HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, November 28, 2016

Make Up Remover Apa Yang Best?

Assalamualaikum  

dah hujung tahun ni, alahai, dia punya busy kemain. draft yang kena hantaq kat client bertingkek-tingkek. event pulak, hampir hari-hari ada. syukur. Alhamdulillah. walaupun dah pregnant 5bulan ni, benda semua ni tak rasa penat sangat, rasa lebih enjoy. yuyu memang suka hari-hari yuyu yang penuh dengan 'sesuatu'. kalau free ja memanjang, adoi, aku mula lah rasa 'takdak life'

kalau cerita pasal event hampir setiap hari tu, muka ni, memang setiap hari lah bermakeup. tak sanggup pi event dengan muka sendu ni. haha. WAJIB makeup. itu yang selfie memanjang kat instagram tu. lulz.

kadang bila dah balik dari seharian event, hoi, penat dia tak payah cerita lah. lembik satu badan. nak-nak tengah pregnant ni. tapi, nak tak nak, yuyu takkan biarkan yuyu terus tidur dengan muka masih lagi bermakeup. yuyu akan make sure, yang kulit yuyu sentiasa bersih, dan hilang dari segala kekotoran.


benda ni bukan boleh buat main-main ya. once kau buat tabiat tidur dengan makeup, itu lah jadi masalah:

PORI TERSUMBAT PUNCA JERAWAT

sumpah taknak weh. muka kalau dah start berjerawat ni, kalau makeup, susah nak nampak smooth. nak tak nak, kenalah makeup tebal-tebal. jadi, dari awal lah kita bendung masalah kulit muka kita. langkah paling simple kita boleh buat, adalah dengan memastikan:
  1. jangan biar wajah bermakeup lebih dari 8jam
  2. kulit bersih dari kekotoran sepanjang tidur
alang-alang tu, lepas ni, kalau nak cari makeup remover, silalah pilih:





ada sebab kenapa kita mesti pilih Biore Perfect Cleansing Water. antaranya:

1) Water-based & Oil-free Remover

terima kasih team Biore untuk mencipta satu makeup remover yang serius senang gila hidup kau lepas ni. bayangkan lah formula dia water-base tak berminyak melekit supaya senang tak perlu bilas berkali-kali. 

first time yuyu tau tak payah bilas, macam syak juga, alah, kang rasa tak best nanti kulit, bila try sendiri, ya Allah, macam cuci muka dengan air ja. rasa ringan sangat kat muka dan tak perlu nak sental sampai habis kederat pun.


2) New Formula
ada dua formula terbaru dari Biore Perfect Cleansing Water ni, yakni Micellar Water & Japan Smooth Bright Technology dimana berfungsi untuk remove segala kekotoran , saki baki makeup dan lebihan sebum jauh ke dalam pori sambil menyahkan kekusaman kulit. jadi, sebab tu, dengan sekali remove makeup pun, dapat rasa macam cuci sangat.


3) Dua Pilihan
Ini adalah remover yang sangat menitikberatkan kulit, jadi, sebagai pengguna, kita tahu mana keperluan kulit kita kan. Ada dua jenis remover yang kita boleh pilih:

  1. Oil Clear : khas untuk wanita muda yang mengalami kulit lebih berminyak.
  2. Soften Up : khas untuk wanita yang mengalami kulit normal ke kering. yang ni pilihan yuyu!

4) Kelembapan
kita kena tahu, remover ni telah diinfused dengan Mineral Water dimana, akan memberi kita hidrasi yang mencukupi sambil melembabkan kulit. dah settle satu masalah kan. seharian dengan air-cond, paham-paham lah, kulit rasa macam nak mereput je --' benci betul.


5) Pelindung UV
yes. Soluble Collagen di dalam Biore Perfect Cleansing Water ni akan membantu mengatasi masalah cahaya UV yang akan membuatkan kulit kita supple je sepanjang masa. 


***
cara nak guna makeup remover ni sangat senang. cuma pump sikit di cotton pad, lepas tu, terus sapu cuci di muka. alahai. selama yuyu guna, berapa kali sapuan pun dah cuci. cuma kalau mascara yang waterproof tu, ambik masa sikit lah kann :)


i loike lah!


puas hati kannn. jenama ni pun senang ja nak dapat kat mana-mana supermarket & farmasi. sebab tu yuyu suka sangat kalau kita semua guna Biore Perfect Cleansing Water ni. sebab botol dia agak besar supaya tahan lama (300ml weh), yuyu buat satu idea, kalau nak keluar mana-mana, yuyu akan masukkan remover ni dalam travel case. senang. nak solat ja, boleh terus guna. takpun, habis je event, sebab taknak lama-lama dengan makeup, terus remover makeup. 


sebab best. tak perlu bilas dah

okay lah, kalau nak tahu lebih lanjut pasa Biore Make Up Remover ni, boleh terus tengok sini ya :





terima kasih sudi baca :)

8 comments:

  1. nanti boleh cuba brand ni pulak..:)

    ReplyDelete
  2. saya pakai air wuduk je. eh eh lupe plak kitew tk pakai make up hihi

    ReplyDelete
  3. salam. nak try la yg ni hihi mana tau seshuaiiiii kihkih

    ReplyDelete
  4. yeay !! kena try nih nanti.. hee~ walaupun kite tak mekap mana pon..

    ReplyDelete
  5. bestnya masa terisi...dan meke up remover tu pun best gak :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)