HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Wednesday, December 2, 2015

Kenapa Tidak Menyusu Ekslusif?

Assalamualaikum

bercakap mengenai breastfeeding sekarang ni, Alhamdulillah, rata-rata wanita dah support penyusuan ekslusif enam bulan ni. ada geng la. tetiba jumpa Minah kat Alamanda pun, kalau buka cerita breastfeeding, dia pasti tepuk-tepuk tampar seronok nak cerita juga. fuhh. 

sebab apa? sebab dulu, kesedaran betapa pentingnya dan bagusnya menyusu adalah amat kurang. ditambah pula dengan kurangnya ilmu penyusuan secara betul, maka, penyusuan ekslusif adalah perkara 'rare' buat masyarakat.


apa? ko menyusu penuh anak ko? hoi! apak rare! ko buat cemane?!


bila sekarang, Kementerian Kesihatan selalu buat kempen kesedaran, ada pula cerita-cerita memberangsangkan dari para selebriti dan blogger siap ada yang bawa anak depa pi set pengambaran, ditambah pula dengan wujudnya antenatal class yang menitikberatkan cara penyusuan betul, dan penyebaran di sosial media lagi, jadi, positive vibe mengenai exclusive breastfeeding dah menular di minda masyarakat.

weh, apesal macam ayat perbahasan? -_-

ni gambaq photoshoot yuyu, Habib tak join photoshoot sebenaqnya, tapi sebab dia menyusu badan lagi, terpaksa la bawa dia mana-mana, dan time ni, yuyu tengah posing, dia terus merangkak mai kat yuyu. haha. sebab tu ibu dia dah elok bagai, anak baju tidur ja. :p


okay lah, antara kebanyakan faktor tidak menyusukan bayi, adalah:

S : anak menyusu apa?
J : hmm. nak menyusu badan, tapi takut nanti breast layut, kendur *emo, lari nangis tepi bonet kereta*
E : insyaAllah breast tak akan layut dan kendur, kalau proses penyusuan secara betul. pastikan sentiasa pakai maternitybra yang sesuai yang memberi sokongan penuh pada buahdada. 


S : anak menyusu apa?
J : hmm. nak menyusu badan, tapi baby lahir, terus susu takdak. *emo, lari nangis sedu-sedan belakang pintu dapur*
E : Alhamdulillah, semua ibu dikurniakan 'susu' terbaik untuk baby dia. yes, banyak juga kes 'takdak susu' ni. bukannya tak ada, tapi normal kalau bersalin saja, susu sikit, baby siap nangis. tapi banyak mana pun susu kita yang ada, positif itu yang paling cukup untuk bayi, bayi perut kecik je :') tapi, kalau susah ada juga, kita check dulu, kenapa susu tak ada:

1) macam mana diet kita? banyak yang berpantang, cuma makan nasi kosong + ikan bakar, roti empat segi celup kopi panas. kopi sendiri tinggi dengan cafein yang boleh menyebabkan pengurangan jumlah susu, lepas tu, nak susu banyak, kena makan yang seimbang. cukupkan semua pembahagian jenis makanan. 

cuba makan, Nasi + ikan bakar + ulam-ulaman + buahan segar + susu + banyakkan air. insyaAllah susu sentiasa banyak :')

2) cukup rehat tak? stress tak? sebab cuba bandingkan pengeluaran susu waktu kita terlalu letih dengan waktu kita cukup rehat, tengah girang ria di hari raya. memang banyak beza. pengeluaran susu akan jadi sangat sikit bila ibu-ibu stress & penat. digalakkan ibu menyusu untuk:
     - cukup tidur
     - cukup rehat
     - tenang

bila susu macam tak ada, cuba ibu-ibu, minta tolong jagakan bayi, tidur untuk dapatkan rehat yang berkualiti, bangun tidur, terus tatap muka bayi yang menyejukkan tu. insyaAllah, susu akan ada. :')

3) pemakaian bra pun salah satu faktor juga. amat digalakkan untuk ibu-ibu menyusu untuk pakai maternity bra, yang tiada wayar penyokong di bra. sebabnya, memang wayar pengokong di bra tu bagus untuk support bentuk breast kita, tapi ada yang kata, underwired bra ni akan menyebabkan pengaliran susu di 'duct' tak berjalan lancar.


syukur suami sangat membantu. dia lah yang bagi support supaya terus kuat menyusukan Habib ekslusif enam bulan. Alhamdulillah


S : anak menyusu apa?
J : hmm, nak menyusu badan, tapi leceh. *emo, lari nangis tepi langsir bilik anak*
E : a'ah. memang menyusu penuh ni leceh. leceh kalau baru nak mula. nak pi mana-mana pun, kena cari tempat sesuai yang menyusu anak. leceh kalau baru nak mula, 2jam sekali, kita kena bangun untuk susukan anak. leceh kalau nak fikir macam mana nak banyakkan susu. tapi, aww, dah terbiasa nanti, semuanya jadi happy. sebab apa? sebab :

1) jimat duit yang amat-amat. harga susu tepung mahal, paling tidak pun, sebulan dah RM100++. Alhamdulillah, bila menyusu badan, kos kena keluar, cuma diapers je la. laju sikit simpan duit beli handbag baru. ihik :p

2) jimat masa yang amat-amat. pi travel mana-mana, tak payah kalut curi masa untuk bancuh susu, sebab terus susukan anak saja. Alhamdulillah. jimat masa ibu nak amik gambar banyak banyak. :p

3) jimat tenaga yang amat-amat. keluar rumah saja, tak payah fikir nak bawa satu beg dengan botol, air panas, air sejuk, satu botol susu tepung. bila menyusu badan, fikir pakai tudung yang labuh je la untuk senang susu baby nanti. aww. ibu happy :')

4) jimat masa tidur yang amat-amat. haha. part ni paling yuyu suka. sepanjang Habib menyusu badan ni, awal tu leceh sebab tak reti lagi, tapi sekarang puas hati, syukur, sebab, bila dia terjaga nak susu time malam je, terus mengiring je bagi dia susu, lepas tu, tidur balik. jimat waktu tidur, tak payah bancuh susu. aww. ibu happy lagi. :')


dan banyak lagi lah yang bestnya bila menyusu anak ni. sebab kita tahu, kita bagi yang terbaik untuk anak kesayangan kita. susu ibu yang khasiat dia tak akan dapat diganti dengan mana-mana susu lain. susu yang penuh naluri keibuan, dan kasih sayang. gituu..

Alhamdulillah, yuyu berpeluang menyusu penuh Habib hingga dia enam bulan, dan sekarang dah setahun sebulan pun, yuyu masih menyusu dia. ibu-ibu lain, insyAllah lepas ni, niat awal-awal dari mengandung lagi, dan cari ilmu lagi mendalam untuk bagi anak kita khasiat terbaik okay :')

kalau yuyu boleh, ibu-ibu lain, mesti lagi boleh. aminn

tau tak, susu ibu ni, mengikut keperluan, kalau time panas, susu akan lebih cair, supaya bayi hilang dahaga, kalau time sejuk, susu jadi lebih pekat dan penuh lemak, untuk panaskan bayi. sebab tu susu ibu the best

terima kasih sudi baca :)

9 comments:

  1. Allah dah bagi yang terbaik untuk anak-anak. Tahniah kepada semua ibu yang berjaya menyusu anak sepenuhnya..

    ReplyDelete
  2. bab breast melayut & kendur tu memang betul, even pakai bra pun, bra cuma sokong luaran breast (kulit) je... isi dalam breast tu tetap berkurangan (kosong di dalam) menyebabkan breast tetap sagging. tapi lepas habis je menyusu badan (2 tahun) masreena suntik kolagen dlm breast kasi firm balik.

    ReplyDelete
  3. my baby girl pun saya bg exlusif breast feeding smp umo 9 bulan.. memang terasa kepayahan coz 1st baby kan dan knowledge pun xbyk waktu tue.. but rs puas hati dapat menyempurnakan hak anak.. hope for my next baby nie pun dapat menyempurnakan smp 9 bulan...

    ReplyDelete
  4. akak pun susukan yusuf eksklusif 6 bulan pertama, skrg sudah 8.5 bulan masih menyusu badan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  5. yuyu..sep2.... same.. anak i pun lebih kurang habib je. untill skrg fully bf :) Alhamdulillah. Of course makanan tambahan pun dah. cuma susu tu still susu ibu untill sekarang.. syok kan.. tapi agak tough la sebab tak semua orang sokong bf ni.. :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah rezeki yuyu. macam kita 3 minggu je ada susu lepas tuh takde. dah la 1st time kurang support dari sesiapa & stress jugak masa berpantang orang ini cakap itu orang itu cakap ini. siapa tak nak susukan anak. semua ibu ibu pun nak tapi bukan semua orang ada rezeki dapat susukan anak sampai 2 tahun. kadang kadang down jugak tapi takpe la mana tahu rezeki anak kedua nanti. susu ibu memang the best tapi susu tepung pun baik jugak :') huwaaaaa sedih sorok bawah meja :(

    ReplyDelete
  7. ingatkan org lain.. muka nampak matang je kat gambar photoshoot tu.. ke dah tembam yuyu? hihi..

    ReplyDelete
  8. Habib comey, susu ibu terbaik :)

    jemput singgah teratak wanza :)

    http://wzalehawismail.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Hai ! Berminat tambah aset within RM300k , boleh lawat nurulhidayahpropertyagent.blogspot.com ! Rumah mampu milik untuk bumiputera !

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)