Friday, August 18, 2017

Plan Hujung Minggu

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Eh, tak sabar pulak nak tunggu weekend. Esok ja pun. Kalau zaman belajar dulu, weekend ja wajib ada di Mid Valley. Rasa market habis, ok. Belinya tak pun. Penat ja yang dapat, duit habis tahan taxi & naik KTM. Tak faham macam mana sanggup lepak Mid Valley setiap weekend dulu --'

Bila dah ada family ni, kalau boleh nak pergi mall ni, tobat aku malas nak pi time weekend. Tak sanggup berhimpit dengan orang ramai, bersesak nak order makanan, susah cari parking, belum lagi kes nak kat surau, nak tunggu giliran solat pun macam tunggu tarikh kiamat.

tapi esok ada event Thomas and Friends lah. 


Jadi, weekend yuyu paling best bila dapat duduk rumah, masak lebih untuk suami & anak-anak, petang tu buat D.I.Y facial treatment. Kalau sempat ambik gambar, yuyu try share dengan korang, k? Halah! tukar nama lah lepas ni, Yuyu Zulaikha, Your Favorite Beauty Guru. *nangishudabeauty*

Pasai apa tunggu weekend? Sebab rutin facial treatment adalah seminggu sekali, dan waktu paling sesuai adalah waktu lengang, manakala masak lebih pulak, dah setiap hari masak, weekend tu, bagilah chance yuyu nak membajetkan diri masak ala-ala master chef sikit. Halah! tukar nama Yuyu Zulaikha, Your Favourite Beauty Guru & Cute Chef pulek!

Maka nanti Chef Wan & Huda Beauty akan pengsan secara berjemaah...

tapi, weekend kali ni, rasa lebih excited, sebab tak sabar nak buat video tutorial lukis kening. Banyak sangat yang request, dari 2016 lagi, tak pernah buat sebab tak reti edit video, la ni husband offer nak edit video, ish, tersimpul malu tau, apa ni offer nak edit video ni, segan tau!

*cari tripod, kamera, eyebrow pomade seksiap*

okay lah, yuyu doakan weekend kita semua bermakna, amin, berbaloi lah lima hari penat cari makan bagai juara kan.

Terima kasih sudi baca :)
SHARE:

8 comments

  1. Akk pun tak suka pegi mall time weekends.. ramai amat manusia.

    ReplyDelete
  2. Esok kita keje. Lusa baru weekend. Selamat bercuti yuyu.😊

    ReplyDelete
  3. Done keluar semalam spend time dengan kawan2 tengok Bad Genius. Best sgt!!

    ReplyDelete
  4. cantik sangat Yuyu.... hehhe samalah zaman muda remaja wajib keluar tetiap minggu. zaman sekolah Cici suka KLCC sebab satu bus je dari umah hahaa. zaman study Cici suka Curve, sebab dekat dengan college. alang alang balik kelas, dating kat situ sekali =p

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig