HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Tuesday, October 27, 2015

Menyokong Penyusuan Ekslusif untuk Habib Muhammad

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Habib baru masuk setahun. kalau ingat balik setahun lepas, time sekarang ni, mesti tengah serabut macam mana nak handle Habib. hoi. ingat senang ka, hang yang jenis huhahuha tup tup dapat anak, nak tukaq lampin lagi, nak handle time dia meragam, nak sesuaikan diri dengan dia yang suka (sangat sangat) menyusu. haha. 

gelabah wey. tak sikat rambut sebulan la. tau tau, redha je pi salon, potong rambut sampai pendek. T_T

haa. bercakap mengenai menyusu Habib ni, Alhamdulillah, yuyu menyusukan dia secara ekslusif hingga enam bulan, dan terus lagi sampai sekarang, insyaAllah, target nak menyusukan Habib sampai lah dua tahun lebih. senang cerita, sampai dia stop sendiri lah.


1tahun 1minggu dah sekarang

time mengandung dulu lagi, yuyu memang nekad nak menyusukan Habib. suami memang support habis-habisan, siap beli buku pasai breastfeeding okay. haha. semangat gila! pi pulak antenatal class, depa ajaq cara penyusuan yang betul, lepas tu, time malam-malam sambil tengok gambaq 3D scan Habib, sambil google pasal breastfeeding. yuyu syak, yuyu lah paling semangat dalam dunia dalam hal ni. :p

tapi tuntas, lepas je bersalin, nurse rilek je bagi Habib kat yuyu, suruh menyusu. hoi. menggelupur la aku tak reti. Habib pulak dah nangis time tu. apa aku nak buat. mana pi yang malam-malam yuyu selalu google tu? mana pergi pulak ilmu dari antenatal class tu? yang siap beli buku breastfeeding tu, macam mana pulak? haha. aku lupa habis.

tapi, jangan risau, sebenarnya, cara menyusu ni adalah bermula dengan naluri ibu terhadap anak tu sendiri. bila dah tengok Habib menangis, mulut dah nganga, pandai lah yuyu buat macam mana. time tu, aww, rasa precious sangat. bermulalah time menyusu, dimana time ekslusif antara ibu dengan baby :')

menjejes air mata tau. terharu, rasa lengkap sangat hidup time tu. Allah

sepatutnya, inilah masanya kita maksimakan masa kita dengan baby. sambil menyusu, sambil usap-usap rambut halus dia, sambil tengok mata dia yang terkebil-kebil tu, usap tangan dia yang suatu hari nanti akan lebih besar dari tapak tangan kita, time tu juga, kita zikir dengan harapan dia akan jadi anak soleh-solehah.

pandangan sinis
aww. faham tak perasaan ni macam mana? salute mommies yang berjaya menyusu secara ekslusif selama enam bulan dan terus hingga dua tahun lebih, bukan senang, lagi-lagi nak menyusu di tempat awam, hang kena la bersedia dengan jelingan sinis para manusia kalau hang menyusu kat luaq. hello, kalau ada baby room yang amat selesa, takdak aku nak menyusu anak aku kat depan hampa okay. pfft

sebab, setengah tempat awam saja yang ada baby room selesa untuk precious-moment kita dengan baby kita tu, tapi, setengah tempat lagi, samada takdak langsung baby room takpun kalau ada berkongsi dengan OKU. Allah. apa yang hampa pikiaq sebenaqnya -_-

jadi, nak taknak, kenalah nekad juga belit dengan selendang lebar, bagi Habib menyusu, dan kentalkan hati akan jelingan sinis orang lain. asalkan baby happy kan. tengok saja baby happy, terus dah tak fikir dah apa tanggapan orang. haha.


pemilihan baju
i love you, baby. biarlah ibu sampai terlebih-lebih 'slim', biarlah ibu jenuh pening pilih baju sesuai bila nak keluar, asalkan tau tau baby happy, sihat menyusu. bab baju memang pening, wajib cari yang breastfeeding-friendly, takpun, pakai je la skirt dengan T-Shirt. haha. baju-baju fashionista kau tu, tunggu lah dah tak menyusu nanti, baru boleh pakai. kalau tak, nangis belakang pintu la stress.



haha. serabut macam mana pun, yuyu pasti, apalah sangat, dibandingkan dengan 'precious-moment' tu. seronok sangat bila tengok Habib susah sangat terkena demam atau selsema. seronok bila tengok dia membesar dengan bijak. biiznillah.

Alhamdulillah sangat sangat, bila Allah bagi yuyu pengalaman macam ni. pengalaman yang buatkan yuyu sampai tak boleh berenggang dengan Habib langsung. pi event sejam pun, asyik buka handphone, tengok muka anak, tak sabar tunggu dia mintak nak 'enenenenennnn'. haha.

terima kasih sudi baca :')

23 comments:

  1. SYOKNYAA :) harap nanti sy pon banyak susu

    ReplyDelete
  2. Bagus sekali, saya nak baca Blog ini. :)

    ReplyDelete
  3. kita sama laa yuyu.. dlm proses yang sama.. ank pun sebaya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh! selama bf sampai dua tahun lebih na <3

      Delete
  4. Terharunya rasa bila baca first time breasfeeding. Rasa teringin pulak nak ada baby

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Samala kita yuyu, tapi bila anak dah 2 tahun lebih , anak tanak stop pulak, jenuh buat macam - macam kasi stop,hmmm

    ReplyDelete
  6. rezeki yuyu kita dapat BF baby 3 minggu je. serius sedih ! owh ya yuyu , kita nak bagi baju yang senang BF nih haa 😂

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..dpt susukan baby..mula2 sy pun segan silu nk susukan baby kat tpt public, tp kena kuatkan smangat..pedulikan pandangan sinis..alhamdulillaah smuanya dpermudahkan..dpt susukan anak smpai usianya 2 tahun lebih.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dengan rezki Allah :) me myself pn baby dah 1 year 3 months, still pumping & breastfeeding. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  9. agree dengan yuyu..sangat susah sebenarnya nak menyusukan baby kat tempat awam..

    ReplyDelete
  10. Best sgt tgk mummy2 kt luar sana BF... sy nk sgt BF baby dlu tp 2 2 anak sy xnak susu yg perah simpan dlm peti ais... nk yg fresh ja... bila p keja sy tpaksa bg susu formula lama2 susu kering cm tu ja... :-(

    ReplyDelete
  11. baca entry nak je rasa nikmat menyusukan anak.. huhuhuh.. anyway tahniah yuyu.. sanggup BF baby tak kira tempat..

    ReplyDelete
  12. wah.... tahniah...

    banyak manfaatnya tu nanti.

    lepas ni PB pulak paksa bini susukan baby.

    haa...

    ReplyDelete
  13. Wah blog yang bemanfaat sekali buat awak :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)