HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, October 10, 2016

C-Section atau Bersalin Normal?

Assalamualaikum

mana satu korang pilih?

pernah tak ada manusia yang pasang impian nak bersalin secara C-Section? memang ada, tapi rare la. rata-rata kalau dah pregnant, mesti berbuih mulut dok minta Allah mudahkan proses bersalin normal. pelik kalau tiba-tiba dia menadah tangan time tengah pregnant "ya Allah, bagi la aku beranak Czer dengan jayanya, aku takmau bersalin macam biasa". siap bergelinang air mata.

macam tu juga yuyu dulu. sepanjang proses mengandung, awal-awal dah doa supaya dipermudahkan proses bersalin. kalau boleh, nak sangat bersalin secara normal. time tengah mengandung Habib dalam enam bulan kot, yuyu pi buat antenatal check-up di private clinic yang bukan selalu kami pi, sampai di sana, gynae tu asyik buat muka pelik. last masa nak scan tu, dia cakap:


"kalau size awak ni confirm tak boleh beranak normal ni"


runtuh hati ni. terngiang-ngiang ayat tu sampai kiamat. terasa wey. tapi watlek je time tu. setiap hari juga, suruh suami tenangkan hati pasal hal ni. setiap hari juga lah suami cakap benda sama:



"cara mana pun, tu yang plan Allah terbaik, insyaAllah, boleh normal"


masa dah balik ke rumah, pi kat klinik biasa yuyu pi check-up, doktor pun bagi kata semangat:


"ada je patient saya sama kecik awak, tapi bersalin normal. kuasa Allah"


kuasa Allah. jadi, setiap masa berharap yang ada keajaiban untuk Allah mudahkan beranak secara normal. ko cakap la apa benda tips untuk beranak normal, semua yuyu buat. squad sampai nak patah pinggang, exercise, pilates, berjalan keliling Mid Valley KLCC Pavillion, semua dah buat. haha. last sekali, doa dan tawakal je la.

tapi, doa sepanjang sembilan bulan pregnant tu, tak dimakbulkan. yuyu yakin bukan sebab Allah tak suka, tapi Allah bagi cara lebih selamat. pukul 5:15pagi ketuban pecah, terus pi hospital. dalam pukul 9pagi, baby berak pulak dalam perut. lagipun size Habib agak besar untuk yuyu beranak macam biasa. kalau dok pulun push ja nak normal, akan mengancam nyawa anak pula

time tu aku dah tak terfikir pun nak beranak normal ke czer ke. asalkan semuanya berjalan lancar, dan anak selamat. time di hospital, ada nurse puaka pulak cakap


"apesal try normal eh? awak kan 138cm? mesti lah czer" sambil cucuk drip laju-laju

aku dripkan juga jerawat nurse puaka ni -_-' sabar je. kang cakap lebih kurang, dia merajuk taknak bersalinkan yuyu, jenuh pulak. aku emo je la sorang-sorang. sabar. sabar. haha

tepat 8:40malam, baru la Habib lahir. selamat. secara CZER. ya Allah. sumpah tak terfikir pun pasal macam mana dia lahir. czer ka normal ka, tak kisah dah. syukurnya bila tengok doktor bawa Habib suruh yuyu kiss da time tu. nangis dalam hati tau. kang meleles maskara, u'olls.

sebab dah kena epidural, memang tak rasa langsung sakitnya. kalau macam ni, bersalin sepuluh kali pun nak. haha. padahal ada yang siap pengsan. entah pape la korang nak pengsan bagai (tuuuu). malam tu, siap nekad nak tengok muka Habib je sepanjang malam. indahnya moment tu. taksangka sehari sebelum tu, perut kejap kejap dok mengeras.

belum sampai tengah malam pun, dah lali. eh. tadi kemahen kau nak nekad tengok muka anak lama-lama. ini dah lali. nasib lah Habib tidur je. menyusu sikit, lepas tu terus tidur. ke, yuyu tak perasan dia nangis, sebab dah lali? haha. cubit perut pun tak rasa apa, tampar peha pun rilek je. kebas.

esoknya. pagi-pagi lagi syoq pulak dok try cubit perut, ooo..dah mula rasa sikit. tapi kebas tu still ada.


tengok Habib membesar dengan baik pun, dah terlebih syukur dah


petang tu, ya Allah. bila sikit-sikit epidural tu menghilang, nak bangun pun dah mula rasa sakit. eh, apesal nak mengiring menyusu anak rasa macam siksa sikit ni. takpe la, sikit je. akak yang depan katil yuyu tu bersalin normal, dia macam rilek je, sebab tak kena 'potong bawah' katanya. bestnya. jeles pun ada juga.

esoknya tu pulak, bila dah sampai rumah, yuyu syak effect epidural dah totally hilang. nak tahu tak rasa dia macam mana? astaqfirullah! tak pernah rasa sesakit ni. jangan kata nak bangun, time terbaring, nak kesut 2milimeter pun sakitnya bagai parah berperang. bukan setakat sakit di perut yang tengah terjahit tu, sakit satu badan. belakang badan. tulang belakang. rusuk. perut. peha yang menahan rasa nak gigil. semua sakit. semua AZAB.

manakan lagi malam tu tak boleh nak tidur sebab anak asyik terjaga nak menyusu. siangnya tak boleh nak tidur juga. pagi-pagi lagi kepala dah pening, badan azab sangat. dari pagi juga lah tak henti-henti nangis. badan menggigil. lagi menggigil lagi sakit, tapi menggigil tu tanpa kawalan, jadi sendiri. teringatkan painkiller yang doktor bagi, makan sebijik, lepas tu baru lah sedap sikit badan. alhamdulillah.

itu pun tetap rasa sakit. cuma tak seteruk sampai menggigil. selang berapa hari, ulang alik hospital. dengan perut berluka lagi, kena juga lah berjalan bagai juara. anak punya pasal, apa pun tak kisah dah. yuyu tak rasa kalau ibu yang bersalin normal akan rasa apa yang yuyu rasa selama sakit tu.

dua minggu lebih rasa sakit tu tetap sama. dua minggu lebih weh. lepas tu, beransur okay sikit. dah habis bab sakit tempat czer, datang pula bab "angin" dalam badan. nak bertungku macam orang beranak normal, memang lah tak boleh. jadi, angin dalam badan ni banyak yang amat. nak tekan perut sakit. apa boleh buat? cuba bagi idea..

dah lah time tu yuyu tak buat DARAYU lagi. kalau tak insyaAllah membantu sangat lah masalah angin dalam badan untuk ibu bersalin czer kan (hari tu ada customer dalam pantang minum Darayu, lancar betul dia kentut, siap baby dia pun melawan kentut. haha). eh terpromote :p


tapi tu lah, time tu, azabnya, bukan time bersalin. memang time bersalin rilek je. tau tau doktor hulur anak je. tapi sakitnya selepas tu. bukan setakat sehari dua, malah, berminggu-minggu, berbulan kena jalan slow je. padahal orang lain yang bersalin normal, dah boleh lompat kijang.

malah, sampai sekarang, ada rasa lagi bekas-bekas sakit dia. kalau tersalah garu je, ngilunyaaa. bab gatal tu tak payah cakap lah, Habib dah 1tahun8bulan pun, parut czer tu gatal sedap. makin garu, makin sakit, tapi makin sedap. haha. tak faham perasaan ni.

yang penting, bersyukurlah cara mana pun kita bersalin. sungguh, tu lah cara terbaik untuk kita. tak payah lah nak cakap, "ooo. czer. ko tak rasa bersalin betul macam manaaa". habis czer ni bersalin tipu-tipu. memang tak sakit time nak beranak tu, lepas tu merasa juga. tak payah nak banding. dua-dua Allah sedia cara untuk bersalin, sesuai dengan kemampuan kita atau anak kita.

dua-dua ada cara sakit masing-masing. tak payah down sangat kalau tak boleh merasa beranak normal. sungguh weh. lepas dah beranak, kita tak terfikir dah beranak normal ke czer. anak sihat pun dah besaq rahmat. cuma, kita ni usaha ja la kan yang terbaik. tak payah pandang rendah pada yang czer. tak minta pun. cuma Allah tak izin ja.


terima kasih sudi baca :)

18 comments:

  1. Mek stuju dengan pandangan Yuyu. Ade orang dia beza2kan sakit tu. Kononya branak normal lagi berperang dengan nyawa. Bagi Mek, xusah cakap time branak la, time mengandung tu pn dah cukup hebat untuk seorang wanita. Tak payah tipu la best time pregnant walaupun tak kena hadap dengan morning sickness. Sure time nak tido tu rase jugakkan seksanya nak pusing kiri atau kanan.

    Ape2pn, seorang ibu tetap hebat. tak kesah la branak normal ke czer.

    ReplyDelete
  2. Lepas bersalin angin dalam badan mmg normal.. Cara nak buang angin masa dalam pantang boleh bertuam. Bertuam dan bertungku berbeza. Bertuam ni mcm panaskan batu sungai pastu tuam tuam kan je kat badan, celah peha, belakang badan. Elakkan kawasan czer. Tuam pelan pelan je. Takperlu tekan kuat sgt.

    Boleh juga minum teh halia nipis2. Itu yg mak saya buat kat saya masa dlm pantang. Saya pun czer. Berbengkung tapi tak ikat ketat2. Cuma sekadar ikat utk elak lemak geleber kiri kanan pinggul. Dan utk elak perut buncit juga. Masa dlm pantang bertuam je. X buat pun bertungku sb czer kan. X boleh bertungku, tuam tuam je.

    ReplyDelete
  3. Allah bahasa nye,panggil org puaka.

    ReplyDelete
  4. saya anak 1st n 2nd bersalin normal. anak ke 3 bersalin czer. memang berbeza. sakit normal waktu tu je. sakit czer lepas bersalin sebulan pun x hilang lagi. lagi2 kalau wound terbukak kalo x pandai jaga :p

    mana2 pun sama je. dah takdir Allah macam tu kita redha je. yg penting sihat ibu anak kan.
    jemput baca entri saya kat blog pasal pengalaman bersalin czer juga :p

    ynamazlina.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Cara mana pn kita bersalin,sama je.akak merasa dua2...czer dan normal.tu semua kehendak Allah.kita cuma merancang

    ReplyDelete
  6. umur saya dah nak masuk 23 pon mama kata sakit lagi. :'( besarnya pengorbanan seorang mama

    ReplyDelete
  7. best baca entri yuyu ne. walaupun saya belum ada pengalaman melahirkan bcoz belum kahwin tapi somehow berguna juga such info untuk saya...

    ReplyDelete
  8. Allah.....tertiba menitis air mata bace entry ni...sbb akak alami sendiri..sampai skung xleh lupa kata2 org kat kita..mcm kita ni nak sangat czer...pastu ckp kita bersalin xsakit macam org normal...lagi sedih kata2 tu smpai suami pun termakan sama...dok cakap kat kita...tu baru sikit..xrasa sakit bersalin normal...sedih tu tuhan je yg tau..dah la tgh menahan azab sakit lepas bius hilang...dgr plak kata2 org camtu...apa pun..syukur..setiap kali sedih..setiap kali tu juga ucap syukur sambil cium2 anak yang kita lahirkan tu...xterbalas perasaan gembira tu...terus nanti hati jadi tenang...alhamdulillah..anak kita sebaya tau yuyu...hihihih...

    ReplyDelete
  9. sama je sakitnya cuma cara tu berbeza.. huhu.. sape kata tak sakit? Allah je yang tau..

    ReplyDelete
  10. dd 3x bersalin normal dan terbaru, bersalin czer. normal tu memangla sakit masa nak beranak tapi alhamdulillah, bak kata yuyu..2 minggu pastu dah bleh lompat kijang. cuma tak berani je. ahaha.

    tapi masa czer tu, dd sakit sangat sebab dapat rasa doc kelar perut. doc tekan perut..rupanya bila dah delivered, esoknya doc bgtau diorg bg bius tak cukup dos. alaaaaa..patutla rasa sakit. dahla hazab tunggu epidural habis. effect morfin tu buat dd high sampai takbleh bangun sampai pagi esok. lepas tu 2 minggu berulangalik masuk wad sebab anak kuning tinggi. dengan sakit dalam lagi..lama jugak sakit tu. sampai skrg, dah masuk keje pun siap doc bg mc sebab baru ni pergi site, peranakan terhentak sebab naik 4 wheel.

    apapun cara bersalin, bg dd..kita tetap menanggung kesakitan. tapi disebabkan anak, sakit tu tolak tepi. lupa sakit tu..dan tetap tak serik nak pregnant lagi. hikhikhik.

    ReplyDelete
  11. normal atau czer sebanrnya itu rezeki masing-masing. bersalin ni pun rezeki yg Allah dah tentukan. tak boleh nak samakan orang tu dengan orang ini. kak Alycia Alhamdulilah dua-dua anak keluar normal. tapi memang tak boleh nak ingat sakit masa nak bersalin tu hanya Allah jer yang tahu.. cuma kita bersyukur dapat tengok anak yang dilahirkan membesar depan mata kita. Alhamdulilah..

    ReplyDelete
  12. Hai yuyu. Bagi eka, walupun eka bersalin normal. tapi eka anggap dua2 sakit tak terperi.

    Dgr cite kawan2 pon eka dah boleh rasa. Ada kawan kita, dia rendah jugak tapi badan agak berisi. Dia takleh bersalin normal sbb tulang pelvic dia kecil. Dia cerita pon kita dah ngilu dah.

    ReplyDelete
  13. hi yuyu.

    masa first baby, cici normal tapi 3rd tear. koyak rabak okay. kena follow up dengan specialist , maybe sampai setahun. tapi masa tu baru 8 bulan dapat tahu peknen lagi T_T. cici dah cakap dengan husband, akan ikut cakap doc. sebab dorang semua mesti tahu. doc kata boleh je proceed dengan pregnancy.

    teruskan follow up spital dalam masa yang sama checkup kat private clinic. specialist hosp mcm suggest czer. kesana sini mintak second opinion. doc clinic suh try mintak epi. tapi sayangnya spital ampang epi hanya opis hour saja T-T

    so last checkup I setujulah untuk czer. tapi stress dengan mulut orang lagi lagi dorang tahu elective czer. dok bebel je. lagi lagi makcik makcik lah. kononnya orang dedulu beranak normal je blablabla

    dalam masa yang sama doa setiap hari, i serahkan semua kat Dia. kalau normal yang terbaik, before tarikh czer tu bagilah baby keluar. kalau czer yg terbaik, i ikut jugak

    akhirnya czer jugak. dah 2 tahun dah pun puffy pie. ada hikmah. and dedua sakit hokayyy.(czer lagi dahsyat) cuma yg ke3 ni berharap normal. :D sekian.panjang nau komen I. ahahha

    ReplyDelete
  14. paham perasaan yuyu , sebab pipie pon same . degan ketinggian 143cm , ramai yang kate tak boleh normal . walaupon tak berjaya bersalin normal tapi dapat merasai 10jam contraction tu pon dah bersyukur .. Allah dah aturkan yang terbaik buat Hambanya . czer atau normal ade bahagian masing-masing . cuma kekadang sentap bile orang kate "tak sama Allah hapuskan dosa beranak normal and czer" kau sape nak tentukan dosa orang . Huh !!

    ReplyDelete
  15. bersyukurla walaupun korang "petite"korang boleh mengandung dan melahirkan,,xkisah la normal or CZER..saya yg petite ni x mengandung3 lagi la sedih...#belumberanakdakenapotong#bersyukurla

    ReplyDelete
  16. peritnya sakit bsalin czer hnya org yg mengalaminya je yg thu...huhu...sy pun ada sorang kwn yg pernah ckp yg sy ni kecik je...xleh bsalin normal ni...smpai skrg la kata2 dia tu melekat kt dlm kpala ni...

    ReplyDelete
  17. Samalah kita yuyu.. Akak pon bersalin c-zer.. Letih nak jawab soklan orang.. Asikla duk tanya pasaipa bersalin c-zer, awat tak beranak normal?? Lepas tu menakut2kan kite kata beranak c-zer ni kena jaga.. X buleh beranak ramai.. Eh2, macam tak ingat yng kita ni ada Allah pulak.. Allah tu Maha Kuasa.. Kalau dia kata jadi, maka jadilah.. Tak payah nak persoal sangat.. Eh, emo pulak hakak.. Hehe..

    ReplyDelete
  18. cara yuyu tulis tu, macam terbayang-bayang gitu. perghh.. sakitnyaaaaaaaaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)