HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, November 26, 2015

Pretz n Beanz Mont Kiara, Kuala Lumpur

Assalamualaikum

lepak mamak dah terlalu mainstream, apa kata kita lepak Pretz n' Beanz Cafe pulak lepas ni? :)

selalu kalau nampak pretzel, yuyu suka minta suami belikan satu. sedap betoi. lagi-lagi time petang. nampak macam makanan ringan biasa, tapi kenyang. berbaloi menyungah. gitu. tapi, yang pretzel dari Prez n' Beanz ni lain pun, senang kata, bukan sekadar pretzel biasa la. 


Cafe
kalau nak cari Pretz n' Beanz Cafe, boleh terus ke Ikano atau di Solaris Dutamas, tapi yang yuyu pergi ni di Solaris. :')

tengok kaunter dia pun, boleh tau identiti cafe macam mana kan? 


suka interior design di Pretz n' Beanz Cafe. nampak sangat cozy dan tambah selera aku nak makan. haha. yuyu syak, dak dak kat Mont Kiara suka la lepak sini. selesanya. dah la menu dia sedap-sedap. patut suggest dorang buka banyak cawangan lagi ni -_-

kalau yuyu lah, nak jumpa client, best juga buat kat sini. 


itu baru pasal dalaman cafe, tak cerita lagi bab makanan. tak sampai sejam kat sana pun, dah belungguk selfie dah yuyu dapat. syoq betoi. :p


Menu
dah nama Prez n' Beanz Cafe, measti la main dia pretzel kan. haha. ehh. tak tak, memandai je tau. yuyu pun ingat macam tu, tau tau, rupanya tuntas. sebab di sini, bukan setakat pretzel je menjadi sebutan ramai, tapi, depa punya pizza juga tau.

kalau tengok menu, mesti ada banyak pilihan pizza. sebabnya, sini lah satu-satu tempat yang kita boleh dapat makan pretzel dengan cara lebih rare. adunan untuk pretzel, dorang cipta untuk buat pizza juga. aww. tu yang lain sangat-sangat tu di sini. 

macam mana pulak rasa dia?

pagi tu, yuyu order, dorang punya famous menu. Greentea Coffee, Cheese Pretzel + Sour Cream dip, Hawaiian Chicken Pizza Pretzel dan Mushroom Carbonara. ya Allah. tengok pun dah tau sedap wehh. dapat pulak bauu, Allah, mimpi seminggu okay!


pening okay nak makan mana satu. sampai biaq anak main sorang-sorang la kat situ :p

selain dari sensari mengenai pretzel, sebenarnya di sini, terkenal dengan Beanz depa, yakni coffee. ada pelbagai jenis  coffee yang kita boleh try di sini. kali ni yuyu try Greentea Latte dia. ohoi. macam nak minum bercawan-cawan okay.

Cheesy Pretzel ni sumpah sedap. sangat lain dari lain. kalau selalu kita makan pretzel, rasa keras sikit (semestinya lah kann, bukan freshly baked pun kan), tapi yang ni, memang time tu juga dorang baked. yes. baked okay, bukan goreng macam biasa. 

dari gigitan pertama pun dah jatuh hati. yuyu suka sangat rasa rangup luar, lembutt sangat di dalam. aww. entah lah tak tahu nak describe macam mana. dip pulak sour cream tu. Allah. :')

Carbonara! ini pun sangat sedap. yuyu syorkan, kalau korang mai Pretz n' Beanz Cafe, please cuba carbonara depa. serius sedap baq hang! sangat-sangat creamy, dan rasa semua; creamy, ayam, mushroom, herbs. 

satu pinggan tu cukup kenyang sampai Januari 2027. haha. okay tipu.

dan, taraaaaa...evolusi terbaru pretzel dari Pretz n' Beanz
pizza pretzel. sebab apa? sebab adunan pizza ni dibuat daripada adunan yang sama untuk pretzel tadi. kalau tadi yuyu bagitau pretzel dorang sangat rangup di luar lembut di dalam kan, jadi boleh bayang tak kalau macam tu juga rasa pizza dia, cuma sangat sangat sangat sangat lagi sedap.

err. damn. lapaq sangat pula cerita pasal ni. -_- teringat lagi cheese dia yang melimpah tu, wallahi tak menyesal yuyu cuba!

puas hati!

bagi yuyu, harga dan apa yang kita dapat, sangat sangat berbaloi. sangat berpatutan dengan apa yang kita telan. sedap wehh. lepas ja makan di Pretz n' Beanz ni, bila makan pretzel tempat lain, terus macam, alaaa, kenapa tak macam Pretz n' Beanz. haha. :p

tapi kann, apa yang lagi best?

lagi best kalau kita apply jadi member Pretz n' Beanz.

cukup 10 kali kita beli pretzel dengan depa, dapat la redeem free pretzel satu. gituu. jimat dah. sambil makan, sambil kumpul untuk dapat reward. 

kalau nak tau lebih lanjut, boleh terus tengok sini:





terima kasih sudi baca :)

6 comments:

  1. Bila tengok gambar and baca apa yang yuyu tulis ini rasa macam sekarang nak pergi try sebab dah terliur sangat..haha.

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini dik yuyu...wahh...memang nampak sedap sangat tu sampai tak tau mana dah nak makan dulu....hihi...

    ReplyDelete
  3. nmpak cam best..nk cuba gak lah..hihihih

    ReplyDelete
  4. Tengok makanan pun dh terliur bak hang

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)