HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, November 28, 2016

Lebih Ceria dengan HP DeskJet Ink Advantage | World's Smallest Printer

Assalamualaikum

tengah-tengah free ni, meh yuyu share sikit pasal personal life yuyu. life yuyu sebagai seorang ibu khususnya lah. sebab sekarang kalau ada waktu free pun, mesti guna untuk melayan anak je la. hehe. kalau dulu boleh lah ajak suami jalan-jalan. la ni, takdak maknanya...

memandangkan yuyu kerja sendiri, uruskan product suplimen yuyu pun selalunya di rumah, dan blogging pun mestilah kat rumah ja kann, jadi, memang yuyu ni dapatlah menjaga anak 24/7. setiap masa dok tengok muka dia. Alhamdulillah. dapatlah nikmat tengok anak membesar depan mata. walaupun muka tu ja aku tengok setiap hari, tapi, serius tak jemu 

setiap hari, ada ja dia punya karenah. 

Habib ni suka melukis. menulis. pendek kata, kalau nak dia diam, hang bagi lah pen dan kertas. nescaya dia akan lukissssss ja kerja dia. senang kerja mak mak :p tapi sat ja lah, lepas tu, dia akan minta kita pulak lukiskan untuk dia pulak. takpun, dia suka tulis nama dia, nama ayah, nama yuyu. haha. itu yang lemah tu. ibu ni nak buat kerja sayang oi.

antara yang dia suka sangat lukis adalah (mengikut apa yang dia bagitau lah) :








haha. macam-macam lagi sebenarnya. dia pun suka lukis lorry. dia akan buat satu garisan, dan bulat-bulat kat garisan tu. lepas tu jerit "ouwi! ouwi!". apa-apa ja lahh :p

haa. semangat kann yuyu siap scan lagi. memang selalu lah, kerja yuyu ni scan apa-apa artwork (art lah sangat) Habib, lepas tu buat satu folder khas. aww. bila lama-lama, tengok balik hasil kerja anak, lepas tu perut ni rasa sejukkk ja. hehe. nak beranak seblas kali la

oo. bercakap mengenai scan-scan ni kan, yuyu suggest sangat korang beli HP DeskJet Ink Advantage All-in-One Inkjet. sebab ini adalah World's Smallest Inkjet printer tau. keciknyaaa lahai. dia macam dua kali ganda lebih kecik berbanding printer yang yuyu ada sekarang, tapi dia punya fungsi dia, tak nak ngalah wei! hebat betoi.

orang kata....

kecik-kecik cili padi :p

walaupun saiz dia dua kali ganda lebih kecik, lebih ringan dari printer biasa kita selalu tengok, tapi tetap dia dapat buat untuk :
  • copy
  • print
  • scan
dannn.. lebih hebat, dia boleh boleh print wirelessly. di mana, kita boleh print melalui mana-mana smartphone kita. tak kira lah iPhone ka, Samsung ka, Micosoft ka, apa-apa lah, asalkan ada handphone. hebatkannn :)

kadang tu, yuyu tengah buat kerja, tau tau dah bunyi je printer.. rupanya, suami tengah print dari phone kat ruang tamu. haha. dan, dia ada tiga kaler yang sangat menarik! 

yuyu punya yang tengah tu! Seagrass Green


tengah scan Habib punya artwork :p

nampak tak, simple je cara nak scan semua ni. lain dari lain :)


jadi, moment kesukaan anak yuyu, lebih bermakna la dengan adanya HP DeskJet Ink Advantage All-in-One Inkjet ni. alahai. cute kannn. tak pun, yuyu suka print je gambar dari Google untuk Habib warnakan. benda-benda ni nampak simple, tapi sebenarnya, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan anak. sampaikan setiap kali Habib nak buat benda yang dia suka, dia akan wajib cari yuyu :)


Google je "Printable Coloring For Kids" :p

Harap semua ni sangat membantu lah mak-mak untuk mempelbagaikan lagi aktiviti dengan anak. alah. printer tu tak mahal mana pun. RM379 sahaja! kalau nak beli, boleh terus beli online di sini:




nahhh, belanja sikit perangai anak yang suka betul aktiviti scan, print, copy guna HP DeskJet Ink Advantage All-in-One Inkjet ♥


terima kasih sudi baca :)

4 comments:

  1. salam, menarik juga HP printer ni kan, teringin jugak.. hahah tp kita dah guna CANON lah. huhuaaaa tp sama je boleh print guna wireless. btw, cantik warna dia. kita punya printer putih je semua, haha takde kaler2 mcm HP. huhu

    Jom singgah blog sy jugak hihi :) hamimahhamdan.blogspot.com

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)