HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Tuesday, September 29, 2015

Cara Make-up Sangat Simple.

Assalamualaikum

sekarang ni, kalau nak pi Tesco atau nak beli tosai bawang garing je, baru yuyu boleh selebet, tapi lebih dari kawasan Bukit Puchong, memang nak taknak, kena la juga cari proper baju (bukan lagi pakai t-shirt suami, sarung je cardigan), dan make up sikit.

eh! bukan malas ehh (memang malas pun. pfft), tapi banyak benda weh kena settle dalam satu hari. lagi-lagi, kerja di rumah, sendiri jadi bos, sendiri jadi kuli, ada anak kecik pula, mana lagi nak settlekan hal rumah. haa. macam mana la mak-mak dulu boleh survive ke saat ni.

jadi, make up akan selamanya menjadi opportunity cost (try google sendiri lah) dalam pembahagian masa. haha.

selalunya, yuyu sarung je mana baju yang sempat, sarung tudung yang dah pakai dengan kiraan pernah pakai kali ke infinity, terus je masuk kereta. lepas tu, balik dari rumah, check Facebook, ada orang screenshot status orang lain:


hodoh Yuyu Zulaikha rupanya. dalam Instagram bagai bidadari. 


tempeleng jugak makhluk macam ni kang -_- jadi, nak taknak, yuyu jaga juga penampilan hatta keluar beli Sugus sekalipun. bila dah lama-lama mempraktikan make up di waktu kritikal, dengan halangan jaga anak & kerja lagi, yuyu akan selalu buat make up terbaik dengan cara paling ringkas.

jadi, ni serba ringkas cara yuyu make up. simple paling syoq, sebab jimat masa, tak pening kepala, lepas tu, senang nak wudhuk nanti:




faham la kan, kenapa perlu make up simple. -_-


bagi yuyu, kalau nak make up paling simple, benda paling penting adalah foundation. once dah apply foundation, nak sesimple mana pun, muka takkan nampak kusam dan tak sekata. berbeza dengan make up tanpa foundation.

yang best, selama dah try macam-macam jenis foundation, Clinique Beyond Perfecting paling cun dalam dunia ni. yes, dia foundation + concealer. satu layer kita apply pun, muka dah nampak lain. terus hilang dark circle yuyu paling degil itu. :')

sebab tu, yuyu menyeru seluruh wanita yang bekerjaya atau wanita yang kekangan masa, tapi nak jaga penampilan, please, bagi juga ada sorang satu foundation Clinique tu. jimat masa yakmat wey. foundation saja, cuma ambil masa lebih kurang seminit.


start yuyu dah guna Clinique Beyond Perfecting tu, takda la malas dah yuyu nak make up. Jaga Habib pun yuyu boleh tenyeh foundation, lukis sikit eyeliner, pakai maskara, pakai lipstick, blusher kalau teringin sangat. dah. siap!

yes! yang penting foundation yang betul. hehe. try la. kalau korang dah guna Beyond Perfect tu, insyaAllah, korang rasa taknak tukar foundation dah lepas ni. lagi best, kalau guna Beyond Perfect, apply sikit lipbalm pun, dah nampak muka segar tau.

insyaAllah, next video, yuyu buat tutorial lukis kening yang serabut okay. video yang dah bertahun janji nak buat. -_- okay okay. faham.


terima kasih sudi baca :)

28 comments:

  1. muja pun kalau boleh malas nak apply make up.. tapi tulah.. kalau tak mekap langsung, confidence level di paras berbahaya terus.. huhuu

    ReplyDelete
  2. flawlessnya muka yuyu :) jeles.....haha

    ReplyDelete
  3. olooo kemain la Habih ngacau mama dia nak make up kan

    ReplyDelete
  4. yuyu, kening kita xserabut tapi nipis. Dah try tutorial dri utube utk nmpakkan kening tebal tapi tak brp nak jadi sbb xpndai lukis, sigh!

    ReplyDelete
  5. simple, natural but beautiful.. that's the most easiest way to do right..? hehe

    ReplyDelete
  6. akak yuyu tak mekap pun lawa la. masih comel :)

    ReplyDelete
  7. Hahahaha comey je yuyu. rasa ni makeup paling sempoi, anak kacau pon still boleh makeup cantik. hehehe

    ReplyDelete
  8. Simple tapi cute..kemain habib..hehe...

    ReplyDelete
  9. make up jap...follow sambil isi tabung sket...

    ReplyDelete
  10. yuyu make up simple pn dah cantik..")

    ReplyDelete
  11. Simple is better..kalau over sangat pn bkn cantik pn..

    ReplyDelete
  12. Yang akak spray kat muka tuh produk apa ye, mcm best je !!

    ReplyDelete
  13. huuaaahhaaa captions yang menyengat kanss..
    Ialah dah jadi public figure gi beli sugus pun kena make up gak.
    Kalau malas sangat boleh cuba guna niqap jerrr...

    ReplyDelete
  14. kat mna bole beli Clinique Beyond Perfecting?

    ReplyDelete
  15. Cantik! Habib pon nak make up

    ReplyDelete
  16. Background music tjuk apa

    ReplyDelete
  17. Sweet sgt sore yuyu. Mcm budak2. Heee

    ReplyDelete
  18. Sekarang nak pkai foundation pun da mlas..sebab xyah nak cuci2 muka bila nk solat. Terpaksa saikokan wajah sdri floles. *Nangis*

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)