Wednesday, July 12, 2017

Rendah, Diejek & Penyelesaian

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya. 

Pusat dah terjojol ke overdose makan lemang? Baju raya hari tu muat lagi tak? Dengar kata bantai laksa 11 pinggan lepas tu tak paham-paham basuh pinggan sendiri. Kalau tak dah melebar, mohon stress siap-siap, ni Raya Haji dah nak dekat dah. Takut nanti sampai Syawal tahun depan dok menyesal lagi. ihik

Tak lah. Entry kali ni bukan nak upload gambar #OOTD baju raya pun, sebab ada beberapa baju raya yang tak pakai lagi. hehe. Tunggu sat na. Entry kali ni, nak reply satu email yang lama dah tak reply. Kali ni baru ada idea nak reply.

aww. semoga awak kuat ya lepas ni

Tak ingat pun nama adik ni, tapi, kak yuyu faham apa yang awak alami tu, sebab kak yuyu lagi lah dik, 138cm je. Sekali pandang, orang ingat budak sekolah rendah, padahal dah 28tahun, anak dua. Walaupun kadang akak suka, free je awetmuda sampai bila-bila, dik :P

Soalan macam mana nak hadapi bila orang mengejek pasal ketinggian ni, yuyu syukur sangat, sebab yuyu membesar dengan dikelilingi suasana kurang kena diejek. Maksudnya, pernah juga kena ejek, tapi jarang sangat.

Jadi, macam mana nak hadapi? Apa patut buat?


1) JANGAN LAYAN
Masa sekolah dulu, ada budak laki ni panggil "dekk.. ooo.. pendek!". Sakitnya hati time tu. Yuyu buat dekkk ja. Berulang kali dia panggil. Lastnya dia tanya "weh, aku panggil hang banyak kali, hawat hang buat taktau ja?".

Yuyu cuma jawab

"aik, bila masa hang panggil kami? tak dengar pun ada orang panggil nama kami"

Start dari tu, dia panggil ja nama yuyu, dan setiap kali orang cuba ejek yuyu, yuyu buat tak tahu ja. Kadang tu yuyu siap menjeling lagi. Cuma nak dorang tahu yang, hello, tak best kot nama tu. serius tak lawak mana pun. pfft.


2) TENANG
Chillek la. Kalau kita layan, memang sampai bila-bila kita sakit hati. Itu baru orang ejek, belum lagi yang spesis tengok kita macam kita ni alien. Sampai toleh kebelakang namblas kali. Belum lagi yang anak beranak tengok kita lepas tu dok sokseksoksek sekeluarga.

Serius weh. Dulu yuyu & suami pi Mid Valley, ada la satu family ni tengok yuyu atas bawah atas bawah, sambil mengata. Nak marah, dah bosan dah. Jadi, benda yuyu buat, rilek dan senyum ja balik kat dorang. Akhirnya, depa macam malu balik sebab usaha depa nak tengok alien ni, terbongkar. Alien ni tengok depa balik. --'


3) DOA
Benda ni paling boleh tolong kita yang spesis rendah ni. Satu masa dulu masa yuyu kat UIA, yuyu tak pernah diejek apa semua, tapi rasa tak konfiden dengan diri sendiri. Selalu bermonolog dalaman, satgi aku keluaq, segannya, orang ejek takpun orang pandang takbest, alaa, tak yakin betul nak pi kelas.

