Saturday, November 11, 2017

Brick or Treat Legoland

Assalamualaikum

Kali ni, kali ke dua ke Legoland. Kalau Jun hari tu yuyu satu family pi untuk celebrate Star Wars 40th Anniversary, dia punya best tu sampai ke hari ni dapat rasa. Meriahnya time marching parade tu, bukan setakat dari Malaysia, tapi seluruh Asia datang celebrate juga di Legoland. Jadi, faham kan dia punya meriah tu macam mana?

Kali ni, yuyu satu family juga ke Legoland untuk celebrate Halloween! yaiy! Sebelum ni pernah layan Halloween dengan suami kat tempat kerja dia je. huhu 

20/10/2017 Jumaat, kali bertolak dari Puchong ke Legoland. Perjalanan ambil masa sepatutnya 3jam30minit, tapi sebab cuaca sangat panas terik, kitorang buka aircond dalam kereta pun tetap rasa bahang, anak-anak asyik meragam, jadi, perjalanan pun jadi 4jam lebih.

Kami sampai pukul 1.45pm di Legoland. Huyyo! Awai! Apa nak buat, nak check-in pun kena tunggu pukul 4pm, tapi takpa, sebab lobby hotel sangat selesa, siap ada tempat untuk anak-anak main kan, hari tu pulak Halloween, jadi, bersepah staf Legoland dengan costume hantu. 


Sementara tunggu masuk bilik. Lepak di lobby yang riangriahariraya ni dulu


Nasib Habib & Affan tak takut. Habib macam, ok, ko sape pelik bin hodoh 😅

Bila dah 4pm, kami bergegas untuk check-in. Memang ramai pun orang kat Legoland, sepanjang dua kali pergi, dua kali juga ramai orang. Selalunya foreigner lah, sebab Legoland ni antara world attraction kan....

Halloween ni best. Kita boleh tengok macam-macam gaya orang, ada yang memilih jadi hantu, ada juga yang memilih untuk jadi karakter dalam movie atau kartun. Habis tu, kitorang ni pilih apa? Haha. Sedih nak bagitau ni

Kononnya yuyu nak make-up lah sikit, nampak macam hantu cantik. At least, boleh lah guna eyeliner & eyeshadow hitam ja. Haa. Simple weh. Tapi... okaylah, yuyu cerita dari awal k

Sampai saja dalam bilik, kami plan nak siap-siap terus ke Legoland theme-park. Kat sana ada banyak 'hantu', tambahnya malam nanti lepas pukul 7pm ada Halloween show. Semangat dah semua dah nak tengok, paling semangat tu, yuyu lah. Selalu tengok dalam cerita omputeh je, ini nak celebrate sendiri pulak tu :p

Time ni beratur panjang kemahen orang nak bergambar dengan hantu-hantu ni. Ulang sekali lagi,  PANJANG KEMAHEN! 


Nasib lah ramai ja hantu-hantu yang berlegar di sekita Legoland tu. Emak yuyu lah paling semangat, semua hantu dia tarik suruh ambik gambar dengan dia. Yuyu pulak yang tukang ambik gambar. Jadi sekarang, sapa yang patut buat entry ni --'

Macam real pun ada. Seram sejuk nak ambik gambar. Huhu

Rehat dulu! Dua budak ni sangat enjoy dalam bilik. Habib terus main Lego bila sampai bilik.

Bilik kami betul-betul mengadap Legoland Theme Park. 

Sampai saja bilik, kami rehat dulu dalam sejam, sebelum nak siap-siap untuk After Dark Party, dan terus makan. Kalau tengok orang lain yang join Halloween ni untuk 13 & 14 October, best sangat-sangat dah dia punya After Dark Party, siap ada show hantu lagi

Tapi...

Bila time yuyu pergi ni, yakni 20 & 21 October, alaa, tak semeriah minggu lepas tu. Malam tu, macam tak ramai pun. Rugi pulak rasanya tak join yang 13 &14hb tu. Huwargh! Nak nangis rasa. Terus bawa family pi makan-makan saja lah malam tu. Balik bilik, tidur awal, sebab esoknya nak tawaf satu theme park khennn...tazzabar!

Mana ada Batman bawa bantal busuk --'

Esoknya, cepat-cepat kami breakfast, sebab nak complete kan challenge supaya dapat hadiah! ni lagi lah tazzabariah!

