HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, December 7, 2015

Sepetang Hi-Tea Bersama Shaheizy Sam & Pemenang.

Assalamualaikum


haa. tu laa, hari tu suruh join kontes ( LINK ) taknak, siput-siput malu sensorang tepi meja kerja. kan dah menyesal tak dapat join yuyu make over siap hi-tea dengan Shaheizy Sam. best tau dak. best dia yang ingat sampai cicit ke sebelas.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sangat berpuas hati. kami diberi layanan tigapuluhlapanpointdua bintang oleh pihak CLEAR okay. (saja nak bagi jeles lagi, buahahahahaha). okay lah, korang layan gambar je la ehh :')


Make-over session :
semuanya bermula dengan make-over session di The EDGE Studio. setiap kami-kami yang hadir, yakni, blogger dan pemenang, dapatlah merasa makeover dari basuh rambut hingga ke make up. tapi lagi best, sebab dapat merasa dan merasmikan shampoo terbaru CLEAR iaitu Sakura Fresh. 



 memang fresh lah sampai ke besok. haha. 

kiranya ni, make over untuk bertemu dengan pujaan ramai la, Shaheizy Sam okay. mesti lah penampilan ke cantik dan segar, baru lah rasa sangat yakin untuk mingle dengan hadirin dan ejen keyakinan CLEAR tu. :')

lepas dah habis sesi make over tu, kami semua balik ke Majestic Hotel yang literally majestic tu. SubhanAllah. please korang kalau buat event, buat lah kat hotel ni, lepas tu, invite yuyu. haha. 

dalam 1 hingga 3pm, kami sama-sama beramah mesra dengan pemenang dan blogger yang lain. semua nampak sangat segar dan yakin. walaupun baru saja jumpa, tapi dah macam kenal lama. selama dua jam tu buat apa? apa lagi, selfie la memanjang. :p


CLEAR Sakura Fresh :
dengan venue yang amat cantik, ditambah pula bau Sakura, aww, yuyu rasa tenang sangat. please nak bau setiap hari macam ni. tapi tak mustahil dah, hang beli je shampoo CLEAR Sakura Fresh, tau la bau dia macam mana.

bloggers dan shampoo CLEAR terbaru. Sakura Fresh :')





apa yang bestnya dengan yang amat terbaru dari CLEAR ni, ia memberikan kesegaran berpanjangan kepada kita, macam satu botol shampoo anti kelemumur berpakej dengan suntikan kecantikan dan keremajaan.

bau segar dan berkrim Sakura dia, aww, memang satu kampung Lubuk Setul dapat bau. selain bau wangi, CLEAR Sakura Fresh juga  digabungkan dengan Natrium 10, yakni ciptaan CLEAR sendiri, yang bukan sahaja menghapus kelemumur, malah berkesan sebagai 'kalis kelemumur'. settle, kelemumur pergi dan taknak datang datang dah. gituu.

tu yang bagus tu. aku pantang betoi kalau ada kelemumur, baru nak belagak hijabista sikit, dah terpeleot tudung aku sungguh-sungguh garu. -_-

Pemenang, Nazurah Ahmad Kasim :
untuk kontes hi-tea bersama Shaheizy Sam ni, yuyu randomly memilih Nazurah sebagai pemenang. semua jawapan peserta, semua betul, sedap-sedap pulak tu. stress nak pilih mana.


Nazurah ni sangat confident bila bercakap dengan orang ramai, bagus betul pilih dia. tak salah orang haa. 


tahniah awak. suka cara awak, pandai berkomunikasi dengan orang. buat yuyu happy je dok sebelah awak :')




Zarif ni antara peserta kontes yuyu juga. satu satunya laki yang join. tapi tak menang dengan yuyu, dia menang dengan Nisa Kay. haha. rezeki kau dik. sopan nak mampus dia ni. nasib adik perempuan dah kawen, kalau tak, suruh jadi adik ipaq dah.


