Thursday, August 17, 2017

Apa Impian Yang Dah Tercapai?

Assalamualaikum

Tahun ni yuyu dah 28tahun. Rasa awkward ok umur ni. Best memang best, tapi, hmm, macam takut pun ada, tau tau dah nak masuk 30an. 

Yuyu ingat lagi, kecik-kecik dulu, yuyu suka sangat tengok kakak-kakak kat kampung yuyu pakai baju cantik-cantik galas handbag lawa, ada kereta sendiri, takpayah pergi sekolah, lepas tu pagi-pagi berebut keluar kerja. Masa tu nak ja cepat jadi besar. Tolong lah ALLAH. Apehal lama sangat, aku ni baru enam tahun.

ambik gambar dari tepi, taknampak pipi terlebih isipadu sangat. tehee


Lepas tu, bila dah 28tahun ni, eh, macam nak patah balik jadi enam tahun. Apa ja yang best sangat 28tahun ni, entah. Korang best ka? Apa impian korang yang dah tercapai, dan apa yang korang impikan selama 5tahun akan datang ni? Kalau yuyu,

Impian yuyu...
  1. Kahwin umur 27tahun ✔ 
  2. Kahwin dengan Zac Efron sebelum 21tahun
  3. MBA-i sebelum 28tahun
  4. Ada business sendiri sebelum 30tahun ✔
  5. Ada anak masa umur 28tahun ✔ 
  6. Ada rumah sendiri sebelum 30tahun
  7. Bawa family umrah/haji sebelum 30tahun
  8. Ada PhD sebelum 35tahun
  9. Ada RM1,000,000 sebelum 30tahun

ha.ha.ha. Tiga saja yang tercapai, selebihnya macam nak mampos berusaha ni. Yang Masters tu alahai, ni dah 28tahun, register pun belum. Baru nak register, pregnant pulak, lepas tu dah bersalin, eh, anak aku fully breastfeed lah. Takkan nak bf time kuliah depan lecturer. Tak pasal-pasal kena kecam. 


VIRAL : Blogger Malaysia Menyusu di Khalayak Ramai. 😏


InsyaAllah lah, yuyu akan register untuk MBA-i dalam masa terdekat. Apa pun, kena bagi Affan 6 bulan dulu, biar dia boleh makan solid food dulu kan. Mungkin yuyu ambik yang fulltime, boleh habis dengan cepat. Kalau part-time, 2tahun kena hadap. Tak boleh. Tak boleh.

Boleh ja tak ambik MBA-i & PhD memandangkan yuyu ni kerja sendiri, buat bisnes sendiri, tapi yuyu jenis suka cabar diri sendiri untuk buat apa yang perempuan berjaya boleh buat. Alahhh. Geli pulak ayat, ajet-ajet tau Yuyu Zulaikha ni :p

Yang selebihnya tu, kita sama-sama doa dan tengok lah ya. Menjadi ke tidak. InsyaAllah. Korang macam mana? Semua menjadi ke, atau lebih kurang juga macam yuyu?


Terima kasih sudi baca :)
SHARE:

20 comments

  1. samalah.. tak sangka dah nak masuk 30 an. tapi target banyak lagi tak tercapai. Harap tahun depan semua list dapat dicapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn! teringin sangat tercapai semua, tapi Masters tu... hahahaa

      Delete
  2. Lamanya yuyu menyepi.. Tapi tiga hari ni, hari-hari nampak entri yuyu.. Hye yuyu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab sekarang tengah free, tunggu product sampai je :p

      Delete
  3. Replies
    1. buat lah, nanti lagi jelas apa plan kita :p

      Delete
  4. sarah baru masuk diploma bulan 6 ritu hahaha


    https://messarah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. nanti sambung belajar lagi tinggi terus k, jangan rehat macam akak :p

      Delete
  5. rabia nak sambung belajar pulak.diploma pulak..dah graduate sijil baru ni.InsyaAllah ada impian nak jadi guru tadika yg berjaya dan blogger yg berjaya

    robiahtul.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn! insyaALLAH boleh. asalkan usaha. :)

      Delete
  6. kak yuyu still nampak mcm sweet 17teen gituh ;)

    http://nrdlna.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Wahhh. Seronok sangat bila impian hidup ada yang dah tercapai. Moga terus sukses sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tapi macam tengah struggle juga ni :P

      Delete
  8. Teringat pulak pernah bawak kakak Aroush masuk dalam lecture hall. Masa tu tengah briefing untuk praktikal, dan pengasuh tak available that day, so angkut je sekali. Pastu dia buat konsert plak dalam lecture hall. HAHAHAHAHA. Kak yuyu boleh punya. chayok2 :-*

    Jemput baca bahaya Impetigo pada kanak2 : http://nurulatiqah.com/impetigo/

    ReplyDelete
  9. sernokkan dapat tick wishlist.
    Kita kahwin umo 26tahun belum tercapaiii..doakan kita yuyuuuu dapat jodoh yg baik wuwuwuwu

    ReplyDelete
  10. nak jugak buat list camni..dlm 10 tu entah2 satu jer tercapai..muakakaka :p

    btw, semoga Yuyu dpt apa yg dihajati..amin2

    ReplyDelete
  11. all the best Yuyu. Cici pun dah 26 tahun. ada benda yang tak dapat capai. Tapi tak menyesal pun. hehehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig