HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Sunday, November 1, 2015

AQU Skincare Kini Boleh Didapati Di Watson Seluruh Malaysia

Assalamualaikum

pernah dengar tak pasal AQU Skincare? mati-mati ingatkan produk Korea ke Jepun ke. sebab dari packaging dia, memang K-Pop sangat. tau-tau rupanya 100% Buatan Malaysia tau. haha. bangga siot. ni kita kena sama-sama support lebih ni :')

dua minggu lepas, yuyu ada join AQU Skincare punya pelancaran. banyak hoi dia punya media dan blogger kat sana. dengan pelancaran hari tu, bermakna, dengan rasminya AQU Skincare akan didapati di seluruh Watson di Malaysia.

elehh, malu-malu pulak perempuan tu ;p


 perasmian AQU oleh Yang Mulia Tengku Mudzaffar Tengku Zaid, Executive Director of Fountain of Health Sdn Bhd dan AQU Brand Ambassador Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013. 

cenderahati dari pihak AQU. aww. terima kasih. boleh try lepas ni


senang dah, lepas ni, boleh terus je beli di Watson. tak pening, sebab cawangan watson ni seluruh Malaysia kann. tapi, kalau nak bercakap pasal produk dia, best tak? hoi. korang kena tahu ni...

AQU Skincare sebenarnya terdiri daripada:


1) Face wash (RM25.00) : facial wash AQU yang bestnya, sebab ada kandungan licorice dan chamomile yang aww, bau dia sangat tenang dan mampu mengekalkan kelembapan kulit. suka sangat bila guna facewash AQU ni, kulit masih rasa supple je, tak tegang, tak kesat

2) Face scrub (RM20.00): kalau nak kulit lebih sihat dan sekata, wajib guna scrub juga, sebab mencuci saja tak menanggalkan kotoran degil di kulit dengan lebih dalam. scrub sangat penting untuk buang kulit mati.

3) Refreshing Toner (RM23.00): memang refreshing sangat. masa apply toner AQU ni, lagi lagi baru cuci muka, ohoi, muka rasa segar je, kulit lebih bersedia untuk di apply moisturizer apa benda nanti. toner AQU special sebab ada kandungan licorice dan ekstrak bearberi yang bertindak mencerahkan kulit.

4) Radiance Moisturizer (RM30.00) : kalau nak kulit lebih lembab selama 24jam, dan kurang kedutan, lembut bak satin, kena juga ambil moisturizer AQU. seriusly, yuyu suggest sangat sapa-sapa yang tercari product untuk kelembapan.

5) CC Cream (RM29.90) : dengan formula transfer-resistant untuk kekal tahan di kulit kita, kulit nampak lebih segar sepanjang hari. lagipun, CC Cream AQU ni sangat light, masa pakai, tak rasa bercapuk langsung. hoi. suka gila!




ikut lima (5) langkah dari produck AQU tu, insyaAllah enkorang akan puas hati, rasa lebih remaja dari usia. huahua! aku pun nak remaja juga! haha.

kalau selalu kita tengok banyak product yang sesuai dari umur 20-an, lain pula dengan AQU sebab boleh dipakai dari remaja hingga ke infinity punya umur lah. sesuai untuk semua, sebab bahannya adalah natural based ingredient. jadi, tak ada masalah lah khenn.

lagi best, sebab dia ada full range product, dari cleanser sampai ke CC Cream, jadi, tak payah nak risau kena campur dengan product lain. dengan harga dia yang affordable dan senang pulak tu nak beli dia, yuyu rasa, AQU ni boleh jadi next favorite skincare di Malaysia satu hari nanti. insyaAllah.

yang penting ada HALAL JAKIM. tu yang dengaq tu :')

nahh, tengok sikit sini iklan AQU Skincar It's Me ni :

haha. sweet gila kann


apa pun, lepas ni, kalau korang nak tahu lebih lanjut atau nak beli secara online, boleh terus ke:



terima kasih sudi baca :)

4 comments:

  1. Cari dkt watson tesco shah alam xda lagi. Mgkn blm masuk

    ReplyDelete
  2. mcm best jer produk ni...errhmmm..utk menghilang kan blackhead or whitehead ada x kat aqu skincare ni??

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)