HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, November 14, 2016

Smartphone Canggih Bawah RM1,000

Assalamualaikum 

meh sini yuyu bagi cadangan untuk sapa yang nak handphone canggih, interface smooth, design lawa, tapi harga mampu-beli. selalunya, kalau handphone yang macam yuyu akan suggest ni, mesti yang lain dah RM1k++. serius. tapi, yang smartphone yang yuyu akan review ni, harga dia bawah RM1,000.  memang time ni lah kita kena bijak memilih.

apaklah murah!

hari tu sebenarnya, yuyu pernah review adik dia. hehe. kali ni, kiranya, abang dia dah lah. mempersembahkannnn.... *drum rolls please*


ZTE Blade V7 Max
yang hanya RM999. serius boleh beli sorang satu kat adik beradik


apa yang hampa akan dapat dengan smartphone bawah RM1,000 ni?

secara peribadi, pasai apa yuyu suka sangat ZTE, sebab, walaupun dia canggih, design lawa, tapi tetap harga murah. dulu selalu pening juga, aku dah la buat dua tiga bisnes, kalau pakai satu phone, jenuh mampoih phone tu. nak beli dua tiga biji, tapi, mahai. nak beli yang mampu-beli, alahai, lopek la pulak

lepas tu, masa pakai ZTE Blade V7 Lite, puas hati sangat-sangat. start dari tu, memang percaya dengan kualiti smartphone dari ZTE. dan tak habis-habis selalu suggest dekat kawan & sedara mara yang mencari phone. sampai depa ingat yuyu kerja dengan ZTE. haha.

kali ni, bila guna ZTE Blade V7 Max untuk kegunaan blogging punya business, haa, ambik hang! paling yuyu suka adalah:


Design
takboleh nak move on lah part ni. benda awal dok cerita kat orang mesti dia punya design. haha. design dia sangat simple, dan color tu, gold okay. nampak simple dan mewah. haa. bagus. suami kata, kalau orang tak tahu harga dia, tengok ZTE Blade V7 Max, mesti orang ingat harga dia lebih seribu. orang mesti tak percaya dia murah yakmat.

la ni dah ada pilihan dah. dah ada kaler silver untuk yang minat silver.

dan sebenarnya, phone ni full metallic body tau. takdak pun plastik ka apa ka. haa. hebat kann. dan sangatlah nipis, 7.2mm saja. kalau letak kat pocket, memang tak maka ruang mana pun.


Multifunction Fingerprint Sensor

kalau ZTE Blade V7 Lite hari tu, sensor dia di belakang, kali ni ZTE  Blade V7 Max punya sensor ada di tepi. sangat senang nak unlocking yang hanya amik masa cuma 0.3saat. alahai.  iphone yuyu tu pun tak sehebat ni :p

dan fingerprint sensor ni bukan setakat nak unlock phone, tapi boleh diguna untuk jawab call. jadi, tak perlu slide ke atau tekan apa-apa, kita cuma pegang kat fingerprint sensor tu saja. selain tu, dengan sensor yang senang nak pegang tu, boleh untuk ambik gambaq. pegang ja kat sensor tu, terus amik gambar. haa. senang kan!

paling best, boleh slide phone guna sensor tu. boleh ke atas atau ke bawah. in case lepas ni korang dah beli ZTE Blade V7 Max ni, try lah baca belog yuyu, nak scroll up & down, guna sensor tu je :p sebab tu lah depa panggil sensor ni 'Multifunction'


lawa kannn 


Gambar
ini gambar dari camera ZTE Blade V7 Max. walaupun anak yuyu bergerak kemahen, tapi tetap juga dapat focus gambar tu.

memang gambar dia lagi puas hati dari phone lain yang yuyu guna. bila gelap, takdak lah noise teruk. kalau objek bergerak pun, still dapat fokus dan sharp je gambar dia. tu yang yuyu suka sangat. jadi, phone ni, dah macam camera SLR yuyu pulak. haha. lepas ni, kalau nak travel, tak perlu bawa DSLR ka apa, phone ni pun dah cukup. insyaAllah.

memang phone ni jadi phone selfie la memanjang. lolxD


bagi yuyu, yuyu amat sarankan lah korang guna ZTE ni. selalu tengok smartphone depa, mesti murah sangat, tapi sangat hebat. tak padan dengan harga. harga macam Lenovo ka, Huawei ka, tapi dia punya function dia, lebih dari tu.  terus tak jadi tukaq iPhone 7 dah. hehe. ini pun dah sangat cukup untuk yuyu. insyaAllah.

kalau nak beli smartphone, make sure, dia memang berbaloi untuk kita guna. jangan sebab jenama saja, bayar sampai boleh buat downpayment kereta baru, tapi, fungsi dia, tak menang mana pun. senang beli kalau dengan Lazada. sekarang, harga dia cuma RM999, siap ada FREE Smart Cover + TPU Case + Screen Protector.  try tengok di sini : [ ZTE Blade V7 Max ]

semoga entry ni membantu sangat korang yang nak cari phone baru. ingat tau, pastikan kita laburkan sesuatu kena dengan kebaikan yang kita akan dapat.

terima kasih sudi baca :)

11 comments:

  1. Jahatnya ZTE. orrg takdan move on dgn hat adik. abag pulak buat perangai T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yuyu guna dua terus. satu buat number family, satu number bisnes.

      Delete
  2. Cepat betul upgrade phone ni sampai tak terkejar...huhu

    P/S: Jana pendapatan lumayan dengan Uber.
    Cara daftar di sini >> http://www.uber.hebahkan.com/2016/03/bagaimanakah-cara-mendaftar-untuk.html

    ReplyDelete
  3. aduhai.. bilalah dapat pakai fon baru ni.... steia dgn s4 jer dr awal dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa. yuyu dulu setia dengan S3mini sampai hampir 5tahun :P

      Delete
  4. huhuuhuhu.. macam2 hp skg x sempat nk kejar,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. yuyu setia dengan ni pun dah cukup :p

      Delete

terima kasih sudi komen :)