HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, May 28, 2015

Perlindungan.

Assalamualaikum

dulu yuyu tak pernah terfikir nak amik apa-apa insurance. buang duit weh tiap bulan. tak berbaloi asyik bayaq banyak-banyak untuk sakit ja. kalau jalan kat mall, tetiba jumpa agent-agent depa, memang gelabah la aku lari. :p

bayangkanlah kalau sebulan pun, paling cikai RM100++, lebih baik shopping handbag baru ka, takpun, lagi best buat makan kat tempat sedap-sedap. banyak wey boleh buat dengan RM100 tu. tu baru RM100, ada yang kena bayaq sampai RM400++. err. nangis tengok duit melayang macam tu ja.

lepas tu, masa masuk KUIS, belajaq pasai insurance. Allah. time tu baru la tau pasaiapa kena juga kena amik insurance ni. bila ada insurance agent approach yuyu, beriya yuyu nak register. time tu yuyu amik Prudential BSN Takaful. setiap bulan bayaq RM200. gituu. masuk pulak semester baru, subjek insurance dah takda, mula la malas bayaq, dan terus tak bayaq, kena terminate. kahkah. padan muka.

lepas insiden tu, memang malas la nak amik apa-apa insurance. adengan lari dari mana-mana agent insurance, berlaku kembali. huhu :p

tahun lepas, bila dah bersalin, kena pulak time tu Habib demam masa umur 3hari, macam-macam doktor bertukar tengok kesihatan dia, memang time tu, yuyulah makhluk paling sedih sekali. ko buatlah lawak apa pun, tayang Running Man ke, memang tobat lah yuyu nak senyum pun. menjurai ayaq mata. dunia ni, hampir kiamat. tediaaa!

membesar dengan sihat tau anak ibu

yuyu tak pernah sangka yang semua ni akan jadi. tak pernah sangka yang Habib akan sakit, apa lagi nak minta anak jadi macam tu kan. kalau boleh nak dia sihat saja. tak sanggup weh tengok kena cucuk sana sini. tapi, benda sakit-sakit ni, tak boleh elak. jaga kesihatan macam mana pun, tetap sakit sakit. paling lekeh pun, demam.

masa pi kat emergency room, bersusun-susun manusia kat situ. Habib demam je. demam je? -_- orang lain lagi teruk, ada yang baby depa keracunan makanan. lagi teruk. kami yang pi hospital pukul 7, dah nak Subuh baru settle. selama tu dok tahan je sakit macam nak mampos tempat c-zer tu. nak pulak Habib kena warded, yuyu kena jaga sorang, dengan dok tahan azab bekas czer tu lagi, suami boleh bagi mesej je, suruh sabar. 

lepas seminggu, Alhamdulillah. semuanya okay. 

start dari tu, yuyu nekad, registerkan takaful untuk satu family. bermula dengan Habib Muhammad. tak boleh hadam lagi insiden lepas bersalin tu. kali ni, bukan agen takaful cari yuyu, yuyu yang cari depa. bhaha :D satu-satu email check balik, sapa yang pernah propose pasal takaful kat yuyu

tak habis pantang lagi pun, Habib dah ada medical card sendiri. kali ni, yuyu tetap pilih Prudential BSN Takaful. sebab dah tau dah, takaful ni yang terbaik (selepas compare plan-plan dengan takaful company lain). pelan-pelan, buatkan takaful untuk diri sendiri, suami, mak, abah dan adik-adik. :)

puas hati dah la ni. sebab, kebaikan ada takaful, bukan setakat bayaq bil ubat ja, lebih dari tu. paling penting, takmau dah kena tunggu lama-lama beratoq time sakit. ngeri gila. next entry, insyaAllah, yuyu share pula kepentingan takaful okay. entry ni, macam warm up dulu la. ihik :p

kalau korang terdetik nak tau lagi banyak pasal takaful, lebih-lebih lagi PruBSN Takaful, boleh tanya dengan takaful consultant yuyu :

Kak Syazana Mohamed [ 013-342 8598 ]
Instagram : @syazmohammad


serius, kak Syaz memang sangat friendly dan membantu. yuyu dengan dia, dah macam family dah. dari mulanya bincang pasal takaful, sampaikan tukaq hadiah dah, sampai sekarang dia selalu bagi macam-macam nasihat. wallahi. yuyu tak menyesal langsung pilih dia sebagai takaful consultant yuyu.

dan yuyu amat berbesar hati, kalau share kak Syaz dengan korang :p sama-sama amik takaful dengan kak Syaz. hehe. tunggu tau next entry, yuyu cerita pasal kebaikan ada takaful pulak. ni bukan advertorial atau review, yuyu cuma harap kita semua dapat buat pilihan terbaik saja. aww. terharu cepat!



terima kasih sudi baca :)

20 comments:

  1. Nowadays..ramai yang sedar kepentingan ada insurans lebih2 lagi untuk anak:)

    ReplyDelete
  2. samalah,lari gak kalau nampak agent insuran ni,kekekeekke

    ReplyDelete
  3. sy pn amik utk anak slps kejadian mcm yuyu jugak..anak sakit tp g GH kena tendang sana sini..kua wad terus nekad nak amik insurans ank.huhu..

    ReplyDelete
  4. mcm Fida pulak..bila jalan2 ternampak ada org pegang kertas je terus kona tang lain..teruk kan..

    ReplyDelete
  5. yg tu yg ok ea kak. nanti nak try survey2 juga :)

    ReplyDelete
  6. Semoga sihat2 keluarga yuyu. and moga insurans ni membantu.

    ReplyDelete
  7. nnt cerita lagi ye... sampai skg duk pikir... pikir...pikir...pikir...pikir...pikir... insurans mana yg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak sy ambik dgn allianz..bagus

      Delete
    2. medical card kite ada elaun wad awk hiiii. jom

      Delete
  8. Bila baca yuyu update dekat instagram pasal Habib demam & yuyu terus ambik insurans dulu, kita terus kucar-kacir nak ambik insurans jugak sekarang ni. Tak lama lagi dah nak bersalin. Thanks yuyu sebab exposekan cerita pasal insurans ni. :)

    Btw, siapa yang menang hadiah, jemputlah join GA dekat belog kita.

    http://inijurnalkitapunya.blogspot.com/2015/05/oh-snap-its-giveaway-time-by-haziqah.html

    ReplyDelete
  9. itulah time tak jadi apa memang rasa macam membazir bayar insurans nih tiap2 bulan..bila dah kena, baru rasa perlunya ada insurans nih..

    ReplyDelete
  10. bnyk kelebihan kalau ambil insurance ni kan

    ReplyDelete
  11. Prudential jugak. Ini lah point pertama my husband nak kenai2 ngan kite dulu hihihi

    ReplyDelete
  12. Kdg2 perkara yg kita rasa remeh penting sebenarnya. Moga yuyu sekeluarga sihat sentiasa. Amin....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, hi salam perkenalan.

    Insurans mmg penting sgt, tp bukan sekadar p.a sj, yg penting sekali medical insurans, klu ada medical insurans bru sng hidup bila sakit, terus pg hospital swasta, servis cpp, poket pun x oerky tebal, just tunjuk medical card je. Tp klu skadar ada p.a insurans je x menjamin kita bila sakit, hanya kalau terlibat kemalangan sahaja itupun limit sikit je. Klu sesapa nak amik make sure insurans ada medical card yer. Hmmm sy bukan ejen insurans tp sgt concern dgn insurans dan kepentingannya, xpe nti jemput singgah blog inaszin.blogspot saya buat entry ttg pengalaman, kepentingan dan kelebihan ada insurans ni. In sha Allah.

    ReplyDelete
  14. bila kerja baru mampu nak ambik insurans walalupun sebelum tu sedar kepentingannya..
    mayb boleh juga cuba yang sekali dengan education utk anak.
    at least bila anak kita lepas SPM tak perlu susah hati pasal dia nak sambung belajar sebab awal2 kita dah ada insurans + education plan untuk dia..

    ReplyDelete
  15. Salam. hm medical card mmg penting. kita tak tau bila akan jatuh sakit. mcm adik baru baru ni accident nasib baik dia ambil insurans beberapa bulan lepas. dpt first class trtment prosdur and everythg tanpa risaukan bayaran. parents pun slalu kuar masuk hospital tayah fikirkan bayaran utk urgent prosedur sebab insurans. Insurans is an investment.

    ReplyDelete
  16. saya pun ambil medical card dari Prudential. Dari zaman study kat kolej dulu saya ambil takaful life dari Takaful Ikhlas. Bila dah lama bekerja ambil satu lagi medical card. Alhamdulillah memang sangat membantu. Bila kita warded, siap dapat elaun hospital lagi. Nak claim pun senang je.

    ReplyDelete
  17. hi assalamualaikum...
    thanks yuyu share pasal kepentingan insurans but in islamic way known as Takaful (konsep saling jamin-menjamin / tolong-menolong apabila saudara didalam Takaful ditimpa musibah).
    Takaful no riba, tiada unsur ketidakpastian, tiada unsur perjudian. Betul di Takaful Ikhlas untuk medical card masih ada elaun hospital. Boleh pm saya ;)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)