HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Tuesday, June 2, 2015

CNP Laboratory Anti-Pore Blackhead Clear Kit

Assalamualaikum

asyik buat review benda-benda perempuan ja, kali ni, yuyu buat review product unisex pulak. laki perempuan happy. puas hati aku. pernah dengar tak pasal CNP Laboratory? yuyu sendiri pun baru tahu dua bulan lepas.

sedikit pasal CNP Laboratory, ia adalah product dari Korea (Kpop weh) sejak tahun 2000 yang baru saja masuk pasaran Malaysia. CNP Laboratory tiada pewangi sintetik, tiada paraben, tiada minyak mineral, juga tiada bahan tiruan; yang mana semua bahan tersebut akan memberi kesan buruk terhadap kulit untuk jangka pendek juga panjang.

jadi, boleh guna dengan yakin. okay?

yuyu dapat beberapa product untuk cuba sendiri. semua adalah bersesuaian dengan kulit yuyu sendiri yakni normal ke sedikit berminyak. cuma, kali ni, yuyu sangat nak share pasal CNP Anti-Pore Black Head Clear Kit. benda ni sangat rare. korang yang selalu terkeluar urat tensi akibat blackhead, pasti happy lepas ni. Allah. tak sabaq okay nak review.

review kali ni, yuyu jadikan suami sebagai bahan testimoni. :p macam rilek sangat ja dia tengok movie, blackhead dia boleh tahan jugak arr seram. dahla kulit dia cerah yakmat, tapi hidung banyak blackhead, memang sebatu la boleh nampak -_-


set penting dalam CNP Laboratory Anti-Pore Blackhead Clear Kit. [RM28 je sekarang, tengah ada promo kat Watson]


Sebelum : nampak dak hidung dia macam mana. kadang, kalau geram sangat, memang cabut juga dengan tweezer -_-


proses untuk hilangkan blackhead dengan kit CNP ni, best okay. sebab tepek, lepak, cabut, tepek, lepak. macam tu la keje dia. tak payah tenyeh, cabut sampai tercabut uban sebab tension sangat. lulz.

proses:

step 1 : pakai mask 1 pada hidung untuk lebihkurang 10minit. pastikan cuci muka dulu tau, baru berkesan nak mampos. mask 1 sangat penting untuk menyingkirkan lebihan sebum dan blackhead. dengan bahan semulajadi pada mask 1 ni, mampu pop-out kan blackhead dari hidung. sumpah tragis gila tengok blackhead mencacak keluar :p
step 2 : tanggalkan mask, dan gunakan cotton bud yang disediakan untuk cuci baki blackhead yang tertanggal. tekan-tekan sikit cottonbud tu, lepas tu, rollkan dari bahagian bawah ke atas hidung, dari dalam, ke luar.
step 3 : selepas baki blackhead telah disapu, pakai mask 2 selama 10minit untuk menutup pori yang menyebabkan berlakunya sumbatan sebum dan berlakunya blackhead tu. mask 2 ni ada kandungan bahan Witch Hazel yang mampu mengetatkan pori.
step 4 :  dap dap lebihan gel dari mask 2. tak perlu bilas dengan air pun. please jangan termasuk mulut, masin gila weh.
step 5 : please cepat terkejut depan cermin, hidung dah shinny, ching!


sapuan pertama. dem. kamera tak fokus sangat -_-



Selepas : bersinar okay lepas tu. bersih je. kalau duatiga kali guna ni, insyaAllah, blackhead tegar suami yuyu, nangis-nangis keluar berjemaah. :D



best mendealah ni. time ni, yuyu paksa dia jadi testimoni, sambil minum yogurt sambil tengok movie, tau tau, yang bersih je hidung. memang yuyu suggest sangat untuk sapa-sapa yang ada blackhead degil nak mampos.

pakai hari ni, sampai esok pun bersih lagi. suami cakap, hidung rasa lembut jaa.

kalau nak beli:
Senarai Watson terpilih : LINK Beli secara online : LINK Info product : LINK 

terima kasih sudi baca :) 

19 comments:

  1. haha.sy pon kadang buat treatment kt suami.saje layankan hihi

    ReplyDelete
  2. tetiba terbayang masa nak tarik mask tu..alahai...pedihnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mask tu tak melekat macam gam la. dia cream je. tak rasa apa pun :P

      Delete
  3. hhe comel je bendaa tu . ! hai kak yuyu . kim salam kat habib rindu nk jumpa habib kat Bangi Golf Resort lagi .hhe . Jangan lupa visit blog puterymemory taw .

    www.puterymemory.com

    ReplyDelete
  4. nak try lah bizinillah sebab cuba yang watson punya mcm hampeh jeee. yang Clean n clear tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah berkesan. walaupun harga dia agak tinggi sikit, tapi, puas hati arr

      Delete
  5. wah produk untuk hilangkan blackheadlah,terima kasih atas perkongsian kak yuyu :-)

    ReplyDelete
  6. Bab2 buang blackhead ni suami memang suka, nanti nak beli la. heheheeh

    ReplyDelete
  7. Kak yuyu guna mask vietnam pun terbaik. Sekali pakai je dah licin ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada beli mask tu, tp tak yakin nak guna sbb ada gelatin. Tp boleh awak explain?

      Delete
  8. Kak yuyu..utk skali guna je ke setiap set?klu skali guna bleh than jugak harga dia tuu..hee

    ReplyDelete
  9. Murah aje ya...sis.. Ingat nak pergi watson kat sini lepas ni..

    ReplyDelete
  10. tak pernah pakai but gonna try this! :)

    ReplyDelete
  11. Geramnya tengok blackheads rasa nak picittttt! hahaha!

    ReplyDelete
  12. infonya sangat menarik...
    mantap...

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)