HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Friday, July 8, 2016

Zwitsal's & Anak Tersayang.

Assalamualaikum

Habib Muhammad dah nak 2tahun. cepat kan? hari tu baru je tulis entry pasal pengalaman bersalin czer. hehe. 10 Oktober ni dah 2tahun. ya Allah, dia punya ragam, macam-macam. pening kepala ada, geram pun ada, kadang-kadang tu. tapi, macam mana pun, tetap rasa bahagia selalu bila ada dia. bahagia tu tak pernah rasa sebelum dia ada. 

jadi, apa pun mengenai anak, yuyu akan sebolehnya sediakan yang terbaik untuk dia. dari makanan, pakaian, hinggalah ke produk keperluan dia.

apa kaitan anak dengan Zwitsal? tengok lah pakej Zwitsal ni. alahai. kuning comelnya!


sebenarnya, brand ni adalah leading brand di Eropah sejak 100 tahun lebih. lama kan Zwitsal ni? bila tengok pada berapa tahun pun dah boleh agak lah bagus tak bagus produk ni. Alhamdulillah. baru ni yuyu dapat satu set penjagaan bayi Zwitsal untuk yuyu try sendiri pada Habib. 

best ke tidak? best baq hang! banyak benda yang yuyu nak highlightkan kat sini. memang puas hati sangat bila guna semua product Zwitsal. produk ni, diformulasikan dengan bahan semulajadi seperti ekstrak canola, susu, madu, saderi, kemiri dan lidah buaya. ada dua range yang mak-mak boleh pilih ; Classic atau Natural.


suka pakai Zwitsal Baby Bath 2-in-1 ni. dah la bau wangi, sesuai pulak tu guna untuk rambut & badan. senang kerja mak mak :p


sebenarnya, Habib ni, kulit dia agak sensitif. kalau salah guna produk ja, habis lah merah-merah pipi, lengan & perut dia. lepas tu jadi kering teruk. Allah. time dia bawah enam bulan dulu, lagi lahhhh teruk. sampai nekad nak kurangkan pakai sabun kat dia, takut weh. tak sanggup tengok badan berbirat sana sini.

susah nak cari baby care product yang extra soft formulation yang sesuai untuk kulit bayi senstif macam Habib. kalau ada pun, mestilah mahal sangat dan susah jumpa. tapi, kalau Zwitsal, tak perlu dah risau. memang formula dia extra soft sesuai amat untuk kulit bayi yang masih lagi lembut.

tapi Alhamdulillah, Zwitsal ni, sebab ingredients dia daripada ekstrak tumbuhan dan extra soft formulation tadi, insyaAllah lah, takkan ada reaction teruk untuk Habib. sepanjang la ni guna, takpernah ada lagi lah jadi merah-merah. siap rasa nak gigit dia selalu ja, wangiiiiiii :D

kalau Baby Bath 2-in-1 tu, depa siap dah buat hypoallergenic test, dan pH balanced lagi. jadi, memang sangat sesuai untuk bayi yang ada masalah kulit sensitif macam Habib ni. time guna pun, takkan pedihkan mata anak kita dan tak pernah la sepanjang guna Zwitsal ni bagi iritasi buat Habib yang kulit sangat sensitif tu. mak-mak pastilah yakin nak guna kann. 


terima kasih


kalau Zwitsal Baby Bath dia pula, sangatlah bagus untuk beri nutrisi membantu menjaga kulit untuk kekal sihat, halus dan tampak segar. dan takpak ibu dia geram nak gigit sebab bau sedap. haha.yang baby bath ni diformulasikan dengan susu & madu. kalau dengar pasal susu dan madu pun dah tahu, bagus untuk kulit kekal supple dan lembab sepanjang hari kan.

kalau yuyu, yuyu suka guna Zwitsal Baby Bath setiap kali mandi, manakala Zwitsal Baby Bath 2-in-1 selang sehari. sebab boleh shampoo terus kannn.

