi parent ni, nak keluar mana pun, kena ikut time anak. :)

Superheroes datang memeriahkan majlis. Sebab tu yuyu rasa puas hati sangat dapat buat di sini. Budak-budak terus excited nak bersalam (sopannya. lol) dengan superheroes.

Cake pun tema Justice League juga. Huhu. Tak sangka pihak DC Comic Cafe sediakan macam ni. Terharu sangat, sebab masa kek sampai, dia asyik tengok kek saja. Tetamu pun terpegun tengok hasil kek ni. 

Semoga anak ibu jadi anak berjaya dunia akhirat. Macam sayang pulek nak potong kek ni. 

Box besar ni adalah suprise untuk Habib oleh pihak DC Comic Cafe. Haa. Apa yang ada dalam box besar gedabak tu? Tunggu next extry. Yang penting, Habib balik rumah, dia tidur pun dengan hadiah ni. --'

Keluarga kecik yuyu. I love you


Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar. Eh tak, majlis berjalan dengan sangat-sangat-sangat lancar. Dari segi tetamu, makanan, masa, persiapan, layanan, semualah, pihak DC Comic Cafe & Mattel bagi dengan penuh komited.

Kawan-kawan Habib datang pun, berselera makan, siap balik dengan seronok sangat bawa goodies bag dorang. Sepatutnya majlis habis pukul 1petang, tapi biasalah, terlewat sikit itu ini, pukul 1.30petang baru habis. Elok-elok waktu budak nak tidur, time tu, haaa, baru lah tengok Habib & kawan-kawan dia mula meragam nak tidur. :p

Apapun, yuyu syukur sangat, memang dari awal tahun lagi plan nak buatkan tema macam ni untuk birthday Habib, tau-tau, semuanya dipermudahkan oleh pihak DC Comic  Cafe Malaysia & Mattel. Next entry yuyu share lebih detail lagi dari semua aspek, ok?

Yang penting, jangan lupa tau! Doakan untuk Habib supaya dia jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat, dannnn...



Jangan lupa, 16November ni, movie Justice League dah keluar kat wayang. Ihik :p


Terima kasih sudi baca




Love,

SHARE:

8 comments

  1. tak sabar nk tunggu detail entry pasal ni! :)

    ReplyDelete
  2. Wow wow! Hebatnya majlis habib.. :D
    Moga habib terus jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat.. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. seronoknya. 20 dewasa tu dah ngam ngam cukup la utk tetamu kan.

    ReplyDelete
  4. selamat hari jadi habib.. semoga membesar menjadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  5. happy birthday habib...
    kak yuyu can't wait for the next part. cepat sambung.

    ReplyDelete
  6. Happy birthday habib. Kjp je dh besar dh dye. Mmg nmpk meriah la buat kat sini

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig