HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Tuesday, May 19, 2015

Suami, Bag, & Stroller.

Assalamualaikum

kalau keluar shopping dengan suami, bahagia wey. yuyu melenggang, suami yang bawa handbag. bukan sebab malas bawa, tapi suami yang offer, taknak yuyu bawa benda berat kot. dari barang make up, sampai ke iPad, sampailah ke camera semua jenis maknenek ada dalam tu.

jangan kata handbag, kalau beli cungkil gigi ke, dia tetap nak bawa. yuyu lenggang makbedah je. kadang kesian juga, tapi, dia yang offer, dan paksa untuk bawa. tak faham kenapa ada spesis macam tu. tak penat ke. tapi best juga. ihik :p

pernah sekali tu, masuk kat kedai handbag, yuyu dah malas dah pilih yang mana cantik, terus je tanya:


sayang suka bag mana?


terkebil dia nak jawab. senang tanya je mana yang dia suka, sebab nanti, dia juga yang bawa. dia suka yang jenis shoulderbag. sebab kalau shopping, dia boleh bawa macam-macam lagi kat tangan. 

dah bersalin, first time nak shopping balik, time tu takde stroller lagi. adoi. macam mana nanti dengan handbag. tak biasa pegang handbag dah. tengok-tengok, suami siap galas beg lampin Habib, sangkut bag yuyu kat bahu, dukung Habib.


terharu la pulak. tapi berbaur tak sampai hati. bila yuyu offer nak dukung Habib, lagi la dia tak bagi. kalau boleh, dia taknak yuyu penat dan bawa apa langsung. jalanlah kau umpama princess. aww. i love you.

time tu juga bergegas cari stroller. survey sana sini. takmau dah tengok dia macam kuli batak dok bawa macam-macam. at least, nanti yuyu je la yuyu tolak stroller. survey stroller pun, online ja. huhu. malas dah keluaq cari kat luaq.

yuyu prefer lazada.com.my. experience yuyu dengan website ni, bukan setakat beli stroller, macam-macam lagi bendaalah kat rumah ni dengan Lazada. birthday present untuk emak pun dari Lazada. huhu.


spot Habib. :p

kediaman super selesa Habib yang serba boleh. gagah perkasa weh.

banyak ja choice stroller kat Lazada ni. yang ni juga yang berkenan di hati, affordable tapi kemas je design dia. tempat letak barang dia tu besaq gedabak. tu paling best. >.<


ringan dah beban suami. ewah! start dari tu, takda la sangat dia bawa banyak barang. barang shopping ja la. tapi, bila pi shopping, stroller Habib jadi tempat letak barang. mana kami pakai trolley dah. huhu. kesian Habib. tapi dia lagi suka, siap mintak angkat lagi. -_- memang yuyu bagi ayah dia la. yuyu angkat dua saat pun, lenguh pinggang. haish.

kadang ingat, yuyu je yang buat perangai macam ni, rupanya, banyak ja mommies lain yang perangai sama :p


terima kasih sudi baca.

21 comments:

  1. Lenanya habib tidur ye..meniarap sakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ni, dia lena dalam stroller tu sampai nak 3jam. haa :D

      Delete
  2. Sama la dgn hasben fyza. Dia yg angkat baby klw jejalan. Hihi

    ReplyDelete
  3. cer try berbaby wearing plak sis..hihi..lebih mudah dr angkut stroller...

    Jemput baca perkongsian saya kat blog...pasal baby wearing...
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kitorang siap ada stroller & carrier. haaa. senang hidup :p

      Delete
  4. alo comelnya habib tido..
    dah la tembam semacam..yuyu tak ggt ke pp habib tu..haha

    ReplyDelete
  5. yuyu akak ada gak stroler mcm nie bwk g klinik letak bb skali doc marah sbb tpt support kaki xleh angkat bg support kaki bb lg satu sedikit bahaya kaki terjuntai takut org langgar2 time sesak walau ada belt support bb

    ReplyDelete
  6. utk adam, fai gunakan babywearing.. guna snugbaby.. senang juga, sebab kita kendong baby. mcm bawa beg.. tapi terpulang la pada masing2, ikut keselesaan...

    ReplyDelete
  7. Omg that is sweet. dalam rumahtangga harus ada perkongsian haa gittew

    ReplyDelete
  8. Suami mithali . Untung dapat husband macam ni. Bila lah boleh jumpa habib T_T

    ReplyDelete
  9. alooh.. tetiba tak sabar nak tgk future hubby dukung baby kami.. hahaha

    ReplyDelete
  10. sweetnya.. untung yuyu dapat suami sebegini.. lenanya Habib tidur..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)