Wednesday, August 2, 2017

Diari Ibu : Nifas, Istihadah & Cara Solat

Assalamualaikum

Pengalaman bersalin dua anak ni, Alhamdulillah, yuyu dapat dua pengalaman. Masa bersalin Habib dulu, lain sangat dengan pengalaman bersalin Affan. Patutlah orang kata, kalau ada 10 anak, sepuluh-sepuluh dapat lain pengalaman.

Macam tu jugalah pengalaman yuyu dengan darah nifas. Lepas bersalin Habib, tempoh nifas yuyu normal macam ibu-ibu lain, dalam 30++ hari, terus solat macam biasa, dan tak pernah tahu pasal istihadah.

Sekali bila dah lahirkan Affan, nifas yuyu sampai Affan hampir tiga bulan. Selang 29hari, datang balik dalam sejam, lepas tu berselang berberapa hari pula. Lama kan? Bayangkan macam mana yuyu nak solat & emosi yuyu, aku ni normal ke atau penyakit apa, ke aku kanser? Nangis, tak sanggup bayang Habib & Affan duduk dengan ibu baru. Over ok ibu dorang ni.

Jangan kecam sis, sis nak share ilmu & pengalaman je 😛

Mula lah googled macam-macam, tanya ustazah, tanya sedara mara, kawan-kawan yang berpengalaman sama. Kalau sebelum ni, kita mana nak serius pun ambik tahu pasal istihadah, alah, darah kalau over dari normal period atau nifas, lepas tu, nanti mandi wajib, lepas tu solat lah macam biasa. pfft.

Tak. Tak. Bila sendiri yang kena, kelam kabut tak yakin dengan ilmu yang ada. Yuyu yakin, yang semua yang mengalami istihadah akan menghadapi perasaan yang sama. Ingatkan dah cukup ilmu ni. Jadi, kali ni, yuyu nak share sikit, apa yang yuyu dapat sepanjang yuyu mengalami Istihadah

Apa itu Istihadah

Kalau kes yuyu, yuyu didatangi nifas + Istihadah, sebab darah keluar hingga lebih 60 hari.
  • Darah yang keluar lebih daripada tempoh normal haid yakni lebih 15 hari
  • Darah yang keluar kurang daripada minimum tempoh haid yakni sehari semalam
  • Darah yang keluar daripada umur kurang sembilan tahun
  • Darah yang keluar lebih daripada tempoh normal nifas yakni 60 hari

Cara Mendirikan Solat Ketika Istihadah:

Yang ni awal dulu, yuyu buntu sangat. Nak kena mandi wajib setiap kali nak solat ke, atau ke berwuduk masa nak solat, ke buat macam biasa saja. Macam-macam pandangan yuyu jumpa, dan bila tengok penjelasan Ustaz Azhar Idrus, yuyu rasa lebih yakin, dan yuyu ikut cara ni:


Maksudnya, kita boleh solat dengan wudhu yang dah ada, melainkan keluar lagi darah istihadah tu. Contohnya, kita berwudhu untuk Zohor, tiba-tiba nak solat untuk Asar pula, ada darah keluar, jadi, masa tu kita kena cuci darah dulu di kemaluan kita, dan wudhu sekali lagi, tapi, kalau masa nak solat Asar tu wudhu kita masih elok lagi, check seluar dalam pun darah tak keluar, kita boleh teruskan solat.

Tapi, kalau darah istihadah kita keluar berpanjangan, atau asyik keluar, kita perlu cuci darah, letakkan kapas atau pakai pantiliner supaya tak bocor, dan berwuduk macam biasa. Terus solat pun macam biasa. Walaupun masa kita solat nanti darah tetap keluar, solat kita tetap sah. InsyaAllah.


Dalil Istihadah


"Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah perlu aku meninggalkan solat?" Rasulullah menjawab "Tidak, sesungguhnya itu adalah 'irq (penyakit). Tinggalkanlah penyakit pada hari kebiasaan kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat" [Sahih Muslim]


***

haa. Macam tu lah sikit sebanyak yang yuyu dapat sepanjang istihadah. Leceh tu tak payah cakap lah, tapi, disebalik tu, ada pengalaman & ilmu yang boleh yuyu kongsikan dengan korang. Alhamudulillah. 

Hampir 90 hari tau. Sampaikan pi klinik nak buat pap smear. Doktor berulang kali cakap, tak boleh buat pap smear, sebab kena tunggu darah berhenti dulu. Alahai. Doktor tak tahu ke saya ni siang malam nangis takut kena kanser. Haha. Suami dah pening dah asyik bagi kata positif setiap masa.

Padahal, biasa lah, Istihadah ni, berlaku, ada banyak sebab, mungkin sebab hormon baru nak stabil, ada juga sebab masalah lain juga, sekarang ni, syukur, dah check, semuanya ok, kemungkinan hari tu istihadah sebab hormon tak stabil. Baru lepas bersalin kann..

Terima kasih sudi baca :)
SHARE:

14 comments

  1. pernah kena masa lepas spm...pastu continue form 6 stay asrama.setiap kali solat kena cuci and tak boleh stay lama-lama dalam surau.takut darah keluar banyak.pantiliner memg sentiasa kena pakai.memang leceh tapi anggap ujian dari Dia.selalu kena time stress.btw, i'm still single ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. mungkin istiqfar takdapat hapuskan dosa kita :(

      Delete
  2. Ilmu baru yang boleh dipraktikkan kalau terjadi macam kes yuyu ni..

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan lelaki wajib tahu sebenarnya :)

      Delete
  3. Thanx for sharing. Kadang2 komfius gak.

    ReplyDelete
  4. Tq sharing. Info ni amat penting utk kita perempuan

    ReplyDelete
  5. thanks yuyu share.. selalu kompius dengan hal macam ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. Clear sangat perkongsian pengalaman istihadah yuyu.. lepas ni garap dah tak gelabah huru hara sgt dah.. ^_^"

    ReplyDelete
  7. Thanks sebab share. Walaupun leceh nak salin pantyliner banyak kali, In shaa Allah ada ganjarannya dekat sana. :)

    https://noveltyme.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Good sharing for preggy mummy hihi

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig