Tuesday, September 12, 2017

Minggu Demam Sekeluarga

Assalamualaikum

Sambil taip entry baru ni, sambil mata rasa macam nak tutup saja, hidung gatal, badan lemah. Bersokseksoksek dengan air hidung. Seminggu ni, memang minggu tak sihat kami satu keluarga. Dari Affan sampailah yuyu sendiri demam selsema.

Kifarah dosa, insyaAllah.

Mulanya, emak mai rumah, dengan demam selsema. Yuyu dah tak sedap hati dah, tengok emak asyik dukung Affan & Habib, siap peluk cium. Kang ada juga berjangkit ni, tapi, insyaAllah takdak apa-apa kot, sedapkan hati.

Stock lemon dalam peti sejuk, belambak-lambak, untuk mandi lemon. Minggu ni, kami satu family memang bau lemon je la :p


Sekali, emak balik saja Langkawi, esok tu Habib demam panas. Ya Allah. Sedih tengok dia sambil ketaq-ketaq lutut dia. Tak pernah dia demam suhu jadi 39.1celsius. Merengek saja sepanjang hari, pegang dia sikit pun, dia nak mengamuk meragam. Affan tersadai sorang-sorang bawa diri.

Sehari saja Habib demam. Alhamdulillah. Lusa tu, suami pulak selsema. Bersin seharian. Alamak, suami pulek selsema, tengok dia dah lembik semacam ja. Jadi, yuyu tak dapat buat kerja apa-apa, memang jaga budak dua orang tu siang malam. Esok tu dah mula rasa Affan pulak yang panas.

Tengok pulak Affan demam, adoi, sedihnya....

Sudahlah kecik lagi. Berair hidung dia, mata merah berair juga. Panas dia sampai 39.1celsius. Setiap masa bertukar kain jelum kepala. Asal kain macam dah tak basah, terus basahkan lagi kepala dan badan dia. Main air lemon selalu. Sapu ubat bawang puting, pakaikan stoking.

Alhamdulillah, hari ni dia dah sembuh, selsema pun tak ada. Syukur lah.

Tapi...

Yuyu pulak yang start rasa nak demam, hidung pun dah berair dah. Kepala pening. Mata malas buka. Bersin berjuta kali. Alahhh.. Cepat-cepat makan panadol Soluble, taknak makin teruk. Dah ada anak-anak ni, kita kena bertindak cepat lah kalau dah nampak nak sakit kan. Taknak lah nanti anak-anak berjangkit pula.

Dah habis makan ubat, yuyu hirup pulak sup ayam, makan buah kiwi yang kaya vitamin C, minum air panas untuk hilangkan selsema. InsyaAllah lah kot, sat lagi sembuh lah sikit-sikit. Amin..

Sepatutnya, pagi tadi ada photoshoot di Karangkraf untuk edisi special majalah Jelita, tapi sebab suami dari semalam sakit badan tak boleh drive, Affan demam selsema, Habib pun baru lega, terus postpone ke 18hb. Nasiblah postpone, rupanya, yuyu sendiri yang sakit pulak hari ni. Fuhh... Kalau takkk... Photoshoot selalunya satu hari, tau! 

Cuma, tu lah, kita bila dah berpenyakit, demam ke atau selsema, tolong lah, jangan bagi anak-anak kita dekat. Salah yuyu juga, sebab nak jaga hati emak, anak-anak yang tanggung sakit. Bila kita sendiri demam, bagi lah suami yang jaga ke, jangan penting diri tak jaga kesihatan budak kecik. Kesian dorang menanggung. Kita yang tua bangka ni tak apa, sakit kita boleh urus diri, dorang ni yang kecik, tau menangis saja lah.

Kalau tau dah hampir-hampir sakit, cepat-cepat ikhtiar untuk sembuh. Makan makanan yang penuh protein & vitamin C. Masa anak dara dulu tak apa lah, sakit saja boleh terlentang satu hari di katil, sekarang ni, buat tebiat macam tu, berlapar lah suami & anak-anak tak makan,  bertimbun lah pinggan di sinki.. :p

Okay lah, saja ja update sikit entry baru, sambil tunggu gambar habis transfer. Hehe. Nak sambung rehat sat. Harap tu, bangun tidur sat lagi, banyaklah tenaga. Sementara suami tengah jaga Habib & Affan ni.

Terima kasih sudi baca :)
SHARE:

10 comments

  1. demam dan selsema memang tak boleh ambil ringan..nanti berjangkit satu family..siapa nak jaga kalau tunjang keluarga pun sakit sama..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya cepat sembuh ye sis :)

    ReplyDelete
  3. Siannya. Moga cepat sembuh yuyu dan family!

    ReplyDelete
  4. samala yuyu..anak ena pon baru baik demam dah seminggu.. ni rasa maknya plak nak demam. :(

    ReplyDelete
  5. Budak budak memang senang nak berjangkit kan.. Habis satu keluarga jadinya demam.

    Semoga yuyu sekeluarga cepat sembuh, baik dari demam.. =)

    ReplyDelete
  6. Betul kata yuyu. Dalam hal mcm ni, kena tegas. Sebab kalau tidak bertegas, buruk padahnya. Yg dewasa xpa, budak2 sakit ni bahaya.
    Semoga yuyu sekeluarga sihat hendaknya.

    Kesian yuyu and family. Semoga sihat hendaknya semua.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig