HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, April 4, 2016

Honest Review KOTEX Odor-Care

Assalamualaikum

apa yang perempuan paling benci bila time 'cuti'? secara peribadi, terus terang, taknak cakap banyak, yuyu paling mintak simpang malaikat empatpuluhempat lah dari masalah berbau. tolong lah! itu paling taknak. dah fobia tengok orang buat muka kalau tetiba terbau period orang lain.

serius weh. sebab benda ni bukan main-main. kalau orang terbau lain maciamm je, terus buat muka tenuk. boleh stress sampai esok. sebab tulah pendekatan yuyu sebelum ni adalah selalu tukar pad kalau time 'cuti'.

tukar pad yang serius tukar. macam setiap empat jam, dah menggelupur yuyu nak tukar pad. padahal, biasa ja pun. takdak la teruk mana. tapi sebab tak yakin kann. bila habis je 'cuti', haaa... lega dia bukan kepalang. tiada lagi huruhara kau. haha.


 ehemm. ada orang tu dapat stock banyak bulan la. :p 


kalau tak promote pun, memang rakyat Malaysia setujulah kan Kotex ni pilihan number satu kita. jadi, terima kasih kepada pihak Kotex kerana sudi memilih yuyu untuk mencuba sendiri range terbaru mereka, dan yuyu sebolehnya akan bagi honest review. ya korang, ya. range terbaru ni adalah hadiah khas buat para wanita:

mempersembahkannnnn! *drum roll please*



Wangian:



untuk range terbaru ni, ada dua bau yang kita boleh pilih, tapi pilih lah dua-dua, sebab memang fresh baru dia. haha

  1. Sirih
  2. Lavender
tapi, secara jujur, yuyu prefer bau Sirih. sebab bau dia lebih fresh, manakala Lavender dia lebih harum. bagi yuyu, bau dia agak lama. beberapa jam still melekat lagi bau dia. jadi, selesa sikit time 'cuti' ni. tak perlu lah nak tukar kerap sangat macam sebelum ni sebab takut berbau.

tak nafi, ada antara kita-kita ni yang kalau period je, mesti bau dia sangat hamis. dan sireh pula memang dikenali sebagai ajen menuetralkan bau, jadi, sebagai ikhtiar, please, yuyu suggest sangat cubalah Kotex Odor Care ni.



Lebih panjang:


part ni yuyu lebih suka. haha. paling suka bila pad lebih panjang. lagi-lagi untuk tidur malam. Kotex Odor Care ni, dia dicipta 'lebih panjang' iaitu 32cm untuk Overnight Extra Long. sesuai untuk yang tidur agak lesak atau untuk hari-hari yang heavy flow. 

dengan extra long tu, insyaAllah dapat bagi coverage yang penuh untuk kita. masalah terbocor time tengah tengok wayang tu takde lah lepas ni -_- cuma, kalau boleh, nak lagi panjang. haha. serius tak tipu, lagi panjang, lagi rasa selamat hidup.


Bentuk & Lekuk:

inovasi terbaru, bentuk dan lekuk yang lebih memuaskan perlindungan lebih menyeluruh dengan Infinity Lock System? a'ah. bila yuyu pakai, memang rasa sangat selesa, terbentuk elok saja. takde rasa sipi-sipi nak bocor.

honestly yuyu sangat selesa dah bab ni, cuma kalau bahagian pad yang untuk cover belakang lebih lebar, yuyu bagi bintang penuh.


selebihnya, yuyu sangat suka dengan range terbaru Kotex Odor Care ni. bukan sahaja menyelesaikan masalah bau period, malah, menyelesaikan juga masalah ketidakselesaan dan masalah kebocoran wanita. haa. tu terbaik!

kalau dari sepuluh bintang, yuyu bagi lapan bintang dari sepuluh. haa. banyak wehh. kalau belakang pad lebih lebar dan pad lebih panjang dah sepuluh bintang yuyu bagi. pengalaman untuk review ni, buatkan yuyu rasa berpuas hati dan nak untuk teruskan dengan Kotex Odor Care. yuyu sendiri yakin kalau korang cuba, korang pun akan puas hati.


wajib cuba okay? janji?

cuba korang dapatkan sample dulu di sini, mesti lepas tu terus nak setia dengan Kotex Odor Care macam yuyu. haha. tak susah pun, cuma isi form dan submit, dalam masa 14hari, terus sampai kat depan rumah :





semoga entry kali ni, membantu sangat masalah korang lebih-lebih lagi bila time period, dan yuyu yakin, korang pasti suka. insyaAllah.

terima kasih sudi baca :)

10 comments:

  1. packaging cantik. hipster! heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. pad pun kena updated juga fesyen fesyen ni :p

      Delete
  2. adeh baru jer bertukar ke cloth pad.. lebih bagus dari disposal pad nih.. rasa lebih yakin dan selesa.. jadi macam orang2 dulu2 guna kain masa period..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. yuyu lagi selesa dengan KOTEX ni :D

      Delete
  3. nice nice paling nice entry ni yuyu

    ReplyDelete
  4. memang wangi dah cuba ritu.. skrg pakai pantyliner jer lah.. hahah nak pkai pads tunggu lepas bersalin..

    ReplyDelete
  5. comel sangat2 ekin pun ada dapat sample free ni... teruja nak kotex hihihi... sekarang duk guna libress

    ReplyDelete
  6. Bagusnye.. lepas nie time period bolehlah aktif xde la... no mood je..suke2..

    ReplyDelete
  7. Best kotex ni dari zam dedulu till now tak pernah mengecewakan even ada pelbagai jenama. Kotex masih no one in heart.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)