HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, December 10, 2015

CNP untuk Masalah T/U Zone

Assalamualaikum

sapa yang tension dengan masalah muka? sekali tengok, Mila Kunis pun tak boleh cari makan. tapi, diri sendiri dok stress sorang-sorang, T-zone satu kilometer dah bersinar dengan minyak, U-zone pipi dengan dagu? hmm, boleh laa. 

pernah try tak:





kalau yang ada masalah T-zone *pstt..cakap kat diri sendiri ni*, memang product ni sangat disarankan. bukan saja akan bagi keputusan terbaik untuk masalah t-zone berminyak, tapi bagi kelembapan secukupnya juga pada U-zone.

selalu, asal tengok hidung berkilat semacam je time tengah hari, kita dah menggelupur cari product untuk oily skin type. bila dah pakai, ewah, kering pulak muka aku, tau tau, berkedut. sebabnya, yang berminyak hanya t-zone, pipi dengan dagu takpun.


suka dengan botol serum ni, sedap je nak pam. gemok botol dia, genggam senang.


product Korea yang wajib kita cuba. sebab Korea memang memonopoli hal kecantikan. yakin!


satu botol Dual Balance Waterlock T/U Serum ni, sarat dengan ekstrak bunga Camellia Japonica yang bertindak sebagai anti-inflamation. ada juga ekstrak daun Melissa Officinalis sebagai anti-stress & anxiolytic agent, ekstract Imperata Cylindrica yang kaya dengan potassium untuk memberi kelembapan berpanjangan.  tak lupa juga, ada serbuk daun Aloe Barbadensis yang memulihkan flaking malah memberi keanjalan. 

gituuu. try Google nama ekstrak semua tu. haha. ehh, cakap je la ekstrak Lidah Buaya, bersimpul lidah kite sebut Aloe Barbadensis tau.


satu pam untuk control sebum di T-zone namun memberi kelembapan pada U-zone 


sapa pernah pakai serum ni? aww. rasa sedap segarrr je kan masa apply. macam baru lepas mandi. hehe. apply je selepas pakai toner, insyaAllah, masalah T-zone & U-zone taknak bersatupadu akan hilang lepas ni. sekata je lembab kulit muka. 





untuk satu botol Dual Balance Waterlock T/U Serum ni, hanya:

RM143.10 (60ml)

untuk sebarang pembelian, boleh terus ke :
mana-mana cawangan Watsons 



terima kasih sudi baca :)

6 comments:

terima kasih sudi komen :)