HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Sunday, November 13, 2016

Pengalaman Paling Buruk

Assalamualaikum

apa yang korang teringat sangat sampai ke la ni, yang buruk?

benda buruk laju ja otak kita ingat kan. baru niat nak ingat, terus teringat. benda buruk yang yuyu paling cepat ingat walaupun tak lah seburuk-buruk pengalaman lain, tapi, pengalaman ni, entah lah, bila orang cakap pengalaman buruk ja, wajib terus ingat yang ni. mungkin melibatkan maruah kot. ewah. 

pernah masa tu baru darjah 3, sekolah petang time tu. ada sorang cikgu laki tu, dia paling lah garang di sekolah yuyu tu. ya Allah. garang dia tu, sampaikan kalau dengar tapak kaki dia pun, maka bertempiaranlah semua murid-murid lintang pukang mencari arah tujuan hidup masing-masing. gila kau. kang cikgu tu jeling ja pun dah buatkan kau kolera enam hari berturut-turut. hoi. garang dia jangan buat main.

walaupun dia tak ajar kelas yuyu, tapi yuyu sendiri pernah saksikan dia dengan dahsyatnya merotan student yang mencuri. belum lagi cerita kawan yuyu yang budak tu kena cekak 'telur' sebab sembunyi duit curi tu dalam spender. hoi. apa lah mai sekolah buat hal, sia-sia hang kena dengan cikgu tu.

jadi, satu hari tu, dok tunggu tokwan yuyu datang ambik yuyu kat sekolah, yuyu dan kawan-kawan melepak kat kelas paling dekat dengan pagar sekolah. boleh lah nampak tokwan kat luar tu kalau dia datang pun.

tahu-tahu, cikgu garang tu jalan nak balik rumah lah. eh, sempat pulak dia menoleh ke kelas kami lepak ni. Allah. nak kencing manis pun ada time tu. menggeletar seluruh badan kami semua ni. sebagai murid, mesti lah bagi salam kat cikgu kan. itu tanda hormat. 

Allah. dah bagi salam, dia senyum pulak, tetiba masuk kelas yang kami lepak tu. nak bertegur.


' waalaikumussalam. hampa buat apa sini? '

terus mata dia tajam tepat pada yuyu. seraya bertanya:

' hang darjah berapa ni? kelas mana? haluih sangat '
' darjah 3 ustaz. kelas 3 Melur '
' ooo. pandai noo. hang mai sini '


HANG MAI SINI???

adoi. apesal lah aku pi bagi salam kat cikgu ni tadi! entah-entah dah kencing manis ni! hampa tau dak dia buat apa? --'

dia angkat yuyu, lalu goncang badan yuyu, dan gelak sambil berkata


'dah la kecik, ringan no hang ni. hahahahahahaah'


ha. ha. ha. ha. aku gelak lah tak ikhlas. dalam hati meleleh air mata darah dah. kawan-kawan macam nak gelak, tapi macam tak mau gelak. adoi. cikgu ni. potong betoi lah. lepas dia turunkan yuyu sambil gelak tu, terus dia blah ke kereta dia. aku redha ja time tu. kalau itulah yang mampu membuatkan cikgu ada matlamat untuk hari ini. malu hoi. 


nampak ja macam besaq, 138cm jeww. 


nasib lah cikgu. nak tak nak kena hormat juga kan. balik tu takdak lah sampai nak bagitau makbapak suruh report kat guru besaq ka apa. hang nak mati, dok report kat parent, silap hari bulan, berbirat bekas gatah paip nanti.

apapun, dah nama guru kan. kena la hormat. tak fahamnya macam mana zaman la ni punya student sampai sanggup pancitkan tayar motor cikgu, sanggup pukul cikgu, ludah kahak kat cikgu, sampai berselisih dengan cikgu pun dah takmau bagi salam. ilmu tak berkat, dapat sejuta A pun tak guna dik oi. tak berkat. apa pun tak guna.

