HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, June 25, 2015

Khas Untuk Ibu | Baju Raya Nursing Wear

Assalamualaikum

kalau dulu, boleh lah sebarang je nak beli baju. sekarang memang tak la. kalau pakai baju kurung paling sopan pun, tapi baju takda kemudahan nak menyusu, memang nangislah selak nak menyusu Habib kat tempat awam. tension gila. lagi-lagi kalau terus Habib nangis nak menyusu time dalam kereta. picit jugak hidung dia kang.

jadi, nak shopping baju je, memang kena tengok aspek 'kemudahan' tu sendiri. yuyu faham luahan hati mak-mak. selalu ada baju cantik, tapi, tengok muka anak ja, alah, cancel lah nak beli yang cantik tu. lepas tu, nangis dalam hati, bibir ketaq-ketaq senyum tak ikhlas. -_-

takpa. lepas ni, boleh try cuci mata nursing wear yang fashionable dengan:



dengan DydyanaBiz ni, ibu-ibu bukan setakat boleh dapat blouse sesimple-buat-cari-sayur-kat-kedai-runcit je, siap boleh cari jubah nak party dengan jiran sebelah rumah sambil nyusu anak pun boleh. haha. agak-agak arr. tapi, memang DydyanaBiz ni, boleh cakap one-stop-center untuk nursing wear la.

paling nak cerita kat sini kan, sempena Lebaran yang bakal kunjung tiba, Dwicolor Kurung, Ameena Kurung Printed, dan Kurung Sedondon Ibu Anak pasti meluruhkan jiwa raga (alah tu pun!). nahh, yuyu dah cuci mata, bagi chance korang pulak berpinar bola mata sambil slow-slow seluk poket suami :



aww, bayangkan time raya, matching je dengan anak. cium anak sampai nangis budak tu. ini material premium valentino satin. best kurung ni, siap ada hidden zip dengan chunky beads embellishment. tapi boleh je beli asing.

latest design khas untuk Lebaran 2015 ni. chop kaler hitam putih tu!

Ameena Kurung Printed adalah bermaterial Korean Lycra okay. kurung ni sangat special sebab bukan saja nursing friendly, malah wudhuk friendly. siap ada inner di bahagian dada supaya boleh nyusu dengan konfiden taknampak aurat.



aww. tu baru beberapa jenis je. padahal banyak lagi pilihan ibu-ibu boleh buat. kira settle la sebulan raya ni. beli terus satu baju, untuk satu hari. hari raya pertama pakai Ameena Printed Kurung, raya kedua pakai Kurung Sedondon tu. lepas tu nak pi rumah terbuka Suib, pakai Dwicolor Kurung, nak buat rumah terbuka kat rumah sendiri, taknak ngalah walaupun dah ada anak enam, boleh try pakai ni:

konfem menjejes air mata tetamu. apalah up-to-date sangat fesyen ibu anak enam ni. orang lain dok pakai manik kalerful lagi, dia dah advanced sejajar dengan fesyen terkini setiap baju, tudung, ada beading persis intan berlian.

lagi menarik, time nak menyusu je, zap boleh selak naik keatas je tanpa stress tarik zip tapi tersekat shawl mahal kite, tak perlu stress nak picit hidung anak, satu satu kena buka butang dulu, sebab, yes, terus selak je.

selain daripada tu, kenapa kena juga pilih baju raya dari DydyanaBiz ni, sebab dwicolor kurung & ameena kurung tadi kan, takpayah iron dah, kain jenis tak renyuk. hoi! tau lah diri tu macam mana, simpanlah tenaga tu untuk kopek lemang nanti!

aww. cepat beli satu jugak dengan DydyanaBiz cepat! hahaha. walaupun ni adalah advertorial, tapi tak boleh tak paksa korang, memang confirm rasa happy sangat nanti pakai nursing wear DydyanaBiz ni.

konon-konon takut tak puas hati jugak, jenis memang nak pegang dulu, rasa material, try sekali dulu, lepas tu bergetar iman dok rambang mata, boleh terus walk in je ke:

BOOTH SEPANJANG RAMADHAN

Ground Floor Setia City Mall 22/6-16/7
PRC Charity Bazaar Level 4 Tower 1 Petronas Twin Tower 29/6 - 2/7
Karnival Mega Stadium Malawati Shah Alam 4&5 July
Moodrepublik Raya PWTC 11-13July


jangan lupa tau, raya ni, kita chop seksiap dah pakai baju raya nursing wear dari DydyanaBiz. lepas tu, bagitau ibu-ibu yang lain, tak nak lah sorang-sorang je happy. yang tak menyusu pun, beli je laa, boleh jee pakai nursing wear, tak pelik punn :')

apa-apa lebih lanjut, boleh terus klik sini:


Website : dydyanabiz.com.my
Instagram : @dydyanabiz



psst! nak diskaun RM15 tak? cuma register dan log in, dan masukkan coupon code "15ring" masa check out. ching!


selamat membeli belah dan terima kasih sudi baca :)

12 comments:

  1. somelnyeeee...sweet jela klo ade anak dara. kalo dapat kat habib ni habih la baju mak dia hihi

    ReplyDelete
  2. Memang senang sekarang ni. Baju menyusu, baju mengandung pun labuh-labuh. Duk terdengar mak dulu bagitahu, "Zaman awak sekarang ni untung. Semua ada. Dulu nak baju mengandung pun semua singkat-singkat."

    ReplyDelete
  3. sy pun dah terikut pakai sedondon ngn anak dara hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha.. muka model tu macam muka blogger nadia johari je..

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni Dah tak ada masalah untuk ibu2 menyusu bergaya masa raya..pilihan baju menyusu dah banyak dah..

    ReplyDelete
  6. last sekali blogwalking sini time 2010. hari ni dah berganda-ganda famous kak yuyu ni. tumpang bangga!

    zaman sekarang baju untuk bersalin pun ada tahu. pakai tahu. semua tempat untuk suntikan dan labour dah disediakn. bahagian yang tertutup dan boleh ditutup boleh jaga aurat. alhamdulillah. cuba search. saya lupa. isteri izat roslan tarbiah sentap pakai.

    ReplyDelete
  7. ngee~ terjebak lagik.. kang moncong la encik suami.. asyik baju puan isteri jek.. baju beliau tak tapau lagik..

    ReplyDelete
  8. sekarang ibu yg menyusu baby memang boleh melaram lah...
    http://mummyumardian.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. sekarang ibu yg menyusu baby memang boleh melaram lah...
    http://mummyumardian.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)