lepas dah habis mandi, time untuk pakai losyen dia, Allah! bau bedak sangat. hehe. Zwitsal Baby Lotion dorang ni membantu untuk melembabkan & menjaga kulit bayi untuk kekal sihat dan halus. suka kalau bagi Habib guna time dia lepas mandi, kulit jadi lembab lama. takda dah masalah kulit kering bahagian lengan & perut dia macam dulu.

sambil pakaikan dia losyen, sambil massage. suami panggil "urutan royale". ayah urutkan dia satu badan, dia pula dok macam raja, hulur kaki tangan je. haha. losyen ni, bukan untuk anak je, ibu dia pun pakai juga. macam mana tu? -_-

lastttttt sekali, adalah Zwitsal Baby Powder dengan haruman Fresh Floral. dan bedak ni juga sesuai untuk bayi kulit sensitif. sebelum pakai baju, lepas pakai losyen, lumur sikit satu badan untuk kekal harum sepanjang hari. bau dia, memang harum-harum bayi sangat. bila pakai, teringat macam Habib baru lahir. hehe.

bagi yuyu, yuyu syorkan sangat mak-mak untuk bagi produk Zwitsal untuk anak-anak. kalau bagus untuk kulit sensitif, maksudnya, kandungan dia pastilah terbaik kan. harga pun mampu-beli. semuanya bawah RM10 sahaja okay!


untuk yang tersayang :)


opps. sebelum terlupa, ada satu lagi, Zwitsal Baby Skin Protector Lotion! hey! mana boleh lupa ni. bagus yakmat. membantu sangat time nak balik kampung beraya ni. haha. lotion ni dengan Citronella yang mana bahan semulajadi untuk halau nyamuk. haha. aman lah balik kampung ni. kalau tak, jenuh berkungfu time nak tidur. satu-satunya di pasaran! mana ada macam ni :p

lotion ni juga ada minyak Chamomile untuk menyejukkan bekas merah-merah kalau anak kita gatal. bagi yuyu, mak-mak wajib simpan satu dalam beg lotion ni. please lah!

bagus kann. harap lepas ni, mak-mak semua dah boleh cari dah produk Zwitsal ni untuk anak-anak. kalau nak tahu lebih pasal produk ni, boleh juga terus tengok sini :







terima kasih sudi baca :)

13 comments:

  1. As Salam
    Kami susah plk nak dpt produk ni
    search kot2 sesapa juai online pun tak dak
    Indonesia ja berjabu
    blh hampa juai kot ...
    ka tlg beli ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk ni bleh daptkn kat mane2 wellness aeon jusco.. slalu sye beli kat aeon mall shah alam yg bru buka tu je.. 😁

      Delete
  2. singgah syawal

    http://kupukupukecik.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Barangan bayi rupanya. Comel. Saya ni jenis yang judge based on packaging. Kalau dah comel, isi bagus tak bagus belakang kira. Nasib baik kulit baby saya tak sensitive. Hahah. Diari Mommy Muhaimin

    ReplyDelete
  4. MENARIK NI..COMEL WARNA KUNING.
    10 Oktober ke birthday Habib? Sama dengan birthday daddy Dhia Dzal la :)

    ReplyDelete
  5. yuyu... ade jual travelling or starter pek macam dalam gambo tuhaa ke? yg yuyu dapat hadiah beg kuning tu? bole try.... (coz my 1yr old toddler son also cam habib laaa.... he got eczema/dry skin from me and my family dry/eczema skin history)

    ReplyDelete
  6. Susahnyaaa nak cari produk ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. masih mencari produk nie kew ??

      Delete
  7. Wahh! Nanti sy boleh try try untuk afia amani.
    Kalau tak keberatan, boleh singgah blog syam yea.
    www.sinashaari.com

    syam ada share beberapa tips untuk didik anak behave sejak kecik n terbukti 98%!

    ReplyDelete
  8. meh singgah blog saya...http://cahayawriter.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Jum singgah blog saya.. http://alkisahputeriafyra.blogspot.my/
    Kehidupan seorang bakal guru ;)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)