Tapi setiap kali tu lah, yuyu tadah tangan pada DIA sebab yuyu yakin, DIA saja boleh tolong. Setiap kali tu yuyu doa:

"ya Allah, berikanlah aku keyakinan. 
jagalah aib ku. 
bagilah semua orang rasa senang dengan aku"

Berulang kali. dan syukur, memang tak pernah diejek, dan yuyu selalu dilayan baik oleh hampir semua orang. Kecuali kes tak bertudung lepas tu orang panggil kafir IRK. Apa-apa ja la hampa ni.

haha. Nampak tak betapa seriusnya perasaan tak suka bila kena ejek tu, sampai berdoalah. Tolong lah, takdak sapa di dunia ni suka diejek kot. hoi gemok! hoi hitam! hoi papan! hoi kapur! Boleh berlaku kemalangan jiwa tau. *tipu*

Itu je lah kot untuk soalah pertama, dan untuk soalan kedua tu, baju kebanyakkannya yuyu cari dengan Radiusite, sebab depa selalu ada baju size XS untuk petite. Cuma alter labuh ja. alah, kerat bodo-bodo dengan gunting ja pun kat bawah dress tu.

Kalau kasut pula, yuyu takdak hal, sebab size 4 atau 35, selalunya size ni belambak di market. Senang cari. Cuma, yuyu suggest, kalau yang bersize 3 tu, carilah dengan Vincci atau MediSpa, sebab dua ni atas yang sediakan kasut untuk size 3 atau 3.5

Harap ni sangat membantu untuk spesis rendah macam yuyu. Yuyu sendiri 138cm sahaja. Yuyu happy dengan ketinggian yuyu, bagi yuyu, itu unik. Best okay jadi rendah, cuma yang tak bestnya bila orang ejek & pandang alien tu lah. Alahai, tapi, yuyu dah muak dah benda-benda ni. Paling tengok bila yuyu pregnant. Hello, laki aku bukan pedo okay,  kami sama umur la.

Selebihnya, syukur dengan apa yang Allah cipta. InsyaAllah, kita akan rasa, setiap inci diri kita adalah nikmat.

terima kasih sudi baca :)
SHARE:

20 comments

  1. Salam syawal yuyu :)

    Nice sharing. Masing2 Allah cipta dgn kelebihan & kekurangan masing2 kan...terima diri kita seadanya insha Allah kita akan lebih positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila positif, kita mesti nampak sesuatu tu best. :)

      Delete
  2. Kalau orang ejek, kunci dia buat tak dengar je..

    ReplyDelete
  3. wow sangat sangat saanngaaaatt memberi motivasi. big thumbs up to u

    ReplyDelete
  4. Saya pun rendah, 143cm je.. umur 24 tahun.. Now bermasalah untuk cari baju nikah..

    ReplyDelete
  5. kali pertama tgk yuyu live ms kt Tnjung Asam Penang dgn KBU...alahai kecik comeynya yuyu ni sbb dok tgk dlm blog nmpk mcm tggi2 ckit tp cute apa kecik comey.

    kwn akak pon kecik ja. laki tggi melayut tp bl p mn2 dgn akak n the geng dia akan nmpk paling muda pdhl sebaya

    ReplyDelete
  6. CCL pun lebih kurang sama jer dengan sis ..rendah dan bersaiz kecik , kadang penat nak menjawab soalan dari orang bila nak besar , bila nak besar , dah lali dengan persoalan diorang ,

    ReplyDelete
  7. SAYA 147 JE KAK YUYU..TU PUN ORANG STILL INGAT SAYA BUDAK SEKOLAH

    ReplyDelete
  8. Pendeklah comel sebab awet muda. Rasanya kalau yuyu pakai baju sekolah pun boleh lepas sebab muka baby face.

    ReplyDelete
  9. Betul tu..biarkan je org nak ckp apa tadah telinga je =)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Awet muda selalu tu best kan yuyu? Bodyguard pulak dah ada 2..hihi..

    ReplyDelete
  11. mak mertua saya pun jenis kecik orangnya..kalau nak pilih jubah atau sandal, saya pilih dibahagian kanak-kanak. Anak saya yg 7 tahun pakai saiz 32, mak mertua pula saiz 34..comel je rasa bila pilih sandal orang tua dibahagian kanak-kanak.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..... Syukur lahhh.... Allah maha kaya 😍

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..Nice sharing yuyu..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig