HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Sunday, October 16, 2016

Apesal Dah Tak Blogging?

Assalamualaikum

Rata-rata tengok blogger masing-masing dah maleh nak blogging. sebab medium paling up la ni, Instagram la kan. eh, budak 8tahun pun dah ada Instagram okay. tak boleh hadam betoi. dulu kak yuyu 8tahun dok masak pasir main mak-mak. petang tu naik basikal dengan kawan-kawan keliling kampung sampai Maghrib.

time hujan ja, balik rumah laju-laju, cari longgok baju, berkubang dalam tu. nanti dengar lah suara bagai halilintar. takde maknanya masa 8tahun nak selfie time hujan, post kat Instagram buat ayat deep "biar hujan membawa kesilapanku, biar matahari bangkit membawa semangatku" 

terjun tingkat doblas -_-

anak teruna dah besaq dah. dah 2tahun 6hari

apa ja life yuyu la ni?

anak pun dah lebih setengah ibu dia.


memandangkan sekarang tengah pregnant sekali lagi (haa. lama tak lama aku tak blogging, tau tau pregnant dah 4bulan. haha), jadi, aktiviti selalunya bermula dengan rasa nak muntah memanjang, lepas tu stress dok pikiaq makanan apa boleh hadap. pregnant kali ni ada masalah dengan makan yang gila kronik. 4bulan pregnant, baru tambah berat badan 400gram. aah. botol Pepsi lagi berat.

insyaAllah. kalau memang rezeki, due hujung bulan tiga tahun depan. doa lah, semoga semuanya dipermudahkan dan baby sihat membesar. amin.

sekarang ni, tak banyak sangat keluar rumah. malas pi mall, nanti mesti bau masakan. adoi. aku lemah betoi lah bau makanan ni. kembang tekak weh. time tu juga ajak suami balik rumah. itu lah kalau nak keluaq pun, tempat-tempat yang jauh dari tempat makan. tapi, kadang tu kena hadap juga. hmm.

selain daripada tu, sekarang amat-amat sibuk menguruskan bisnes Darayu. Alhamdulillah. dah hampir setahun dah buat bisnes ni. mula macam tak percaya ja dengan diri sendiri. sebab takdak background bisnes, tapi, terjun ja, lama-lama hang akan dapat rentak dia. tak payah pikiaq lah ada kelulusan atau background, asal ada doa, usaha, dan kemahuan, insyaAllah semuanya baik saja.

bab blogging tu, kadang-kadang rindu juga nak aktif macam dulu, at least, dapat lah share satu dua dengan hampa. tapi, kadang tu, malas. hehe. tak boleh buat apa la kalau dah malas ni. takpa-takpa sementara tengah banyak kat rumah, yuyu akan try lah share banyak-banyak kat blog okay.

aminn. doa tau. okay lah. nak reply order Darayu. meh lah order sekali. ihiks :p


terima kasih sudi baca :)

26 comments:

  1. tahniah yuyu... anak pompuan plak pas ni ye.
    BW kat sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnnnn! teringin juga sepasang. apapun, syukurr <3

      Delete
  2. Yuyu..saya singgah sini...

    Id ig nazirahnorazam kekadang komen kt ig yuyu guna business akaun ezyraclothing...

    Tatau la yuyu ingat x....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ninkomen kat IG pulak. InsyaAllah perasan 😍

      Delete
  3. Moga kembali aktif blogging syg! :) Kita rindu tulisan awaaaa

    ReplyDelete
  4. Lain feelnya blogging dengan ig ;) thniah ye untuk second preg ni . Insyaallah akan baik baik shj.. Same umo la ank kita tahun depan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lahh. Blogging ni puas! Tapi maleh 😂

      Delete
  5. Jom lah kembali aktif blogging kak yuyu.. I missed the good old days. Dengan blog la kita kenal kak yuyu. Hmm dah tak best sebab semuanya dah tak aktif blog mcm dulu kala. even saya. :( Yelah dulu semua anak dara mana ada tanggungajawab. Skrg semua dah mak dara.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awakkkk! Alaa. Rindunya zaman dulu. 😭 Kita selalu komen komen kann hmm. Seksrang bila dah ada anak ni, alahai, nak buka laptop pun susah 😅

      Delete
    2. Tahniah..Alhamdulillah on ur second baby kak yuyu. Yelah takpe faham je.Bestkan zaman2 jomblo kita. Sekarang semua dah berhusband. Hihi~ Lately sy mengalami keguguran. So demi nak mengurangkan kesedihan saya pun update new entry about miscarriage. Nanti bila free2, bila along dah tidur jemput2 la bw. :)(alonglah sebab dah nak dapat adik..hihi)

      Delete
  6. awak ni..dari jumpa.. ni preggy lagi.. masih macam tu jer..comel tak habes.. bagi sikit akak ni ha.. :)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. akakkkk! Allahh. rindunyaaa tengok akak komen! haha. dulu selalu blogging, selalu la dapat komen akak.

      Delete
  8. tahniah yuyu for second pregnancy take care of your self k. harap baby girl lak eh hihi...

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  10. Tahniah yuyu on 2nd preggy! Ha'ah finally ade jugak well known blogger mcm yuyu yg up isu pasal betapa payahnya nak ber'blogging' bila dah ada anak kecik tambah kita ni stay at home mom kan..kita la jg anak, kita la jaga rumah, kita la layan customers/client utk urusan biz. Mmmg xde masa kn yuyu, akak faham sangat keadaan tu :) Tapi kadang kita rasa nak share jgk something sbb menulis tu mcm satu terapi minda jgk kan..Anyway, let's just stay focus on our family and biz x gitu yuyu? Akak doakan semuanya dipermudahkan. Amin..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah
    tahniah yuyu take care dear

    ReplyDelete
  12. Sejejapan ja dah 4 bln dah yuyu pregnant kali kedua ni.. Semoga segalanya dipermudahkan utk yuyu sekeluarga.. Aminnn..

    ReplyDelete
  13. untungla yuyu, kurus. siap tak suka bau makanan. tak delah gemuk macam muja ni.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. nntk habib dapat baby baru.. tak sabar nak tengok baby march tahun depan.. InshAllah.. bukannye ape, say pon baby march jgak..hihikss

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)