Untuk kids yang pakai complete set Halloween costume, boleh masuk theme park secara percuma, tapi Habib pakai lapanpointtiga saat saja costume Batman dia, lepas tu dia dah bising cakap panas lah, peluh-peluh ni.


Maka, tinggal lah cape saja. Hmm. Boleh lah.. Tak semangat kesukanan betul lah dia ni.


Kami satu family buat plan hebat, kami akan completekan challenge semua tu sebelum matahari terpacak kat batang hidung. Kalau taknak hazab lah, tapi akhirnya kami tak rushing pun seperti yang dirancang. Mak yuyu jalan lenggang kangkung mak minah balik kampung dari awal sampai habis, padahal dia yang plan semua tu  --'

Sepanjang Halloween ni, Legoland memang dihiasi dengan ikut tema juga, dari lobby sampai ke setiap sudut themepark dorang.


Antara challenge yang kitorang kena completekan adalah, baling bola masuk dalam bekas, belajar cara jerit macam hantu, kira jumlah hantu & belajar magic spell. Simple saja, tapi yang penting, kena completekan semua task tadi, baru lah dapat hadiah

Cabaran pertama kami. Best!

Habib kejung di situ. lol

Turn ibu pulak kejung. Serius kalau depan-depan, hantu ni memang seremmm.


Wajib ke buat semua challenge tu?

Tak tak. Sebenarnya, ni adalah aktiviti khas sempena bulan Halloween yang disediakan oleh pihak Legoland untuk pengunjung. Bila ada aktiviti, barulah seronok sangat masa kita dengan family. Takda lah jalan-jalan semata-mata dalam theme park tu kan.

Best tau, sambil nak ke 3rd challenge, tau-tau, eh, ada macam roller coaster lah! jom naik! Gitu...

Masa ni betul-betul tengah hari, panasnyaaaa ya Rabbi! Affan dah mula meragam. Habib dah mula nak malas jalan.

Tapi.... Yaiy! Misi berjaya! Semua cabaran dah selesai! Hadiah pun dah kutip. Puas hati betul walaupun berpanas dari tadi haa..


Best sangat hari tu, walaupun panasnyaaa boleh buat gaduh, peluh dah jadi tepu kat ketiak, tapi, bila ada aktiviti atau event sekali sekala macam Legoland buat ni, boleh buatkan trip kita jadi lebih manis. Sehari pun rasa berbaloi sangat dengan family. Sumpah!

Yang konon plan tadi nak siapkan sebelum tengah hari, rupanya, pukul 4 lebih baru settle. Menyusu Affan, tengok miniature, proses Habib meneran pulek, emak pulak nak makan pizza, adik yuyu nak rehat, suami nak main itu ini, haaa.

Berbaki lah sejam saja lagi untuk waterpark. Cukup ke?

Challenge dah habis. Jadi, kami melawat seluruh Legoland Theme Park pulak. 

Sebab Habib tak cukup tinggi sangat lagi, jadi, tak banyak benda dia boleh main sangat. Takpe, dah cukup 100cm++, kita datang lagi k. InsyaAllah sebulan dua lagi. Huhu

Terlebih waktu tidur dia, dapatlah singgap nursing room, lepas menyusu Affan, bagi pulak Habib tidur. Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Bangun saja si Affan & Habib, kami terus bergegas untuk ke waterpark pulak. Di sana kami tak dapat banyak gambar, sebab dah berebut sangat kan. Semua barang kami tinggal dalam kereta, melenggang ke sana. Rupanya, sejam lebih tu, cukup sangat-sangat, sebab time kami pergi tu, ada banyak juga yang tutup untuk renovation, tapi tetap puas sangat dapat bawa dorang mandi, sejukkan badan, sebelum perjalanan balik ke KL yang 4jam tu.

Apapun, Brick or Treat 2017 dengan Legoland, sangat best! Walaupun sepatutnya lebih baik yuyu pergi yang 13 & 14hb tu, tapi, best juga lah, Halloween kat sana masih meriah.

Next year, kalau time Halloween, korang join lah. Mana tau, kids dapat free ticket lagi ke macam Habib dapat, haa, dah jimat dah. Bawa satu family terus, confirm best ingat sampai ke cicit dobploh, tapi make sure selalu lah tengok website dorang untuk tengok apa aktiviti menarik dari semasa ke semasa.

Bulan depan ada X-Mas punyaaa! Mesti best!


Terima kasih sudi baca.


Love,




SHARE:

10 comments

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig