HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Tuesday, November 8, 2016

STOP Keganasan Rumahtangga!

Assalamualaikum

sedih sangat baru-baru baca pasal sorang bini ni kena dera teruk dengan suami binatang. sudahlah dia time mengandung pun kena dera, anak dia pun sampai berdarah gusi, siap suruh bini dia buat sex oral kat anak dia. ya Allah. menggeletar baca report. polis pulak buat bodo. dah kenapa hampa ni. bila viral baru ambik tindakan. cis --'

tapi tak guna la nak tuding jari kat sapa-sapa time ni. cuma, kena ambik perhatian. benda ni bukan satu dua kes kat tempat kita, malah, dalam sehari ni, di dunia, juga di negara kita sendiri, setiap saat, kes penderaan rumahtangga sentiasa berlaku. SETIAP SAAT. yes. macam nak lari pi Zuhal kan. tu pun kalau sana boleh makan roti canai setiap hari, kalau tak boleh, hehe, takpa lah, pi sat dah la :p

okay, berbalik kepada benda serius.

jadi, benda ni, kita takboleh pandang enteng. tolong lah. yuyu merayu kepada mangsa-mangsa penderaan rumahtangga ni untuk membuat tindakan pantas. jangan sampai diri sendiri hampir mati, dan anak-anak pula menjadi mangsa. serius yuyu SANGAT sedih bila melibatkan anak-anak kecik ni. anak-anak berhak hidup dalam suasana positif.


takpernah ada manusia yang impikan keluarga tak bahagia dan disakiti. :'(


apa yang boleh mangsa-mangsa penderaan/keganasan rumahtangga (isteri) bertindak apabila berlakunya semua ni?



  1. paling tidak, tolong report pada keluarga terdekat. bagitau hal sebenar kat makbapak atau mertua, atau pada abang. sapa-sapa lah yang rasional. yang bila kita report, dia tak terus melulu datang lepuk suami tu. 
  2. kongsi dengan jiran yang dipercayai. setidaknya, kalau dia dengar benda pelik di rumah kita, dia boleh datang tolong dengan cepat.
  3. berbincang secara tegas dengan suami. tolong buat tindakan yang tegas. kita sebagai wanita bukan kain buruk boleh campak, balik, pijak. ewah kau. mentang kau kuat, nak buat senang-senang pulak kan. bincang lah. buat sesuatu yang sangat tegas. bukan untuk kepentingan diri sendiri, tapi, ini juga untuk masa depan keluarga.
  4. bila keadaan jadi agak tak boleh dibendung, tolong report POLIS. yes. ada orang kata, report kat polis pun tak guna. cuma, perlu ingat, tak semua polis teruk. kebanyakkan polis yang yuyu kena, penuh kasih sayang. 
  5. boleh call terus talian NUR di 15999. serius dorang buka 24/7. setiap masa insyaAllah boleh call. buatlah aduan. setidaknya, kita telah selamatkan rumahtangga kita.

insyaAllah benda-benda ni kalau diambil tindakan dengan cepat, maka, masa depan kita dan anak-anak boleh lah terjamin sikit kan. memang lah macam senang ja lah hang taip kat blog, aku yang kena ni, bukan senang nak buat semua tu. kang sat gi, aku buat, kena lagi teruk. jenuh.

ada juga orang kampung yuyu, yang selalu sangat kena dera dengan suami. sampai, anak-anak yang kecik lagi pun kena juga. dia kena bukan setakat kena penaboh ja, siap kena terajang terpelanting ke dinding, kena tumbuk lebam pipi mata mulut, kena hentuk kepala kat lantai, anak pula nangis, si suami terus terajang anak. 

aku yang dengaq ni, maki lah boleh buat! geram ya Allah. apa lah binatang punya manusia macam ni!

sampaikan satu hari, dia tak tahan sangat (dia selalu mengadu kat emak yuyu), dia suruh emak temankan dia ke pejabat agama. buat report, dan cerita habis dari A sampai Z. satu hari, dua-dua suami isteri kena naik mahkamah. sementara tu, orang kampung yuyu tu duduk di rumah kakak dia. tak tahan dah kan, asyik kena ja berbelas tahun.

hari kena bicara tu, apa yang orang kampung yuyu tu buat (selamat lah suami dia datang juga mahkamah)? dia buat perjanjian di mahkamah, kalau sekali lagi suami dia belasah dia, maka, jatuh talak. Alhamdulillah. memang suami dia dah tak belasah dia dah, tapi masalahnya, suami dia belasah anak-anak pulak. Allah!

menyirap betul aku! tolong lah, buat lah sesuatu. sayang mana pun kita pada suami kita, tapi, kalau dah macam ni caranya, fikirlah yang terbaik untuk masa depan anak-anak. biar anak-anak membesar dalam keadaan positif. jauh dari keganasan. 

fikir lah untuk anak-anak. jangan sampai kita sendiri yang mati. entah-entah anak-anak pun mati. tolong lah. merayu sangat. jangan pandang nanti kita ditinggalkan suami sebab bertegas atas kejahatan yang dia buat, biar ditinggalkan, asalkan hidup kita tak mudarat, hidup anak lebih cerah. mungkin ada yang fikir pasal duit. insyaAllah. ada rezeki luas untuk yang dianaiya. amin.

kita pula sebagai orang terdekat mangsa, mungkin sikit sebanyak, kita sendiri boleh buat report. bukan busy body, kita cuba membantu, menjadi orang yang peduli. semoga usaha kecil kita, dapat membantu kehidupan orang lain.

tolonglah, share entry ni dengan sapa-sapa yang mangsa, dan jadikan pengajaran, buat kita sendiri juga. 

terima kasih sudi baca :)

17 comments:

  1. Nanti saya baca.
    Nak keluar makan dulu.
    Harap2 tak lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. awak dah baca ke belum :p

      Delete
    2. Yuyu, saya dah baca 6 nov hari tu. Ziarah lah blog saya pulak:

      http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

      Delete
  2. Beruk mane la yg jd mnusia ??? Beruk pn xbuat mcm tu kat kluarga dia. Binatang btol !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihkan hidup bila jadi macam kain buruk :(

      Delete
  3. Saya yang baca ni pon menyirap jugak darah ni! Haishhh kesian kat isteri n ank2.. semua org pon impikan keluarga bahagia...hmmm

    ReplyDelete
  4. suami dan isteri perlukan didikan agama. Bukan kawen utk nafsu semata-mata.

    ReplyDelete
  5. kes macam gitu laa buat perempuan (macam saya) takut nak kawin takut nak kenal lelaki sbb masa bercinta kemain lembut sayang cinta aduhaii sayang T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh. jangan takut kawen. haha. better kenal dulu pasangan. panas baran ke tak. lepas tu, selebihnya, doa banyak!

      Delete
  6. geram bila baca benda yg melibatkan penderaan wanita. dulu pernah baca novel based on true story mmg menyiraplah. sampai hati betul buat mcm tu. dahtu bila buat report ke pihak sepatutnya langsung tak kena peduli. tskkkk :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. sedih bila polis tak ambik berat benda ni. :(

      Delete
  7. Sekali dah naik tangan memang akan berulang,so better tinggalkan aje suami haram camni. move on, Allah beri rezeki melimpah ruah buat kita dan ank,

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU SANGAT! saya selalu pegang prinsip macam ni. jangan sampai diri kita mudarat, anak kita tak terbimbing nanti

      Delete

terima kasih sudi komen :)