Hi-tea session :
sesi bermula dari pukul 3petang. makanan dia pun, alahai, sedap yang amat, pandangan venue yang meng-happy-kan bijik mata, ditambah pula ada Shaheizy Sam, bau wangi harum semerbak sakura, yuyu ingat dah kat syurga hari tu. lulz




Nazurah muka kenyang la tu :p

hoi! mana Shaheizy Sam? kata hi-tea dengan Shaheizy Sam! -_- *siap hempas kelapa kat lantai*


Ejen Keyakin CLEAR, Shaheizy Sam :

nah kauu! bising sangat!

masuk saja Sam ke tempat hi-tea kitorang, pakat-pakat semua nak histeria. hoi. hemsem siot Sam ni. bonus pulak si Sam ni pandai ambil hati orang, senyuman dia, aww, please lah, korang kalau tak kawen lagi, ajak la dia kawen. bagus buat laki. 

nak tahu tak apa paling best?

aku dok depan Sam bhai! DEPAN-DEPAN! yes, siap rilek je bertentangan mata. haha. tapi tak buat lah, kang sampai selipar kat muka pulak, suami baling. :p


CLEAR Agent of Confidence, Shaheizy Sam, CLEAR Brand Manager, Ms Stephanie Ng, & our beloved CLEAR Sakura Fresh.


dalam folder kamera, belungguk gila gambar Sam depan yuyu, kang upload semua, muntah karipap 4biji dua ringgit pulak. 


puas hati betul lah dapat hi-tea macam ni, dari 3 hingga 6pm, kau makan lah sampai tersembul tali pusat kau, selfie lah puas-puas dengan Sam. haa. unlimited. macam nak request, pleasee, extend la event sampai Jumaat tahun depan. pleaseeee...


Sesi bergambar :



sampai hati camera yuyu tak fokus muka yuyu. -_- aku benci!

eleh, Nazurah cover happy. :p


fine. tak fokus muka yuyu juga. aku benci lagi sekali! -_-

ewahhh :p


Sesi selfie :

haha. pun boleh lah sesi ni. :p


Alhamdulillah. seronok betul hi-tea yang ni. sampai hari ni dok rasa happy dia lagi. tak boleh fikir macam mana kalau hari tu, kepala rasa gatal ke, rambut tak fresh ke, baju tak sesuai ke, memang takkan yakin lah macam hari ni. 

selepas dari make over session tu, semua rasa berpuas hati, segar dan yakin untuk jumpa orang ramai. yes. dari benda kecik-kecik hal kepala kita pun, kalau guna shampoo yang betul, kesannya kesegaran sepanjang hari. try lah CLEAR Sakura Fresh terbaru, mesti good-day sepanjang hayat. gituu.

balik tu try shampoo. ohoi. kalau shampoo CLEAR, memang dah semua sedia maklum, kesegaran dia tanpa batas, tapi Sakura Fresh ni, bukan setakat kesegaran, di tambah pula dengan keharuman. best betoi. bau sakura dia yang wangi semerbak, laju-laju je kita fikir nak tukar shampoo lepas ni.

yang best pasal CLEAR Sakura Fresh ni, dia ada tiga element penting:
1) Segar
2) Harum
3) Perlindungan dari kelemumur

nak shampoo best mana lagi kan? 

terima kasih sudi baca :)

9 comments:

  1. bestnyer ada shaheizy sam hehehe, mmg tido x lena sape yg dpt jumpa sam ni ;)

    ReplyDelete
  2. hensemnya sam ni. yuyu pun cantik :)

    ReplyDelete
  3. Awwwwww..
    untung ye Yuyu.
    I tgk muka Shaheizy Sam godang2 dlm blog ni pun hati dah berbunga2 kaedahnya.

    Sam, Love you ahhahahah ahhahahaha hahahaha

    *perasan*

    ReplyDelete
  4. wahhh event yang best ......

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)