buruk teruk huduh mana pun cikgu, dia number dua lepas makbapak kita. kak yuyu hampa siap kena goncang dengan cikgu garang tu, takdaknya aku nak maki "haram jadah" ka apa. -_-

bagi yuyu, tu lah benda buruk paling pantas ingat. walaupun, ada ja lagi yang lebih buruk. abah meninggal. kena kejar dengan kerbau & anjing dalam satu masa. muka masuk paper untuk minta bantuan. tapi yang laju, tetap kes kena goncang dengan cikgu tu. haha. 

kalau ingat balik, lawak juga. nasib lah tak mengalami gegaran otak. cerdik la lagi. lulz. nasib lah takdak pakwe lalu time tu. jatuh market nanti. masa cikgu tu dah blah, kawan-kawan semua macam tukaq topik, masing-masing ajak beli makanan. entah-entah hampa gelak kat aku dalam hati? --'

terima kasih sudi baca :)

23 comments:

  1. Hanya mampu tersenyum sambil baca...
    aduhai...sampai mcm tu skali ya...
    kak nieyl so far x penah lagi la kena mcm tu..
    klu takat kena rotan dengan cikgu tu normal la...
    tapi klu mengadu ngan mak ayah...bersedia la...dapat extra rotan lagi ade lah..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. mungkin cikgu tu baru dapat bonus kot :p

      Delete
  2. dulu zaman sekolah jgn hrp dpt report dgn parents bagi tau pasal cikgu garang ke apa, siap parents kita pla yg marah balik kata kita yang nakal sbb tu cikgu marah... hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha lawak jugak dengaq kisah kak yuyu hihih nak tergelak, tahan jugak sbb anak2 duk tepi. takut depa hairan mak depa gelak sorang2. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Pengalaman buruk saya ni jadi masa kecik-kecik dulu. Bawa basikal laju-laju, pastu ada ayam jantan tengah jalan. Last-last nak elak dia, basikal terbabas, jatuh, kepala berdarah kena jahit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh. macam yuyu juga! tapi tak berdarah la kepala :p

      Delete
  5. adess camgitu sekali dia buat ;D sabo je la ek

    ReplyDelete
  6. MD pulak masa baya2 yuyu tu selalu kena tarik rambut ngan cikgu BI.. Masa tu rambut panjang sampai ke montot.. Lebat pula.. Memang setiap kali kelas BI, sir lalu belakang tarik rambut kite.. Gugugu~

    ReplyDelete
  7. cikgu tu geram dengan yuyu..comel sangat

    ReplyDelete
  8. Saya ade seorang cikgu mcm tu waktu skolah rendah���� #mengimbaukenangan

    ReplyDelete
  9. Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    +++++
    Assalammualaikum! Ini bukan spam! Matlamat hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
    Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
    Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
    hormatnya
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Banyak juga kenangan buruk saya dengan cikgu.. tapi tak sangka juga kenangan tu menjadikan saya juga sorg guru..

    ReplyDelete
  11. sb comel kot,,,sb tu cikgu x jd nk denda,,.heheh3

    ReplyDelete
  12. Parents skang mcm tk prnah skolah dlu. Ckgu mrh ank depa, mula nk komplen. Mak pak dia dlu buat gtu jgk ka? Klau kami, lama dh tlg tibai skali..

    ReplyDelete
  13. Hahaha... kelakar betul.. tapi, kalau kena kat saya pun boleh terkena kencing manis jugak..hehe

    ReplyDelete
  14. muja lak, pernah lompat dari pentas lepas amik hadiah menang pertandingan bercerita. sampaikan tak boleh sambung peringkat seterusnya sebab cikgu takut muja buat lagi sekali macam tu. rugi betul. hehe

    ReplyDelete
  15. heheh. klakar la yuyu . boleh pulak cikgu tu agkat yuyu

    ReplyDelete
  16. Haha.. kelakar jugak citer ni Yuyu...nasib baik dia tak lambong satu kali..hahah

    P/S: Jana pendapatan lumayan dengan Uber.
    Cara daftar di sini >> http://www.uber.hebahkan.com/2016/03/bagaimanakah-cara-mendaftar-untuk.html

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)