HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Friday, December 4, 2015

Ibu Menyusu Yang Happy

Assalamualaikum

dah baca kan entry ni? sebenarnya, banyak ja info lagi yang kita kena tahu pasal breastfeeding ni. yang penting, breastfeeding ni, sangat-sangat bermanfaat, bukan saja untuk baby, tapi mak-mak sendiri.

alhamdulillah...

tulang belakang di sebalik kuatnya semangat yuyu untuk exclusive breastfeeding Habib selama 6bulan dan terus hingga sekarang, Suamiku. ewah!



nama saya Habib Muhammad, saya setahun dua bulan, hobi saya menyusu!


tadi pi buat passport untuk bercuti satu keluarga nanti, saja nak try bagi Habib travel. masa kat Jabatan Imegresen tu, sorang amoi tu dah bengang dah anak dia meragam nak susu, tapi dia dah bawa habib dah kelengkapan susu anak dia, tertinggal lah pulak air. jenuh la weh nak cari celah mana dengan anak dok ready nak berguling dah

nasib la situ ada jual air mineral, boleh laa. lepas tu dia tengok yuyu menyusu Habib, dia tengok ja. terus dia kata:

"manyak susah wo ai bagi susu ni, satu beg mau angkat semua. ai lupa bawa itu air panas, pening. yu senang, breastfed ja"


kesian juga kat amoi tu, tapi tak boleh tolong apa. tahu syukur je la. baru lah jelas hikmah breastfeeding ni sebenarnya. Allah memang nak mudahkan baby dan ibu juga. insyaAllah nak pi travel ni, kena ingat shawl je la untuk tutup masa nak menyusu nanti.

lepas ni, ibu-ibu, boleh cuba teruskan usaha untuk exclusive breastfed baby okay. percayalah, awal tu memang nyampah, penat, leceh, malas, tapi result dia, terus mencari baby kalau dia lambat menyusu pun. hehe.

overly attached ibu :p


terima kasih sudi baca :)

4 comments:

  1. Ramai ibu-ibu yang sedar kelebihan memberikan anak susu badan. Tetapi tak dinafikan, mungkin ada beberapa faktor yang menghalang.

    Macam isteri saya sendiri yang bekerja, memang agak sukar untuk menyusukan anak, tetapi segala masalah tu perlulah dihadapi. Suami juga perlu membantu isteri untuk menjayakan proses penyusuan anak.

    ReplyDelete
  2. Comel lah Habib ni....tembam lak tu, geram kite tgok!

    ReplyDelete
  3. Betul kata yuyu, hihi breastfeeding mmg penat, leceh dan mcm2 lagi. Tp, kalau baby xbreastfeeding, kita pulak yg risau. Hihi sy pun tengah nak usaha nak cuba bagi baby girl sy breastfeeding sampai 6 bulan & sampai 1 tahun maybe? Hihihi

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)