Friday, August 25, 2017

Makanan Korea Halal. Mana Nak Dapat?

Assalamualaikum

Kami laki bini, spesis pasangan kerja sendiri, kerja kat rumah. Sweet tak? Jangan lah muntah warna warni pulak. Point dia bukan nak cerita pasal sweet, tapi nak cerita, weh, boring tau mengadap muka sama setiap masa. Haha.

Jadi, marilah sayang, kita pergi Halfest kat The Mines, kot-kot lah ada makanan baru kita boleh penuhkan lemari, kita makan tester/sample sampai kenyang, save bajet dinner, kata nak travel hujung tahun. lulz

Ini adalah kali pertama yuyu nak jalan-jalan di Halfest. Sebelum ni, asyik tengok Chef Wan update di Instagram dia saja, lepas tu kawan-kawan bawa balik makanan rare, selfie upload di Facebook. Eh, tahun ni, nekad nak pi juga Halfest!

Awal-awal terus pi booth 530. Nak cari makanan Korea Halal punya pasal. tak kira! tak kira!


Okay lah, sebenarnya, pi Halfest, niat paling murni adalah nak cari makanan Korea Halal. Mengimbau balik itu hari travel Korea, khenn. Dah tau di Halfest ada booth makanan Korea ni, Allah, gumbira kemahen hati.

K Food Shop ni adalah supplier yang bawa makanan Korea Halal ke Malaysia. Kalau tengok kat supermarket mana-mana ada makanan Korea Halal, hah, dorang lah yang bawa masuk negara kita sebenarnya. Siap ada Halal. Takda dah kecam-kecam lepas ni, k :p 

Masuk-masuk hall Halfest ni,  besaqnya! Ada banyak sangat booth. Banyak sangat makanan rare yang semestinya HALAL. insyaALLAH. 


Tapi, paling best tetap booth 530 tu lah. Confirm lepas ni kalau korang pi Halfest, memang lama di booth tu, booth paling buat kita nak beli semua makanan. Ish.


Haa! Cair tak hati?

Cuka Delima, Strawberri, Blackberri & Blueberri. Masam! tapi sangat sihat lah kan kalau siapa nak detox tu. Yuyu paling suka yang strawberri tu, walaupun masam, haish, sedap! 

Mee Udon & Ramen Halal. Terus amik sepaket. Malas cakap banyak. 


Teringin nak ambik Kimchi tu, tapi tak reti makan. Haha 

Rugi gila! Hari tu dah pegang ni siap ambik gambaq, lepas tu Habib panggil, terlupa nak beli. Sedih siot! 


Kami try ni, memang sedap! Paling best Honey Citron. Bayangkan madu ada perisa. Boleh buat jem & air. Halah. Ni pun lupa beli. Menyesal. Esok lah kot pergi sekali lagi. InsyaAllah :'( 

Huwargh! Teringat betul kat Korea. Time tu sejuk sampai mencecah tulang, lepas tu berkejaran mencari Banana Uyu juga, tapi sini ada perisa Strawberry & Melon. Dap! Siap Halal ok! 

Pepero ni kalau beli, mau makan senyap dalam lemari. Takut habis cepat. huhu


Tulis banyak-banyak pun tak guna kan, better korang datang Halfest je, lepas tu datang booth 530, beli bertimbun-timbun. Halfest sampai Ahad ni saja, rugi lah kalau korang menyiputkan diri lambat-lambat datang. Kang habis Ramen orang lain rembat, banana uyu yang sedap nak mamp tu korang nampak kotak ja.

Datang lah, 10 pagi sampai 10malam hanya sampai Ahad ni.

Bagi lah chance!

Yang berjaya dibawa pulang ke rumah 💜


Ingat tau, bawa lah semua dalam rumah tu datang Halfest, terus menuju booth 530. Beli banyak-banyak, time ni murr murr harga boleh dapat. Lepas hari Ahad, Halfest dah habis, takdapat lah lagi harga murah macam di Halfest


Terima kasih sudi baca :)

SHARE:

5 comments

  1. teringin nak try shin ramyun tuuu. susah jumpa yg halal :D
    kalau la dekat, memang berdesup pergi XD

    ReplyDelete
  2. Syedapnyee. Saya suka makanan korea .

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig