Thursday, October 19, 2017

Paling Penting Untuk Anak

Assalamualaikum

Ingat lagi dulu masa awal-awal dapat tahu yuyu pregnant, kalau boleh, semua benda nak beli. Perut baru enam bulan, dah ada set lengkap baby dari atas sampai bawah ok! Siap sippy cup pun ada. Apehal weh pompuan ni. --'

Bila dah bersalin, malam ke dua kat hospital, tiba-tiba Habib nangis yang amat-amat-amat. Bagi susu taknak. Bagi tidur taknak. Dodoi pun taknak. Habis tu dia nak apa? Maka, si ibu pun berlawan menangis lah dengan anak. Lepas satu, satu, satu nure datang tengok.


"Awak ada minyak untuk anak tak? Minyak Yu Yee ke?"

MINYAK YU YEE!

Ya Allah, dalam banyak-banyak barang aku sedia dari perut enam bulan sampai anak dah beranak, bergunung-gunung barang anak aku beli, minyak Yu Yee Cap Limau yang amat penting tu lah pulak aku lupa beli. Apa ni? Apa ni? Anak dah nangis dah ni 😭


"Takde nurse. Tak bawa pun"


Nurse pun pinjam lah minyak Yu Yee dari ibu-ibu bersalin lain. Confirm ada kan. Ibu ni je tak ingat nak beli. Pfft. Sapu sikit kat perut Habib, urut-urut, Alhamdulillah, semuanya normal kembali, kisah nangis-nangis tadi pun tamat. Ibu pun dapat lah tidur dengan tenang. Itu je pun. 😔

Esoknya husband datang nak bawa balik yuyu & Habib ke rumah, suruh husband beli siap-siap dah minyak Yu Yee Cap Limau. Start daripada kes tu, minyak Yu Yee akan selalu bersama kemana-mana saja.

Haa. Macam tu sekali lah kan kepentingan minyak Yu Yee bila dah ada anak ni.

Dua budak masham. Tak mandi lagi. Nanti lepas mandi, ibu selalu sapu minyak Yu Yee kan? kan?


Itu baru untuk anak-anak, belum lagi untuk ibu dorang yang lenguh belakang, untuk ayah dorang yang kena gigit nyamuk. Maksudnya, minyak Yu Yee ni bukan saja berguna untuk anak-anak kecik, untuk satu keluarga. Sebab tu tak rugi simpan selalu, jangan sampai terhabis minyak ni kat rumah.

Dari sekolah lagi yuyu tengok minyak ni, memang selalu tengok orang guna minyak ni pun, sebab dia memang efektif kan. Yuyu sendiri pun yakin guna untuk Affan & Habib.


Ada dua botol dengan yuyu. Satu untuk pakai di rumah, satu letak dalam handbag untuk kegunaan luar rumah. 


Affan pulak dalam proses 4-days rule untuk try solid food. Kadang-kadang ada puri yang yuyu buat, tak berapa elok untuk dia. Sekali makan saja, terus kembung. Menangis dia taknak henti, tapi tak lah jadi huru-hara dah, terus sapu minyak Yu Yee saja di perut Affan, urut-urut sikit, insyaAllah, selesa terus dia.

Time ni memang cepat betul minyak ni nak habis. Hehe. Kalau tak, sebotol tu boleh tahan sampai hampir setahun. Sudah lah murah saja kan, tahan lama pulak tu.

Berjasa betul ni 😍

Kalau dia jatuh, ini lah ubat yang dia mintak tu 😃

Sampaikan bila bau minyak Yu Yee saja, terus teringat bau anak-anak. Memang bau ni sangat nostalgik, ini lah bau yang mana yuyu dengan Habib masa dalam hospital dulu, ini lah bau yuyu sapu di perut anak-anak hampir setiap malam, ini lah bau yang dah hampir 3 tahun dengan yuyu. 

Korang pun mesti selalu juga kan dengan minyak Yu Yee ni?


Happy boy!


Sapa lagi yang guna minyak Yu Yee? Geng yuyu!


Terima kasih sudi baca



Luv,

SHARE:

2 comments

  1. Betul Yuyu, especially anak lelaki senang dapat kembung perut jadi minyak Yuyi penyelesaiannya.. alhamdulillah..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig